Bab6
Selepas
tamat kelas Makyung petang itu aku dan Elmira menjejaki Azril. Mengikut
informer Elmira, setiap hari khamis petang Azril akan berada di bangunan baru
Fakulti Muzik. Kami bergegas ke sana untuk mengendap pergerakan Azril yang aku
syaki sebagai Vampire.
“Cepatlah,
El.” Aku merungut kerana Elmira yang sudah pancit di pertengahan jalan. Baru
daki bukit sikit dah tak larat. Ini baru bukit dalam kawasan kolej, belum lagi panjat
Gunung Kinabalu.
“Letihlah
nak panjat bukit. Penat menari kat kelas tadi tak habis lagi, kau dah siksa aku
memanjat bukit.” Elmira membalas rungutan. Alahai kawan aku ni. Baru bergelek
tarian Mengadap Rebab je pun. Ada sahaja alasannya. Budak kurus tapi kuat makan
dan malas bersenam memang macam tu. Cepat sangat letih diajak berjalan kaki
jauh sedikit. Ni yang aku rasa nak rekrut Elmira pergi berjoging setiap petang
mulai sekarang.
“Kita
masuk kolej ni sebab nak jadi penulis yang hebat, bukan penari yang hebat.
Kenapa nak siksa kita dengan kelas Makyung tu. Bencilah!” Hari merungut sedunia.
Elmira selalu tak puas hati setiap kali tamat kelas Makyung. Subjek Makyung
adalah subjek teras yang perlu kami ambil di kolej ini selain subjek Wayang
kulit dan Bangsawan. Sebenarnya bagi aku taklah teruk sangat kelas-kelas teras
ni. Walaupun lari jauh dari bidang kami tapi sekurang-kurangnya kami saja yang
dapat pengalaman untuk mengetahui seni-seni kebudayaan warisan negara yang dah
semakin tenggelam ditelan zaman. Pelajar di universiti lain belum tentu dapat
belajar seperti kami. Tak pernah terlintas di fikiran aku selama ini akan
belajar tentang Makyung. Apatah lagi bermain alat muzik dan menari. Jadi aku
bersyukur kerana diberikan peluang ini. Satu ilmu bantu yang sangat berharga.
“Sofie,
Sofie…”
Aku
toleh semula ke arah El.
“Aku
ada satu cadangan yang lebih bernas…”
“Apa
lagi?” Aku berpatah balik mendapatkan Elmira.
“Apa
kata kita pergi kat carpark. Kita cari kereta Azril. Kita awasi dia dari sana.
Lagipun kalau kita nak cari dia di Fakulti Muzik bukannya senang. Entah kat
manalah dia merayau tu. Silap haribulan kita terlepas pandang, dia dah balik.”
Bila
dipertimbangkan idea El tu, aku rasa rasional juga. Lebih baik aku tunggu Azril
di luar kolej. Tak mungkin dia lakukan aktiviti-aktiviti vampire dia kat dalam
kolej. Jadi aku ikut cadangan El untuk awasi Azril dari parkir kenderaan.
Hampir
sejam kami menunggu Azril tapi masih tak muncul muncul juga. Aku dengan El
terus usha kereta Myvi warna biru kundang berplat WVP 1359.
“El,
macam mana kau tahu itu kereta Azril?” sebenarnya separuh hati aku dah mula
curiga. Entah betul entah tidak Si Elmira ni. Kot dia main tembak sahaja itu
kereta Azril.
“Aku
tahulah. Dia seorang saja yang bawa kereta Myvi kaler purple tu. Lagipun setiap
hari aku nampak dia parkir kereta dia kat tempat yang sama. Sebelah padang,
depan pintu pagar hostel. Setiap hari dalam pukul 8.30 pagi dia mesti dah
sampai. Kecuali hari Rabu, kelas dia start pukul 2.00 petang.”
Aku
cuma mampu melongo. Macam nak jatuh juga rahang aku dengar penjelasan Elmira
yang terperinci tu.
“El…
kau stalker ke apa. Semua pasal Azril kau tahu.”
“Err…
mana ada. Ak… aku…” air muka Elmira kemerah-merahan menahan malu sebab dah
kantoi dengan aku. Tak sangka pula aku. Diam-diam rupanya selama ni El admire
pada Azril… vampire? No no no… it can’t be happen!
“Eh,
dia datang, dia datang… tunduk, Sofie.” El segera menolak kepalaku ke bawah
tempat duduk dalam keretaku. Sempat ekor mataku menangkap kelibat Azril yang
baru muncul menghampiri keretanya. Azril menuju ke belakang kereta dan membuka
bonet. Aku lihat kemeja T warna putih yang dipakainya tadi dikotori dengan
sesuatu berwarna merah di sekitar kolar baju sampai ke dada.
Aku
dan El saling berpandangan sebaik melihat kotoran yang berwarna seperti darah
itu. Aku hanya mampu menelan liur. Cuak. Elmira juga tidak mampu berkata-kata.
Kami berdua terus melihat gelagat Azril yang sedang menanggalkan bajunya. El
gigit jari melihat separuh tubuh sasa Azril yang telanjang. Warna kulitnya yang
cerah membuatkannya kelihatan seksi. Aku tertelan air liur sebelum menekup mata
dan beristighfar beberapa kali. El di sebelah kuperhatikan merenung Azril tak
berkelip.
Azril
mengelap sekitar wajahnya yang turut dilumuri kekotoran berwarna merah itu
dengan kemeja T nya. Kemudian bajunya itu dicampak ke dalam bonet. Azril
membuka sebuah beg yang disimpan di dalam bonet tersebut dan mengambil sehelai
baju T berwarna hitam. Dia menyarungkan baju ke tubuhnya sambil menuju ke
bahagian pemandu. Sebaik dia menutup pintu kereta, aku segera menghidupkan
enjin keretaku. Elmira tergesa-gesa memakai tali pinggang keselamatan. Kami
menunggu kereta Azril bergerak sebelum kami mengekorinya dari belakang.
“El,
kau percaya tak apa yang aku cakap sebelum ni? Maksud aku tentang Adrian… eh,
Azril.” Aku menyoal Elmira sambil mata tetap tajam mengekori Myvi purple Azril.
“Maksud
kau tentang vampire.” El menyambut dengan tenang. Aku tahu kepala otaknya masih
ligat mencari jawapan logik tentang dakwaan aku tentang vampire yang wujud di
sekitar kami sekarang. “Aku percaya vampire tu pernah wujud… tapi kalau kau nak
cakap yang Azril tu vampire, susah aku nak terima.” El begitu yakin dengan
kata-katanya.
“Sebenarnya
aku nak buat pengakuan. Selama ni memang aku skodeng Azril sebab aku minat kat
dia. Dan selama ini aku tak pernah pula nampak bukti-bukti yang menunjukkan
Azril tu bukan manusia.” El mengerling wajahku yang sedang meleretkan senyuman
nakal. “Eh, aku cakap aku minat kat dia saja. Itupun sebab muka dia ada aura
hero aku, Kuran Kaname. Kalau cinta tu… susah nak kata. Belum sampai tahap tu
kot.”
Aku
kerling semula sisi wajah sahabat baikku itu. Roman wajahnya seolah-olah
mencari alasan yang lebih konkrit di atas tindakannya terhadap Azril selama
ini. Aku hanya diam dengan fikiran yang terus ligat memikirkan siapa sebenarnya
Azril yang telah menceroboh ke dalam bilikku sebanyak dua kali sebelum ini.
Kami
terus mengekori kereta Azril yang akhirnya berhenti di sebuah bangunan. Di luar
bangunan itu aku lihat papan tanda yang menyatakan ada sebuah pusat gymnasium
di tingkat atas bangunan tersebut.
“Patutlah
body dia mengancam. Pergi gym rupanya.” Elmira tersengih-sengih mengerling
papan tanda pusat gymnasium tersebut.
“Ke
sebab minum darah setiap hari.” Tiba-tiba mulut aku terlepas cakap.
Sengih
Elmira mati serta merta sebaik menoleh kepadaku. Air mukanya bukan marah dengan
tuduhanku tetapi lebih kepada perasaan yang sudah mula mempercayai ceritaku
setelah kami sama-sama melihat Azril yang menukar pakaiannya yang dikotori oleh
kesan darah tadi.
Azril
muncul semula selepas lebih sejam berada di pusat gymnasium. Kami kembali
mengekorinya. Senja yang remang begitu cepat berakhir. Malam sudah muncul
menjalankan tugas rutinnya. Jejak Azril terus kami ikuti. Ini adalah waktu
kemuncak yang kami kira waktu aktif sang pemburu seperti vampire.
Ada
debar yang sering mencuit tangkai hatiku namun keberanian itu lebih besar untuk
menutup semangat ketakutan itu. Kewujudan Elmira sedikit sebanyak membantu
untuk mengurangkan rasa tegang yang aku alami setiap kali memikirkan kata-kata
Adrian bahawa dia akan kembali untuk memakan darahku seterusnya membunuhku.
“Sofie,
kemana Si Azril ni nak pergi? Kenapa dia tak balik-balik rumah lagi ni. Aku dah
penatlah. Lapar pula ni.” El merungut.
Kalau
dah nama Elmira tu, sikit sikit lapar, sikit sikit lapar. Hai, letihlah layan
lapar perempuan ni.
“Sekejap
lagi kita makan. Nampak tu… aku rasa Azril dengarlah kau cakap lapar. Dia
singgah McD tu.”
Elmira
sengih sampai ke telinga. Anak matanya seolah-olah melihat GCB atau Big Mc set.
Coke Light kegemarannya pasti sedang bergentayangan di ruang fikirannya saat
ini. Aku membelokkan kereta ke lorong drive tru. Kereta Azril selang dua kereta
di hadapan kami.
“Alamak…
macam mana kalau dia lesap lepas beli makanan. Kita selang jauh dari dia ni,
Sofie.”
“Semua
salah kaulah kalau kita terlepas ekori dia.”
“Eh,
apasal pula salah aku.”
“Yelah…
sebab perut kau tu asyik lapar saja.”
Sudahnya
memang seperti dalam jangkaan kami. Azril hilang selepas membeli makanan. Dan kami
tak sempat mengejarnya kerana masih berada dalam barisan membeli makanan di
lorong drive tru McDonald.
“So,
apa yang kita dapat hari ini?” Elmira yang sedang menyedut Coke Light nya
mengerlingku yang sedang memandu.
“Dapat
apa lagi… makan.”
Elmira
tersengih tanpa rasa bersalah sambil membuka balutan Big Mc nya. “Takpe, Sofie.
Kita masih ada peluang untuk ekori dia lagi.” Aku nampak leretan senyuman
Elmira yang penuh sesuatu. Aku tahu dalam kepala otaknya ada rencana yang telah
bersusun. Apatah lagi memang selama ini dia kaki stalker Azril Afandi.
Disebabkan
kami sudah terlepas menjejak Azril maka akhirnya kami pun pulang. Aku meminta
El menemaniku malam ini. Terasa cuak pula nak tidur sendirian selepas dua kali
vampire tu sesat masuk ke bilik aku. Seriklah untuk kali ketiga. Silap hari
bulan selepas ini dia menuntut sesuatu yang dia katakan pula. Kena hisap darah
tu okay lagi, yang aku ngeri tu kalau dia hisap darah aku sampai kering.
Matilah aku!
“Sofie,
Sofie… kau nampak tak apa yang aku nampak?”
Aku
yang menghentikan kereta di luar pagar rumah menoleh kepada Elmira yang sedang
memerhatikan sesuatu. Aku lemparkan pandanganku ke arah yang Elmira lihat.
“Kenapa?”
aku tak nampak pula apa-apa yang pelik.
Aku
tinggalkan Elmira sebentar untuk pergi membuka pintu pagar. Elmira keluar
mengekoriku dengan tergesa-gesa sehingga membuatkanku tidak jadi hendak membuka
pintu pagar yang bermangga.
“Kau
tengoklah betul-betul kat sebelah rumah kau tu.”
Ah,
sudah… El ni buat aku cuak pula malam-malam begini. Dah nak pukul 12.00 tengah
malam kot ni.
“Weh,
kau kenal tak siapa jiran sebelah rumah kau selama ni?”
Jiran?
Jangan main gila. Jiran sebelah rumah aku tu dah lama tak ada. Diorang dah
berhijrah ke Australia lima tahun lalu. Rumah ni kalau mengikut kata Makcik
aku, dijaga oleh adik sepupu tuan rumah. Tapi diorang taklah menetap kat sini.
Cuma datang sekali sekala sahaja.
Soalan
Elmira masih tak ku jawab. Aku kerling ke sebelah pagar rumah aku. Aku nampak
salah satu lampu bilik di tingkat atas rumah itu menyala. Aku dah cuak. Bila
masa pula ada makhluk yang tinggal kat sebelah rumah aku ni? Selalunya penjaga
rumah ni cuma datang setiap hujung minggu sahaja. Alahai… janganlah buat pasal.
Malam jumaat pula ni.
“Wei,
Sofie. Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba pucat pula. Soalan aku tak jawab lagi.”
Elmira memukul pangkal lenganku dengan kasar. Aku belum menjelaskan lagi
tentang siapa jiranku itu. Aku risau jika dia takut dan tak jadi hendak
menemaniku malam ini. “Aku tanya kau, kau kenal tak siapa jiran sebelah rumah
kau selama ini?” Elmira mengulang lagi soalannya.
Aku
menggeleng. Tanganku pantas membuka pintu pagar yang bermangga. Kemudian aku
tinggalkan Elmira yang terkulat-kulat melihat gelagatku yang kelam kabut hendak
masuk ke rumah selepas memakir keretaku.
“Sofie,
cuba bawa bertenang. Yang kau kelam kabut macam nampak hantu ni kenapa?”
Puaka
betul mulut minah ni. Berani dia sebut perkataan H.A.N.T.U. tu kuat-kuat. Malam
jumaat ni. Gila betul minah ni. Langsung tak reti takut.
“Aku
suruh kau tengok sahaja rumah jiran sebelah tu. Kau kenal tak kereta Myvi
purple tu. Yang kau cuak macam vampire datang nak terkam kau ni kenapa?”
What??!!
Myvi purple??
Perlahan-lahan
aku tolehkan kembali kepalaku ke arah rumah sebelah. Myvi purple yang kami
ekori sejak petang tadi tersergam di hadapan rumah jiran sebelah rumahku. Aku
terpinga-pinga. Menggaru kepala yang tidak gatal kerana keliru.
“Jangan
cakap yang kau tak kenal siapa jiran kau selama ni.”
“Aku…”
sesungguhnya aku telah kehilangan kata-kata sekarang. Sejak bila bila pula
mamat vampire tu jadi jiran aku? Selama ini tak pernah pula aku sedar yang
rumah sebelah aku ni berpenghuni. Atau adakah dia baru berpindah ke rumah ini.
Alamak… teruklah aku kena bahan dengan Elmira lepas ni.
“Sofilea…
Azril Afandi, antara budak muzik paling gempak kat kolej kita tinggal kat
sebelah rumah kau dan kau tak tahu. Bukan setakat tak tahu tapi boleh kau tak
kenal siapa dia. Arghhhh!!! Kau buat aku stress!” Mata Elmira bulat bagai
hendak menelanku, dengan kedua-dua belah tangan yang diangkat setentang dengan
telinganya mempamerkan reaksinya terhadapku. Elmira sudah naik angin. Ini semua
gara-gara aku yang terlalu hidup dalam dunia aku sendiri sehingga tidak kenal
dengan orang sekeliling.
Tiba-tiba
kami dengar bunyi pintu rumah jiran sebelah dibuka dari dalam. Serta merta mata
kami berdua tertumpu ke arah rumah tersebut. Susuk tubuh Azril muncul keluar
dari rumahnya dengan hanya bersinglet dan seluar trak separas betis.
Ditangannya menjinjing plastik sampah yang hendak dibuangnya di luar rumah. Dia
baru lepas makan. Aku nampak bungkusan Mcdonald yang dibelinya semasa kami
mengekorinya tadi. Pemuda itu masih tidak menyedari kami yang terpacak di rumah
sebelah sambil memerhatikannya. Selepas membuang sampah dia kembali menuju ke
pintu rumah. Ketika itu baru dia tertoleh memandang ke arah kami. Dia berhenti dan
menegur.
“Eh,
korang berdua… buat apa kat luar malam-malam begini?” Dia menegur dengan ramah,
seolah-olah sudah biasa berbual dengan kami. Aku lihat leretan senyumannya yang
mesra sedang mencairkan Elmira di sebelahku. Aku fikir, aku sendiri pun hampir
cair sekarang. Susuk tubuh dan roman wajah Azril Afandi kekurangan ciri-ciri
kemelayuannya. Tubuhnya kurus tinggi tapi tegap berotot. Kulitnya cerah dan
kemerah-merahan. Anak matanya berwarna coklat cair dan hidungnya mancung
terletak. Mujur rambutnya berwarna hitam, tulin tidak berwarna. Aku dapat
bayangkan jika warna rambut Azril berwarna perang memang dia persis mat saleh
yang petah berbahasa melayu.
“Hai,
Azril. Kitorang… hmm… nak cuci kereta.” Sengal betul Elmira. Bagi alasan entah
apa-apa.
“El…
tak tinggal kat sini kan? Datang temankan Sofie ya?”
Ya
Tuhan… dia memang kenal nama aku dan tahu aku jirannya selama ini. Maknanya
selama ni aku seorang sahaja yang tak kenal siapa dia. Bodohnya! Malu gila
kalau dia tahu aku tak kenal siapa dia. Arghhh!!!
“Haah.
Saya temankan Sofie. Dia ni takut sangat dengan vampire.” Aku rasa nak
tampar-tampar saja mulut Elmira saat ini. Berani dia cakap pasal vampire depan
Azril.
“Vampire?”
air muka Azril berkerut sambil tertoleh-toleh kiri kanan seperti mahu
memastikan sesuatu. “Biar betul korang ni. Wujud ke vampire tu?”
“Ah,
kau… pura-pura innocent pula.” Suaraku lebih pada menggerutu sendiri. Mujur tak
ada kayu di tangan aku sekarang. Kalau tak memang aku dah tikam kau sampai mati…
eh, sanggup ke aku tikam nak mamat handsome ni? Ahh, tak pedulilah dia handsome
ke tak, yang penting dia makhluk pemakan darah yang merbahaya. Wajib
dihapuskan!
