Kawan2 yg saya Sayang

Thursday, June 10, 2010

Angel In The Devil Suit 1 ::Bab12::

BAB 12

SEBAIK membeli hamburger untuk Jeremy, tanpa berfikir panjang Camie segera menuju ke taman bonsai yang terletak bersebelahan dengan makmal sains. Tercungap-cungap dia setelah sampai kepada Jeremy. Jeremy yang sempat membuta sekejap tadi angkat kening memandang bungkusan di tangan Camie. Dia menggeliat malas sebelum membetulkan duduknya di kerusi batu itu. Bungkusan di tangan Camie dirampas selamba tanpa menghiraukan gadis itu yang masih tercungap-cungap seperti baru saja menamatkan acara marathon. Jangan kata nak berterima kasih, nak jemput duduk pun tidak. Dasar Jeremy! Camie mencerling Jeremy geram.
Sebelum membuka bungkusan makanan, Jeremy menelek jam di tangannya. Nampaknya sudah melebihi masa yang ditetapkan. Bermakna Camie mesti menerima hukuman. Dia melontar pandang kepada Camie semula.
Mood aku sangat baik hari ini. Jadi kau selamat untuk sementara waktu.” … biarlah, malas aku nak bermain dengan dia hari ni. Hati aku tengah happy lepas habis ujian.
Fuh~ Camie lega. Tapi cukupkah dengan rasa lega itu?
“Duduklah.”
“He?” Camie terpinga-pinga apabila dijemput duduk oleh Jeremy.
“Duduk! Aku suruh duduk. Kau tak faham bahasa ke?” Seperti biasa itulah bahasa yang paling sopan Jeremy tuturkan kepada Camie.
Camie menurut. Dia mengambil tempat di satu lagi kerusi di hadapan Jeremy.
Ngap… Jeremy menggigit hamburgernya. Camie cuma memandang tanpa berani bersuara. Tanpa sedar dia menelan air liur yang seperti hendak meleleh dari mulutnya. Sedapnya tengok Jeremy makan. Menyesal pula aku tak beli sekali tadi. Semuanya disebabkan Jeremy. Kalau dia tak gesa aku suruh cepat tadi taklah aku kelam kabut dan hanya fikir nak cepat beli makanan untuk dia saja. Sudahlah aku yang kena payung dia. Tak patut betul!
Enak sungguh Jeremy menikmati hamburgernya. Sos melekat di tepi bibir lantas lidahnya menjalankan tugas membersihkan mulut. Yummy… sedapnya. Camie sekadar menelan liur. Kruu~ perut mula berbunyi akibat tindak balas otaknya yang sudah beribu kali menjerit “aku lapar! Aku nak hamburger juga!”
Apasal perempuan ni jelling-jeling aku? Dah lama hidup ke. Nak m^*$#. Eh, dia tak beli makanan sendiri ke? Apa ke sengalnya dia ni, beli makanan aku tak beli untuk diri sendiri sekali…
“Apasal tak makan? Diet ke?” Sengaja Jeremy bertanya soalan begitu. Malas nak pelawa Si Hodoh makan sekali.
Camie tunduk memandang jemarinya... Pasal kaulah aku terlupa nak beli makanan sendiri, ngok. Kau tak kesian kat aku ke? Dah lah duit hamburger tadi kau tak bayar balik pada aku. Huh…
“Nah.” … berani kau buat muka kesian depan aku.
Hamburger disuakan kepada Camie. Bulat mata Camie terbuntang memandang makanan tersebut. Kemudian dia mendongak memandang Jeremy dengan kelopak mata yang terkebil-kebil. Seolah-olah tidak percaya dengan situasi tersebut… Jeremy ajak aku kongsi makanan dengan dia? Gosh~ lelaki ni memang penuh dengan kejutan. Sungguh tak ku sangka.
“Makanlah.”
“Err…” Camie masih terkejut. Tak tahu bagaimana hendak menerima pelawaan Jeremy.
“Woi, kau pekak ke? Aku suruh makan tu makanlah!”
Terangkat tubuh Camie apabila tiba-tiba digertak Jeremy. Ngaa~ dia pelawa ke paksa ni. Seram betul.
“Erm, tak apalah. Kau makanlah. Aku tak lapar.” Hilang terus selera Camie nak makan. Perut terus kenyang serta merta selepas ditengking oleh The Taiko.
Eh, budak ni… orang pelawa, dia jual mahal pula. Nak kenalah tu…
