Tajuk : The Deal!
Watak : Ryo Nishikido, Yna Baktiar
Genre : Friendship & Romance
Lokasi : Hotel Pearl Intrusa
Ringkasan : We are the couple... the trouble couple... Ryo- "Betul ke pilihan aku ni? Yna, tolonglah jadi kekasih terbaik aku... walaupun cuma olok-olok."
Bab 6
Suasana sepi menyelimuti ruang bilik tersebut. Masing-masing tertumpu pada helaian kertas perjanjian di tangan masing-masing. Tekun meneliti setiap syarat perjanjian kontrak percintaan mereka.
Anak mata Ryo yang bergerak-gerak tidak hanya tertumpu pada kontrak di tangannya. Sesekali dia mencuri pandang pada Yna di hadapan. Gadis tersebut khusyuk meneliti kontrak tersebut dan langsung tidak menghiraukan kewujudan Ryo.
“Deal!” Tiba-tiba suara Yna memecahkan suasana hening di bilik yang ditempah khas oleh Ryo pada petang itu.
“Hah?” Ryo terpinga-pinga apabila Yna bersuara dengan tiba-tiba.
“Aku setuju dengan kontrak ni.”
Wajah Ryo tersenyum lebar. Kertas di tangannya di letak di atas meja.
“Bagus. So kita boleh sign kontrak ni sekarang.” Ryo sangat gembira kerana Yna tidak banyak kerenah seperti sangkaan awalnya sebelum ini.
“Kau dah baca habis syarat-syarat yang aku kenakan ke?” tanya Yna sambil menjeling kertas-kertas yang tertulis segala syarat kontrak percintaan Yna terhadap Ryo Yang bersepah di sekeliling Ryo. Ada yang diletakkan di atas kerusi, bersepah di meja malah yang tercicir di lantai di bawah meja juga ada.
Ryo memandang sekelilingnya. Dicapai satu persatu kertas-kertas yang berselerakan di sekelilingnya. Dikumpul menjadi satu dan disusun di atas meja semula.
“Dah. Aku dah baca semuanya,” katanya dengan penuh yakin. Padahal hakikatnya dia tidak membaca keseluruhan isi perjanjian yang disediakan oleh Yna itu. Terlalu banyak.
Maka dengan rasminya setelah masing-masing bersetuju, kontrak pun ditandatangani.
“Kontrak percintaan kita akan bermula sebaik kita melangkah keluar dari bilik ini.” Ryo menghulurkan tangan kanannya kepada pasangan kekasih kontraknya, Yna.
Yna mengangkat wajah merenung jejaka di hadapannya. Perlahan-lahan dia berganjak mendekati Ryo. Roman wajahnya manis mendapatkan pasangan kekasih kontraknya. Ryo berasa janggal lantas perlahan-lahan menjauhkan diri. Namun Yna semakin mendekatinya sehingga jarak diantara mereka hanya tinggal beberapa inchi.
“Okey… deal.” Yna bersuara separuh berbisik. Matanya terus menjejaki wajah lelaki itu tanpa menghiraukan huluran tangan Ryo terhadapnya tadi. Ryo kaku direnung sebegitu dekat oleh Yna.
“Kita jumpa di ruang lobi sekejap lagi, ya sayang.” Sempat Yna mengusik sambil menampar lembut pipi Ryo sebelum bangkit untuk beredar keluar dari bilik hotel berkenaan.
Gulp! Ryo hanya mampu menelan liur sebaik kelibat Yna lesap. Dia masih lagi duduk kaku di kerusi.
“Adakah aku telah buat keputusan yang tepat kali ini?” Dia bertanya sendiri kepada dirinya. “Perhaps…” Otaknya tidak mampu mencerna apa-apa kemungkinan dikala ini.
P/s : Seberapa pantas!!! aku sedang menaip dan cuba bergerak seberapa pantas untuk menyiapkan Ai Without Love... HWAITING!! <-- kata2 semangat untuk diri sendiri.
1 comment:
lama tul tak baca.huhuhu. skali dpt baca smpi dua. er tapi yang ni pendek sikit lah. but thanks ye. semoga kaseh dpt siapkan citer ni cepat. amin....
Post a Comment