“Apa
dia, Sofie?” sepasang mata coklatnya tertumpu kepada aku.
“Kau
ceroboh masuk ke bilik aku sebanyak dua kali dan mengaku sebagai vampire.
Sekarang kau nak pura-pura tak tahu apa-apa pula.”
Azril
terdiam. Air mukanya berkedut sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Dia
nampak keliru dengan apa yang aku katakan.
“Saya
rasa awak dah salah faham. Saya tak pernah pun jejakkan kaki ke dalam rumah
awak tu macam mana pula awak boleh tuduh saya ceroboh bilik awak.”
“Apa
yang kau buat hari ini? Berapa ramai mangsa yang kau dah bunuh?” tanpa sedar
kakiku dan Elmira sudah mula berundur ke belakang setapak demi setapak. Kami berpaut
antara satu sama lain demi untuk berjaga-jaga. Sebarang kemungkinan boleh
berlaku sekarang. Azril boleh menyerang kami pada bila-bila masa selepas
rahsianya sebagai vampire telah terbongkar.
“Eh,
jangan buat saya kelirulah. Bunuh apa pula ni?”
“Azril…
kami nampak pakaian awak yang penuh darah siang tadi.” Elmira sudah mula
berkata-kata.
“Siang
tadi?” Azril kelihatan cuba mengingati kejadian siang tadi ketika kami lihat
dia menukar pakaiannya yang kotor dengan darah. “Ohh… petang tadi saya lepak
dengan Safwan dan Adi. Adi terlanggar Myra yang sedang bawa bahan pewarna untuk
props pementasan. Cecair tu tertumpah ke baju saya waktu tu. Memang pewarna tu
merah macam darah.”
“Oh…
really?” Elmira serba salah. Sempat dia mengetam pinggangku kerana telah
membuatkannya terjerumus dalam pertuduhan vampire terhadap Azril yang
diminatinya secara diam-diam selama ini. “Jadi awak tak membunuh sesiapalah
hari ini.”
Azril
yang masih kepelikan itu menggeleng sahaja.
“Jadi
apa penjelasan awak ceroboh masuk ke bilik saya sebelum ini?” Aku masih tidak
puas hati kerana masih ada perkara yang dilakukan oleh Azril yang masih belum
mendapat pencerahan.
“Saya?
Ceroboh bilik awak? Bila?” sekali lagi Azril terpinga-pinga. Geramnya aku.
Pandai betul mamat ni berpura-pura… dan kenapa dia seolah-olah sudah terlupa
dengan seruling yang dia tercicir di bilik aku?
KCANG!
Tiba-tiba
kami dikejutkan dengan suatu bunyi dari dalam rumahku.
“El,
kau tunggu sini. Aku pergi check dalam rumah.” Aku segera berlari membuka pintu
rumah.
“Kau
jangan main gila, Sofie. Biar aku masuk temankan kau.”
Aku
tak cakap banyak. Aku biarkan Elmira mengikutiku. Aku lihat Azril turut
tergesa-gesa keluar dari rumahnya dan menyertai kami. Sebagai lelaki, aku fikir
dia mahu melindungi kami jika sesuatu yang buruk berlaku.
Aku
terus meluru ke bilikku di tingkat atas. Aku percaya bunyi itu datang dari
tingkat atas. Perlahan-lahan aku melangkah. Dengan berhati-hati aku memegang
tombol pintu. Tapi masih tidak berani hendak memulasnya. Cuak!
Azril
mencapai pergelangan tanganku dan menyuruh kami berdua berundur. Biar dia yang
bertindak selaku seorang lelaki macho. Eh, yang ni aku agak saja. Yelah… lelaki
selalunya memang perlu tunjuk macho di hadapan perempuan. Kami kan insan yang
lemah… dari segi fizikal sahaja, okey.
Tombol
pintu dipulas dan Azril menolaknya. Aku dan Elmira menjenguk perlahan-lahan.
Azril meraba suis lampu dan berjaya memetiknya. Bilik menjadi terang. Mulut
Elmira ternganga sebaik melihat sesuatu. Aku juga bagai nak jatuh rahang
melihat satu susuk makhluk sedang menyelongkar ruang dalam bilikku.
“Vampire!!!”
pekikku disusuli dengan jeritan Elmira. “Arghhh!!!” jeritan kami bergabung
dengan nyaring.
“Ian…”
tiba-tiba suara Azril memecah ruang bising diantara aku dan Elmira yang
menjerit. Kami berdua berhenti menjerit dengan serta merta. Merenung ke arah
lelaki yang bagaikan klon Azril itu. Memang wajah mereka berdua seiras sehingga
menyebabkan aku menuduh Azril sebelum ini.