“Aku tak kira, aku dah suruh makan tu makan sajalah. Apasal nak melawan.” Jeremy menjegilkan biji matanya rapat ke wajah Camie.
“Tapi…” Camie pandang Jeremy takut-takut.
“Makan juga! Aku tak peduli.”
Grr… gila betul paksa orang makan… akhirnya hamburger yang sudah dimakan separuh oleh Jeremy itu diambil oleh Camie. Jeremy memerhatikan gadis itu yang hendak menggigit hamburgernya. Tiba-tiba…
“Nanti!”
Camie yang sudah membuka mulut diam statik. Jeremy mengambil semula hamburgernya. Dipusing hamburger tersebut ke kawasan yang belum digigit… mana boleh bagi Si Hodoh makan sisa aku. Itu macam bercium secara tak langsung.
Selepas kedudukan dibetulkan hamburger tersebut diserahkan semula kepada Camie. Jeremy merenung Camie makan. Satu gigitan masuk ke mulut Camie. Camie pejam mata menikmati keenakan rasa hamburger tersebut.
tsetapnyer(sedapnya)…” mulut yang penuh dengan makanan itu tersenyum bahagia sambil mendongak ke langit.
Jeremy senyum tertarik. Dia terus merenung wajah Camie waktu itu. Comelnya cakap macam tu sambil tersenyum. Mesti tiada yang percaya Si Hodoh ni comel bila buat angelic face macam tu.
Tehima hkaheh, hengemi… hahat tsetap.”
Dahi Jeremy berkerut-kerut cuba memahami apa yang sedang disampaikan oleh Camie. Namun dia gagal… Aku tak faham apa yang dia cakap. Bahasa jenis apa yang dia pakai ni? Tak reti-reti nak tunggu mulut tu habis kunyah makanan dulu sebelum bercakap ke.
“Hei, Si Hodoh. Kau ni macam itik gelojoh yang kelam kabut nak habiskan makanan. Habiskan makanan dimulut dulu sebelum nak cakap sesuatu.”
Muka Camie berubah kelat. Direct gila si taiko ni kritik aku.
“Apa yang kau cakap tadi?” soal Jeremy kemudiannya.
Makanan di dalam mulut ditelan dahulu sebelum menjawab. “Terima kasih… hamburger ni sedap,” jawab Camie separuh geram setelah dikritik tadi.
“Kalau kau terfikir nak nampak comel dengan gaya tadi baik lupakan saja. Aku tak perlukan hamba yang comel.”
Semakin kelat wajah Camie merenung taiko di hadapannya. Dia tidak membalas kata-kata Jeremy. Sekadar menjeruk perasaan. “Siapa yang nak nampak comel… dan yang lebih penting lagi, siapa yang nak sangat jadi hamba dia. Gila!” Suaranya hanya berdengung perlahan sambil kembali mengunyah hamburger dengan perasaan yang geram.
“Woi, Si Hodoh.”
Ergh~ Jeremy ni melampau sungguh. Tak habis-habis panggil aku macam tu. Ni yang rasa nak mengamuk ni.
“Nama aku Camily Miyazaki Martinez!” Tingkah Camie dengan tegas sambil berdiri dan bercekak pinggang menghadap Jeremy.
“Siapa yang peduli…” jawab lelaki itu selamba.
“Jangan panggil aku ‘Si Hodoh’!” tegasnya lagi.
“Nama kau sangat panjang. Susah nak ingat.” Dengan wajah yang tidak beriak Jeremy memberikan alasannya.
“Argh~” Camie bengang!
“Lepas ni pergi ambil beg aku di kelas.” Jeremy memberi arahan baru.
“He? Buat apa?”
“Aku suruh ambil tu, ambil sajalah. Buat apa nak banyak soal.” Sekali renungan tajam Jeremy menikam wajah Camie.
“Err… baiklah.” Camie tidak berani melawan selepas renungan tajam itu menikamnya. Lebih baik ikut saja arahannya daripada kena buat benda yang lebih menyiksakan… tapi kenapa dia suruh ambil beg? Hurm, aku syak sesuatu. Mesti dia nak ponteng kelas lagi. Apa kata kalau aku follow dia. Tapi berani ke aku nak buat macam tu? Kena gertak sikit dengan dia pun aku dah cuak inikan pula nak pergi ekori dia berpeleseran di luar. Grr… tak dapat bayangkan apa akan terjadi nanti.

No comments: