::Sebelum korang baca,biarlah Cik Kaseh cerita sikit pasal cerpen special edition ni ye...sebenarnya dulu memang cik kaseh pernah buat AITDS2...tapi atas sebab2 tertentu cik kaseh terpaksa tarik balik penerbitannya dari blog ini. So, cerpen di bawah ni sebenarnya sebahagian kecil dari AITDS2... TAPI cik kaseh dah adjust kasi sesuai dgn situasi AITDS versi buku. hope, u all enjoy baca cerpen ni. cik kaseh tak mampu nak perah otak untuk meleret dan memanjangkan AITDS ke season dua maka saya keluarkan cerpen je...insyaallah kalau idea berkembang akan ada lagi kemunculan Dew dan Camie dalam cerpen2 akan datang. SELAMAT MEMBACA ^__^ ::
‘9 SEPTEMBER…
dua hari lagi hari lahir Milly. Sengaja aku tanyakan padanya apa yang dia mahukan
pada hari lahirnya kali ini kerana ini kali pertama aku mahu menyambutnya
selama kami menjadi pasangan kekasih.
Apabila
Milly cuma mahukan sebiji kek cawan aku telah mentertawakannya sehingga
menyebabkannya merajuk pagi tadi. Rasa bersalah pula…
Semasa
di kelas Bahasa Inggeris dia telah melayangkan satu nota kepadaku…
::Saya
tak mahukan apa-apa pada hari lahir saya. Saya cuma harap tuhan dengar doa saya
dan sembuhkan awak dari segala penyakit.::
Aku
rasa terharu tapi dalam masa yang sama rasa bersalah terhadapnya.
Kelas
berikutnya iaitu Sains. Ketika di lab, Milly layangkan sekeping lagi nota
kepadaku…
::Jeremy
adalah kekuatan Camily untuk memburu impian. Jiwa Camily akan mati tanpa orang
yang bernama Jeremy.::
Aku
rasa ia agak keterlaluan… tidak, mungkin perasaan bersalah ini yang lebih
menekan jiwaku. Aku sayangkan dia tapi jika ditakdirkan hubungan kami tidak
panjang aku berharap akan ada seorang lelaki yang lebih baik muncul dalam
hidupnya kelak.
Mungkinkah
orang yang bernama JEREMY juga?’
“Jeremy, kalau kau masih hidup
mungkin kaulah ‘Jeremy’ untuk Camily… tapi sekarang, akulah yang akan mengejar
Si Hodoh tu.” Dew tersengih memandang tulisan tangan Jeremy dalam diarinya.
Diari Jeremy ditutup dan disimpan
di tempat yang tersorok di bawah katilnya. Dew Jeremy Orbido bersiap-siap untuk
ke kolej.
************
“APA jenis perangai buat orang
macam ni? Herghh~~” gigi-gigi Camie berlaga-laga kegeraman. Tangannya disuakan
ke muka Dew seolah-olah mahu mencekik lelaki itu.
Dew tersengih melihat gelagat
Camie yang marahkannya. Dia mengambil tempat di kerusi batu di taman bonzai
milik Pengetua Pendekar Penyu.
“Kau ni kenapa macam bagus
sangat, huh… apasal buat kolej ni macam kolej mak bapak kau saja. Dah waktu
rehat baru nak masuk kelas. Kau ni betul-betul melampaulah Dew… bla
bla..blaaa…” Camie membebeli Dew. “Sekarang ni, apa masalah kau cari aku sampai
nak tarik-tarik orang ke taman. Waktu rehat dah nak habis ni. Cepatlah
cakap…bla bla blaaaa~~~” Orang perempuan kalau sudah mula membebel memang penat
orang lelaki menadah telinga.
Dew membawa tapak tangannya ke
mulut Camie. Ditekupnya mulut Camie yang asyik membebel sejak tadi. Meronta-ronta
gadis itu minta dilepaskan dari cengkaman kejap Dew.
“Kau senyap sekejap boleh tak.
Bagi aku ruang nak bercakap pula!”
“Hmp…hhm…ump…” Hampir lemas Camie
dalam cengkaman Dew.
“Kalau kau janji tak membebel
baru aku lepaskan kau.”
Camie mengangguk bagai burung
belatuk. Anak matanya merenung Dew mohon simpati dari The Devil. Akhirnya Dew melepaskan Camie.
“Kejam!” dengus Camie perlahan
sambil mengusap-ngusap mulutnya yang ditekup kuat oleh Dew tadi.
“Sorry… sakit ke?” Dew rasa bersalah. Spontan dia mengusap wajah
Camie.