“O.M.G…
Kuran Kaname? Real ke ni?” Mata Elmira terbuntang sebaik melihat dengan jelas
wajah makhluk yang menceroboh bilikku itu. aku menoleh ke arah jendela bilikku.
Sudah rosak barangkali selaknya… atau memang lelaki ini sangat licik menceroboh
masuk ke dalam bilikku.
Makhluk
yang kami percaya sebagai vampire itu berpakaian serba hitam hanya duduk selamba
di lantai sambil memandang ke arah kami bertiga.
“Jadi
kaulah vampire yang mengganggu Sofie selama ni.” Elmira yang pura-pura berani
itu sekadar bersuara di belakang Azril. Matanya masih mencuri pandang meneroka
roman wajah lelaki yang seiras dengan Azril tetapi berambut panjang hampir
mencecah bahu itu.
“Itu
abang saya. Adrian Afandi. Dia bukan vampire.” Azril memberi penjelasan.
“Hah???”
Giliran aku pula yang terkejut.
Elmira
sekadar melopong. Matanya tak berkelip memandang kedua-dua adik beradik itu.
Bukan kembar tetapi paras rupa memang satu acuan. Bezanya cuma pada style
rambut dan imej berpakaian.
“Apa
yang kau buat dalam bilik Sofie, Ian?” Azril melangkah menghampiri Adrian.
“Aku
cari barang aku.” Adrian menjawab dalam nada yang dingin. Ekor matanya masih
lagi tercari-cari sesuatu di sekitar bilikku. Aku tahu apa yang dicarinya.
Seruling yang dia tercicir tempoh hari.
“Tapi
kenapa menceroboh? Kan boleh masuk ikut pintu rumah dengan cara yang sopan.”
Azril menegur sikap abangnya yang dirasakan salah.
“Betul
tu. Kenapa suka ceroboh masuk bilik orang. Apa niat kau sebenarnya?” Elmira
sudah mula berani ke hadapan untuk bersuara. Aku masih diam mengumpul kesabaran
sebelum memulakan aksi.
“Kalau
aku cakap nanti bukannya korang percaya.”
Kau
tak cakap lagi mana aku nak tahu sebabnya, sengal!
“Aku
tertinggal kunci rumah jadi aku cuba masuk ikut tingkap… tapi aku tersalah
target. Sepatutnya aku nak masuk bilik sendiri tapi termasuk bilik… Sofie.”
“Tak
logik! Takkan kau tak tahu mana satu rumah sendiri. Mana ada orang tersalah
masuk sampai dua tiga kali,” tembakku.
“Aku
baru seminggu di sini. Apa yang tak logiknya kalau aku tak ingat mana satu
rumah aku,” dia menjawab pertuduhanku.
Aku
kerling ke arah Azril dan Elmira. Azril senyum serba salah.
“Maafkan
kebodohan abang saya ni, Sofie. Dia dah lima tahun dekat Australia jadi dia dah
lupa dengan selok belok rumah kami. Dan dia memang ada penyakit selalu sesat.
Rumah sendiri pun boleh tak cam.”
“Diamlah
Azril!” nampaknya Adrian sakit hati apabila adiknya sendiri mengutuknya. Apatah
lagi di hadapan dua orang gadis. Mestilah dia malu. Nampak jelas air mukanya
yang cerah itu kemerah-merahan menahan malu.
Azril
dan Elmira sedang menahan tawa. Aku tahu Azril sedang mentertawakan kesengalan
abangnya yang tersesat sampai ke rumah aku dan Elmira pula aku percaya dia
sedang mentertawakan aku yang percaya dengan penipuan Adrian yang mengaku
dirinya sebagai vampire.
“Ini
semua kau punya pasal, perempuan!” aik, aku pula yang ditengkingnya. Nak cari
pasal nampaknya mamat ni.
“Apa!
Berani kau salahkan aku. Kau ni dahlah tak reti nak mengenang budi. Jangan kata
nak minta maaf, berterima kasih sebab aku tolong rawat kecederaan kau pun
tidak. Sekarang kau nak salahkan aku pula.”
“Eh,
mengungkit pula. Tak ikhlaslah tu.” Erghh… dia ni memang sangat menyakitkan
hati aku!
“Bukan
tak ikhlas tapi kau tu… berani kau takut-takutkan aku. Konon kau tu vampire nak
hisap darah aku lah.” Memang tidak dapat aku lupakan senyuman jahatnya yang
telah memanipulasikan fikiranku untuk mempercayainya sebagai vampire semalam.
“Kau
yang mula-mula tuduh aku vampire. Aku tak introduce pun diri aku sebagai
vampire. Kau tu yang mudah terpengaruh dengan fiksyen novel… apa yang kau
tengok tu? Vampire Knight, right? Hahaha…” Dia tertawa mengejekku. Makin
berdarah hatiku melihat perangainya.
