"Apa yang kau beri pada ayah kau sempena hari bapa kali ni?" Si penanya bertanya kepada aku.
Aku diam...
Masa hari ibu, walaupun aku gagal menghadiahkan something special untuk mak aku tapi aku bangga sebab aku jadi anak pertama dia yang mengucapkan Hari Ibu kepada mak aku. tapi bila sampai hari bapa... aku sedih bila lihat orang sekeliling... berkata seorang ibu kepada anaknya...
"Pagi tadi abah berkata sesuatu. hari ni hari bapa, tiada seorangkah anak mahu memberikannya sesuatu sempena hari yang istimewa ini?" Si ibu itu ialah kakakku. sambil memotong kain baju yang hendak dijahit dia bercakap dengan anaknya.
Aku yang sedang menggosok baju hanya diam menangkap perbualan tersebut.
"Tahulah orang. ibu ni~" Bunyi seakan mengeluh. mungkin berasa ibunya berleter.
"Korang ni minta duit kat abah pandai. berkira itu ini dengan abah pandai. tapi nak bagi hadiah setahun sekali sempena hari bapa pun susah. nak kena push dengan ibu baru nak buat." Kakak aku sambil potong kain sambil berleter.
"Ok, ok... fahamlah. nanti orang buatlah apa ibu suruh." si anak berlalu pergi. bukannya dia tidak mahu menghargai bapanya. Tapi malas nak dengar si ibu berleter.
Aku yang masih menggosok baju rasa something yang tak best. sedih~ kenapa Kaseh sedih?
Sebab aku dah tak ada ayah. ayah aku dah meninggal dunia dua tahun lepas.
Lebih sedih lagi ialah sebabnya aku tak sempat menghadiahkan apa-apa pada ayah aku semasa dia hidup. betapa teruknya aku rasa menjadi seorang anak sekarang... Sesal itu tidak berguna. apa yang mampu aku buat sekarang ialah menghadiahi arwah dengan bacaan Al-Quran dan Yasin. itu saja yang aku rasa paling bermakna untuk arwah ayahanda kini. Semoga dia datang lagi dalam mimpi-mimpi ku setiap kali aku menghadiahinya dengan bacaan Yasin seperti selalu.
~I miss U, dad~
~Watashi wa anata ga daisuki... aishiteru otosan~
P/s : Moral of the story... hargailah seseorang yang kita sayang ketika dia masih ada di dunia...
Tulus dari hati…
4 comments:
al fatihah untuk bapa...
entri tentang bapa di sini > http://www.kujie2.com/peribadi/darinya-kita-datangkepadanya-kita-kembali.html
Doa anak yang soleh akan membantu kedua orang tuanya mendapat tempat
yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para orang tua di alam kubur.
Sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui material,
tetapi sayang seorang anak pada kedua orang tuanya ialah dengan doanya supaya kedua orang tuanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Amin....
sabar la ye kaseh..
x smestinya kita kena bg hadiah untuk menunjukkan kasih syg kita
terhadap seseorg..
kaseh dah sedekahkan doa dan surah yasin pon dah cukup..
kaseh...
hmm..
kita serupa kaseh..
tp ain baru je nak setahun..
uuuu...
perit kan klu kita x sempat nak bg apa2 kat ayah....
kaseh tau x...
sblom ayah ain meninggal,,ain baru jek start keje..
1st gaji ain ain beli blender sbb sng nak blend mknn ayah nati..
tp ayah x sempat gunakan..
waaaa........
tu yg ain sedih sgt.......
Waa~ korang punye komen lagilah wat Kaseh meleleh depan pc skang...
Kak Jie : bulan depan genap 2 tahun pemergian ayahanda kita~
Amirah : trimas utk sokongan moral awak.
Ain : sobs... ko punye cite lagi sadislah Ain. Kaseh meleleh lagi ni... huhuhu~
Post a Comment