“Sakitlah… sini sakit,” menuding
ke pipinya. “Sini pun sakit,” menyentuh mulutnya pula. “Yang kat sini pun agak
sakit jugak,” akhir sekali dia menuding ke dadanya.
Dew menarik jemarinya ke belakang
telinga. Garu kepala.
“Siapa nak tolong ubatkan sakit
yang di sini ni?” Camie memegang kawasan hati sambil merenung tepat ke muka
Dew.
Dew bersiul-siul buat tidak faham
dengan maksud Camie. Dia menyembunyikan perasaannya yang sememangnya rasa
bersalah kerana sekali lagi buat hal dan memungkiri janji terhadap Camie
apabila lewat masuk ke kelas.
“Si Hodoh… aku cuma lewat masuk
kelas. Tak kan itupun kau nak marah.”
“Baka!” Camie tarik muncung sedepa. Bengang dengan Dew. Sudahlah
tidak memujuk, memanggilnya dengan panggilan sebegitu pula.
“Si Hodoh Yang Comel… semakin
marah semakin comel. Janganlah kecil hati dengan aku.”
Camie menjeling Dew. Tawanya
hampir termuntah melihat kelopak mata Dew yang terkedip-kedip cuba mendapatkan
perhatiannya. Senyuman yang lebar selebar lebarnya sehingga menampakkan barisan
giginya yang putih. The Devil yang
bajet nak comel tapi tak jadi. Camie menekup mulut menahan tawa melihat riak
wajah Dew waktu ini.
“Nak gelak, gelak sajalah. Aku
tahulah aku ni com…” comel ke? Erk~ “Maco. Aku tahulah aku ni maco sampai buat
kau terpikat.” Dew mendabik bangga.
“Wekkk…” Camie pura-pura muntah
mendengarkan kata-kata Dew yang sedang memuji diri sendiri. “Perasan. Shin
Vierra, budak kelas Kejuruteraan tu sepuluh kali lagi kacak berbanding kaulah.”
Dew tarik muka geram. Camie
sengaja mahu membakarnya dengan nama putera sanjungan gadis-gadis di Riveria High School Collage itu. Selain
Dew yang terkenal dengan gelaran The Devil dan The Taiko, Shin Vierra merupakan
antara pelajar yang menjadi perhatian di kolej tersebut kerana kekacakan serta
kebijaksanaannya. Shin juga seorang yang aktif dalam sukan. Itu adalah tiket
paling berharga untuk meraih populariti baik dari pelajar-pelajar perempuan
mahupun para guru.
Berbeza dengan Dew yang sering
digeruni dan ditakuti, Shin sangat disanjung dan disukai oleh semua orang. Dew
dan Shin jarang bersua memandangkan mereka dari kelas yang berbeza namun mereka
sering bersaing dari segi akedemik. Prestasi mereka berdua agak setara dan
sering bersaing dalam ranking lima pelajar terbaik setiap tahun.
“Sekurang-kurangnya semua orang
takut pada aku.” Dew mencebik di belakang Camie. Meluat mendengar pujian Camie
terhadap pesaingnya.
Camie tersenyum memerhatikan
gelagat Dew yang sedang tarik muka. Cemburu. Seronok juga sekali sekala tengok The Devil merajuk.
“Tadi kata nak cakap sesuatu.
Lekaslah, Dew.”
Dew tersedar dengan tujuan utama
dia menarik Camie ke taman bonsai itu tadi.
“Camie… hurm~~” macam mana nak
tanya ni… Dew mengelus-ngelus keningnya.
“Apa?” Camie menanti dengan
sabar.
“Apa yang paling kau harapkan
sempena hari lahir kau tak lama lagi?” Dew mengerling Camie sekilas sebelum
menguis-nguis dan membelek kuku tangannya.
“Ha?” Camie melopong mendengar
soalan Dew. Dia hampir tidak percaya dengan soalan yang keluar dari mulut The Devil. “Kau tanya aku soalan ni?”
Dew mengangguk sekali.
“Maksud kau… aku nak hadiah apa?”
Dew mengangguk lagi. “Lebih
kurang macam tu la.”
“Dengan erti kata lain kau nak
tunaikan apa-apa yang aku hajati?” Riak wajah Camie bersinar ceria.
Dew diam merenung kosong gadis di
hadapannya itu. “Ya…” perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya. Terasa janggal
untuk dia melakukan sesuatu yang bukan kebiasaannya selama ini. Camie adalah
gadis pertama yang bakal menerima sesuatu yang istimewa daripada The Devil.