Sempat
aku menangkap senyuman penuh makna Elmira. Ah, sahlah dia nak tuduh aku lebih
teruk berbanding dia sekarang. Azril pula sedang mengetap bibir menahan tawa
yang dikulumnya dengan cermat demi menjaga air mukaku.
“Kau
ni kan…” err… aku hilang kata-kata. Secara automatik ruang mindaku menayangkan
semula peristiwa yang berlaku diantara aku dan Adrian. Cara dia muncul dengan
lagak penuh misteri. Sentuhannya yang dingin bagaikan salju. Keadaan dirinya
yang lemah akibat kecederaan dan demam panas yang dialaminya. Aku merawatnya
tetapi dia telah menghilangkan diri sebelum aku terjaga dari tidur. Pada hari
kedua dia muncul di bilikku, dia mengaku sebagai vampire. Hari ini adalah hari
ke tiga dan aku telah mengetahui sebenarnya Azril dan Adrian adalah adik
beradik berwajah seiras tetapi tetap ada style yang berbeza.
“Kenapa
awak cedera tempohari?”
Adrian
membuang pandangan ke arah lain. Aku tak faham dengan sikapnya itu. Apa yang
disembunyikannya.
“Dia
dikejar anjing liar…” Azril berbisik ke telingaku. Tingkahnya yang berhati-hati
kerana tidak mahu abangnya naik angin padanya yang menceritakan kejadian yang
memalukan baginya itu.
“Waktu
tu dia cuba nak panjat pagar sebab tak bawa kunci rumah. Malangnya belum sempat
dia nak panjat pagar tiga ekor anjing liar telah mengejarnya. Mungkin Ian
disangka sebagai perompak kot. Maklumlah anjing-anjing kat kawasan rumah kita
ni. Awak tahu kan, Sofie. Adrian berjaya larikan diri ikut lorong belakang dan
memanjat belakang rumah untuk masuk ke biliknya. Mungkin waktu itulah yang dia
tersalah masuk bilik awak,” cerita Azril.
“Azril,
suara kau cukup kuat untuk aku tangkap semua yang kau ceritakan pada Sofie.”
Adrian mengangkat kepala sambil mencerling tajam ke arah adiknya.
“Err…
sorry. Aku cuma tak nak kamu berdua terus bergaduh dan salah faham.”
“Korang
berdua ni comellah…” tiba-tiba Elmira bersuara. Aku sekadar meleretkan senyuman
senget. Aku tahu, pasti selepas ini semakin menjadi-jadi gila Elmira terhadap
klon Kuran Kaname ni… dan mungkin El akan pening kepala nak pilih mana satu
diantara abang dan adik.
“Hah?
Comel? Awak ni mengarutlah, El.” Azril menggeleng. Mana ada lelaki macho yang
suka dianggap comel kan. “Ian, jom balik. Tak baik ceroboh bilik perempuan lah.”
Azril pergi menarik tangan abangnya yang masih duduk di lantai bilikku.
“Tunggu…
Sofie, aku nak barang aku semula.”
Kalau
ikutkan hati tak nak aku pulangkan seruling dia tu. Mahu aku patah patahkan
sahaja seruling tu di depan dia. Kalau dah nama lelaki tu, ego melangit. Susah
sangat ke nak minta maaf atau berterima kasih tu?
Aku
menuju ke almari pakaianku dan mengeluarkan seruling yang aku simpan dalam laci
dalam almari. Kemudian aku serahkan semula seruling tersebut kepada Adrian. Walaupun
hatiku tadi sudah berniat jahat untuk tidak memulangkan seruling tersebut
tetapi separuh hatiku sudah menegah. Aku harus memulangkan barang yang bukan
hakku.
Adrian
menampaninya tapi aku tidak terus melepaskan seruling berkenaan kepadanya.
Kerlingan dingin aku lemparkan kepadanya.
“Apa
lagi? Masih tak puas hati? Nak aku hisap darah kau betul-betul ke?” sinis suara
Adrian memerliku. Chis, ia masih tak faham juga apa kemahuanku. Hanya kata maaf
dan terima kasih sahaja wahai, Adrian…
“Nak
tuntut ganti rugi.” Aku tak suka berterus terang jadi aku katakan sahaja
begitu.
Aku
dengar dengusan nafas Adrian yang mengeluh mendengar kata-kataku.
“Aku
nak kau mainkan satu lagu untuk aku.”
“Ish,
kau ni. Dah tengah malamlah.” Alasan!
Aku
tarik muncung. Tak puas hati dengan cara dia mengelat.
“Esok
boleh?”
Aku
senyum semula. Mengangguk.
