Kawan2 yg saya Sayang

Monday, June 22, 2009

Pertama kali di tempat aku...

Sultan Melaka dah bertukar jadi sultan jawa
Kira ok lah tu... SELAMAT PENGANTIN BARU~


Hari ahad nan indah~ 2 orang gadis sibuk melaram. gara-gara nak pergi kenduri kahwin Adlin Aman Ramli dan Imelda Rosmila. majlis menyambut menantu itu diadakan di kediaman pengantin lelaki di Pekan Meru, Klang...

CHE KODOK : Cepat, cepat~!! kita dah lambat ni. dah pukul 1.30 dowh... mane ade org gi kenduri kawen lewat cmni. Cepatlah Cik Donut~
CIK DONUT : Sabau lah~ kau juga yg mengada2 ajak aku pegi buat facial kat salon. kecoh! nak kenduri kawen Adlin punye pasal sanggup gi abis duit kat salon dulu.
CHE KODOK : Eh, membebel pula dia ni. cepat ah~! nanti melepas aku nak jumpa ramai artis kat rumah Mak Mah tu nanti.
CIK DONUT : (dalam hati - cis! poyo gile~ kate tak minat artis local tp hari ni mcm dia plak yg terlebih excited nak gi jumpa artis)



pemandangan jalan raya yg penuh kenderaan menuju ke rumah adlin. ni kire dah kurang sket sbb dah agak petang...


Gara-gara Facial treatment yg memakan masa berjam-jam... mereka berdua rider naik Yamaha 125 milik Cik Donut saja. lgpun memikirkan kemungkinan besar x dpt parking klu bawa kereta... & takut kena pelangkung kalau berani-berani sentuh Fiona Lime milik Chik Kaseh tu...


Lambat sangat tunggu pengantin, sempat kami bergambar dgn biras pengantin lelaki ni dulu.
Che Kodok : Abang AC, apasal tinggi sangat?
AC Mizal : Nak buek cam no dik... terlebih makan vitamin. hehehe~
(Dialog betul ni!)



Ha, giliran mak-mak plak nak bergambar.
(Mak Che Donut mmg tetamu jemputan Mak Mah. Orang Merulah katakan~)



Che Kodok : Huh~ lambat sangatlah pengantin ni.
(sempat posing depan pelamin)



Punyelah ramai manusia ngah tunggu ketibaan raja sehari. dah pukul 2.00 ptg pun masih x muncul2... (nasib baik aku sampai lewat)



Mak Mah cute berbaju hijau. baju tak glamour mana pun. low profile je.



Pak! Pak! Plak! Kebum! Kebum! Kebum!... yey~! pengantin dah sampai...
(Nampak je bunga manggar ngan payung kuning, semua dah excited angkat kamera... termasuklah Che Kodok dan Cik Donut.)



Ah~ huru hara betul time ni. semua orang nak snap! snap!


MC : Elok je pengantin jejak tanah, hujan renyai turun. kalau ikut firasat, apa maknanya tu AC?
AC Mizal : Itu tandanya pengantin bunting pelamin.

(semua dah gelak. pandai je buat ramalan.)

MC : itu kalau hujan renyai2... kalau ribut petir pula apa tandanya? cuba jawab sikit Abang AR Badul.
AR Badul : Itu tandanya jatuh peranakan.

(Grr... dasyatnye jawapan.)



Kami lepak baik punya... betul2 straight depan pengantin. ni kira jauh dah ni. kalau tak di halau dgn abang RELA mahu aku terus berdiri satu saf dgn jurugambar2 yg penuh atas pelamin tu.


AR Badul : Mungkin ada yg masih tak tahu. adik saya Adlin kahwin dgn Imelda iaitu adik kepada Emylia, isteri AC Mizal... jadi secara tak langsung sekarang kami dah bersaudara. tapi macam mana hubungan kita sebenarnya? apa aku nak panggil kau AC?
AC Mizal : Beras... err, Biras... Erk, entahlah. Dah macam keluarga 69 pula rasanya ni.

tiada pose terbaik berjaya aku snap!. ini je yg paling cun. lagipun cuma guna HP. (huhuhu~ kamera aku ngeng! plak time ni)


Bebudak silat tengah buat persembahan. sementara tu kemeraman n reporter ngah buat kerja diorang... aku still terpacak di posisi strategik tadi...


Ini pic paling dekat berjaya aku snap!. tapi yg tak boleh bla nye pic ni ialah... Aqasha lagi macho drp Adlin yg jadi raja sehari plak. huhu~ apsal tetiba aku rasa mamat Aqasha ni handsome hari ni... sebab dia jadi pengapit kot.

Ramai juga orang2 glamour yang kami jumpa di majlis tu. antaranya Zamarul& Diana Rafar, Serina, Tiara Jaquelina(betul ke aku eja nama dia? main bedal je. maaf kalau salah) &keluarga, Siti Hajar(cikgu dlm AF tu), lagi ada Roslin Hashim, Jailani sidek n Raja Azmi pun ada. Norlia Ghani, Zaibo... Eh, banyaklah artis. yang aku tak kenal pun ada. tapi aku x minat diorang so x excitedlah nak ambik gambar. cuma ambik gambar ngan AC je sbb kira aku minat dia gak lah. suka dia jadi CMP(Cik Mat Poi). hakhakhak~

Ini saja entry untuk kali ini. actually spatutnya aku masuk entry ni semalam tp semalam penat sgtlah. pas tu internet plak ngeng!. betul buat aku menyirap! hehehe~



Tulus dari hati…


1 comment:

-Ain-Dak In- said...

kaseh nape x ajak ain..
agagagaga...