“Kalau macam tu aku nak…”
“Kau jangan minta kek cawan
dengan aku.”
“Hah?... macam mana kau tahu?”
‘Serius!!! Perempuan ni memang
cuma nak kek cawan daripada aku. Sama dengan apa yang dia minta pada Jeremy
dahulu.’
“Bukankah selalunya perempuan
mahukan sesuatu yang istimewa sebagai hadiah hari lahirnya.” Dew menongkat dagu
dengan belakang tapak tangannya sambil merenung Camie.
“Nanti kalau aku minta yang
bukan-bukan, takut menyusahkan kau saja.”
“Katakan saja. Aku akan cuba
tunaikan untuk kau.”
Camie diam. Hanya merenung Dew
tanpa berganjak. “Dew… kau buat aku terharu sampai nak menangis.” Kelopak mata
Camie yang mudah menangis itu mula ditakungi air jernih.
“Camie, kau belum dapat pun
hadiah yang kau hajatkan. Yang kau nak menangis ni kenapa. Baik simpan saja air
mata tu jika aku tak dapat tunaikan permintaan kau nanti.”
Air mata Camie terasa membeku
sebaik mendengar kata-kata Dew yang langsung tidak menyenangkan telinga yang
mendengar. “Aku akan pastikan kau dapat tunaikan perkara yang aku hajati.”
Dew tersengih melirik kepada si
gadis bersanggul dua di kiri dan kanan itu. “Cepatlah buat keputusan nak apa.”
Hujung jari telunjuk Camie
bergerak-gerak memanggil Dew rapat kepadanya. Ada sesuatu yang hendak
dibisikkan ke telinga lelaki itu. Dew akur dan menghampiri kepala Camie. Camie
tersengih-sengih nakal. Ada agenda yang menarik sedang bermain di benaknya
kini. Dia mula membisikkan hajatnya itu ke telinga Dew dan sebentar kemudian…
“What?!!! Kau ni dah hilang akal ke nak aku tunaikan hajat macam
tu?” Serta merta Dew menjarakkan duduk dari Camie. Air mukanya nampak tidak
rela setelah mendengar hajat Camie yang baru dibisikkan ke telinganya sebentar
tadi. “Aku tak sanggup, Camie. Tolonglah… aku tak mahu buat benda tu.”
“Tapi aku nak. Bolehlah Dew. Tadi
kau juga yang janji nak tunaikan apa saja hajat aku.” Wajah Camie dipenuhi
dengan segunung harapan terhadap Dew.
“Aku kata tak nak, tak naklah. Aku
sanggup belikan sedozen kek cawan yang paling mewah untuk kau… tapi jangan
paksa aku buat perkara yang kau suruh tu. Aku tak nak. Full stop!” Muktamad dari Dew.
Serta merta muncung Camie
memanjang. Dew sungguh-sungguh tidak mahu menunaikan satu-satunya permintaannya
sedangkan dia berharap akan mempunyai kenangan manis pada hari lahirnya. Camie
perlu lakukan sesuatu supaya Dew setuju dengan permintaannya. Dia mesti mencari
idea paling bernas untuk memaksa Dew menunaikan permintaannya.
Tiba-tiba dia ternampak kelibat
Shin bersama dengan tiga orang sahabatnya di ruang koridor bangunan tidak jauh
dari taman bonsai tempatnya duduk bersama Dew kini. Camie tersenyum penuh makna.
Dia kembali pada Dew semula.
“Dew, kalau aku tukar hajat aku,
betulkah kau janji akan tunaikannya?”
Dew mengangguk.
“Apa-apa pun boleh?”
“Apa saja kecuali perkara
mengarut seperti yang kau minta tadi.”
“Kalau begitu aku nak keluar bertemu
janji dengan Shin pada hari lahir aku nanti. Boleh?”
“Hah!!!” mendadak Dew terperanjat.
Spontan dia berdiri. “Kau jangan nak cari pasal dengan aku, Si Hodoh. Kau tahu
tak Shin tu siapa.”
“Tahu. Prince charming dalam kolej kita.” Anak mata Camie melilau
menjejaki semula kelibat Shin. Pemuda itu masih berada di bahu koridor,
nampaknya seperti sedang berbual sesuatu dengan teman-temannya. Shin yang
berketurunan bangsawan itu sememangnya kacak. Melihat senyumannya sahaja
membuatkan ramai gadis cair. Camie terpukau dek senyuman Shin yang sentiasa
melekat dibibirnya.