“Macam
tulah.” Adrian menyimpan serulingnya ke dalam jaket kulitnya. “Esok aku datang
cari kau lagi…” aku mengerutkan wajah. Dia nak masuk bilik aku dengan cara
menceroboh lagi ke?
“Jangan
risau… aku ketuk pintu, bagi salam.”
Aku
senyum kembali. Elmira pun senyum juga. Memang senyuman minah tu tak pernah
lekang sejak dari tadi. agaknya feeling-feeling dalam syurga dikelilingi
bidadara kot. Ah, Elmira. Biasalah tu.
“Jumpa
lagi esok.” Adrian mengangkat tapak tangannya seraya mengusap kepalaku sebelum
mengatur langkah untuk keluar dari bilikku… ikut pintu.
Aku
cuma tergamam dan kaku. Tak sempat menepis tindakannya tadi. Berani betul dia!
“Kami
balik dulu, Sofie… El,” ucap Azril dengan senyuman manisnya yang lebih panjang
dilemparkan kepada Elmira. Amboi, seronoklah member aku ni. Silap haribulan tak
boleh tidur malam ni gara-gara panahan senyuman yang menikam kalbu dari Azril
itu.
Kedua-dua
beradik itu sudah pulang dan tinggal aku dengan Elmira sahaja di dalam bilik
ini. Kami tidak bercakap apa-apa melainkan senyuman panjang sambil
masing-masing merenung siling. Kami sama-sama berbaring di katil single ku
sambil berangan entah kemana.
“Aku
ni teruk kan, El. Jiran sendiri pun aku tak kenal. Boleh pula aku sangkakan
Adrian tu betul-betul vampire.”
“Kau
tu memang. Kau kena ubah gaya hidup kau sebagai penulis tu, Sofie.”
“Maksud
kau?”
“Pertama…
jangan terlalu memerap dalam bilik semata-mata nak siapkan segala manuskrip
kau. Kedua… belajar melihat manusia di sekeliling kau. Kalau mamat se-handsome
Azril dan Adrian tu pun kau boleh tak sedar kewujudan mereka, macam mana kau
nak kesan siapa soul mate kau nanti?” Aku memang tidak sama dengan El yang
kenal dengan kebanyakan pelajar-pelajar di kolej. Elmira peramah dan berkawan
dengan semua orang. Sedangkan aku akan berbual dengan sesiapa yang datang
dahulu kepadaku. Dan tentang soul mate…
“Ermm…
soul mate? Maksud kau lelaki yang ditakdirkan sebagai jodoh kita?”
“Yelah,
sayang… mana tahu jodoh kau selama ni cuma kat sebelah rumah saja, rugilah
kalau kau terlepas peluang.” Dia menggambarkan Azril dan Adrian yang ala-ala
Kuran Kaname itu.
“Apa
maksud kau, giler?!” Aku hempuk El dengan bantal di atas kepalaku. Saja je
minah ni nak mengusik.
“Aku
bagi contohlah. Kalau bukan salah satu antara mereka pun, aku fikir kau tak
sedar ada yang memerhatikan kau selama ini di kolej kita tu.” Kening Elmira
terangkat sambil tersenyum penuh makna.
Aku
terdiam. Cuba memikirkan sebarang kemungkinan. Dan calon-calonnya…?
“Siapa?
Ada ke? Aku tak perasan pun.”
“Sebab
kau tutup pintu hati kau selama ni. Mana nak nampak sesiapa yang cuba singgah
di hati kau.” Amboi, macam professor serba tahu pula dia.
“Kau
tahu siapa ke, El?”
“Kalau
aku tahu pun aku tak nak cakap. Buat apa aku cakap kalau kau tak belajar
sendiri mengenal mereka.” El menarik selimut di kaki. Bantal yang aku campak
tadi dipeluk sambil mengiringkan tubuhnya membelakangiku. “Good night, Sofie.
Aku dah ngantuk. Assalamualaikum, renung-renungkan… dan selamat beramal.”
Aku…
speechless. Nak bertanya lebih, aku lihat Elmira nampak penat sangat. Kesian
dia. Seharian menemaniku mengekori Azril… dan Adrian. Mungkin ini permulaan
diantara kami. Mungkin mereka berdua akan terus muncul dalam hidupku selepas
ini tanpa ada perkaitan dengan isu vampire. Walaupun aku tidak tahu apakah
rencana Tuhan terhadap takdirku dengan mereka berdua tapi aku harap malam ini
adalah permulaan persahabatan kami… aku, Elmira, Azril dan Adrian…
Jam
1.30 pagi. Yang dikatakan malam itu sudah berlalu. Aku tutup suis lampu. Baring di sebelah El di
atas katil single ini. Berkongsi selimut yang sama sebelum memejamkan kelopak
mataku. Selamat malam, dunia…