“Selain dari itu?” Soal Dew
keras. Tangannya menarik wajah Camie yang sentiasa memandang ke arah Shin.
“Hurm… dia pesaing terdekat kau.”
Camie sangat sedar dengan perkara tersebut. Oleh sebab itulah dia menjadikan
jejaka pujaan ramai itu sebagai umpan.
“Kalau dah tahu kenapa nak minta
benda macam tu daripada aku,” marah Dew. Dia berdiri betul dan menghadap ke arah
Shin di koridor tingkat kedua bangunan yang berhampiran dengan taman bonsai
itu. “Kalau kau keluar bertemujanji dengan Shin, aku akan pastikan kau tak
hidup aman di kolej ini… aku akan buli kau lebih teruk dari apa yang kau pernah
rasa sewaktu menjadi hamba aku dulu,” ugut Dew. Dia bercekak pinggang sambil
mencerling Shin.
Kebetulan Shin tertoleh dan
terpandang jelingan membunuh The Devil.
Kecut juga dia memandang renungan tajam Dew namun tatkala terpandang tingkah
gadis dibelakang Dew, Shin tertawa. Dia tertarik melihat gaya Camie yang sedang
berpura-pura mahu mencekik dan menumbuk pelajar paling ditakuti di kolej mereka
itu.
“Kau ketawa apa, putera tak guna!
Kau fikir aku sukakan kau. Jangan nak mimpi. Hubungan kita tidak lebih sekadar
pesaing,” Guman Dew. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang telah menarik minat
Shin ketika itu.
‘Eeiii… rasa nak cekik-cekik dan
belasah saja The Devil ni. Macam dia
tu bagus sangat.’ Gigi Camie berlaga-laga sambil kedua belah tangannya disuakan
ke arah Dew yang sedang membelakanginya. Kelibat Shin menyapanya kembali di
sebalik tubuh Dew. Camie tersengeh apabila perasan yang Shin sedang tersenyum
melihat gelagatnya itu. Pantas Camie menurunkan tangannya yang mahu mencekik
Dew tadi. Tangan kanannya menunjukkan tanda ‘peace’ kepada Shin sambil jari telunjuk kirinya diletak di hadapan
mulut, memberitahu kepada Shin agar merahsiakan perbuatannya terhadap Dew.
Dew berasa curiga apabila Shin
terus senyum dan mengangguk kepala sebelum berpusing meninggalkan kawasan
koridor. Dia menoleh semula kepada Camie. Gadis itu sedang duduk di kerusi batu
dan bagai tidak melakukan apa-apa yang mendatangkan curiganya.
Dew kembali menoleh mencari
kelibat Shin namun pemuda itu sudah lenyap dari pandangan. Walaupun dia tahu
Camie tidak pernah berbual dengan Shin tapi disebabkan Shin adalah saingannya
selama ini dia mula rasa tergugat. Biarlah dia bersaing dengan Shin dari segi
pelajaran dan populariti namun bukan bersaing untuk merebut cinta.
“Arghh… okey! Aku akan tunaikan
permintaan kau. Aku sanggup buat perkara tu asalkan kau tak pandang Shin macam
budak perempuan lain pandang dia.” The
devil akhirnya tewas dengan helah Si Hodoh. Dew beredar serta merta selepas
itu.
Camie tersenyum lebar apabila
kemenangan kali ini berpihak padanya. Tidak sabar rasanya mahu menantikan hari
tersebut. Paling tidak sabar untuk dia melihat Dew menunaikan janjinya. “Yes!”
|
"cuba imagine sekejap mamat ganas taiko kolej pakai suit ni" |
‘Camily
seorang gadis yang biasa untuk dilihat sebagai seorang yang luar biasa.’
Dew senyum tawar membaca ayat
yang terkandung dalam diary Jeremy. Buku berkulit keras itu ditutup lalu disimpan
ke dalam begnya semula. Di hadapan cermin besar di bilik persalinan itu Dew
memandang pantulan imejnya. Wajahnya nampak sugul dan tidak bersemangat melihat
dirinya sendiri dalam keadaan yang berbeza dari biasa.
“Kenapa aku perlu lalui semua
ini, Jeremy?” Dew mengeluh sendirian.
“Sebab kau sedang bersama dengan
Camily Miyazaki Martinez.” Tiba-tiba imej dalam cermin besar itu berkata-kata.
Dew sedikit terkejut. “Perempuan
gila tu… kenapa nak suruh aku buat perkara yang mengarut?”
“Setakat kena pakai kostum Pooh
untuk keluar bertemu janji. Teruk sangat ke tu?” imej di dalam cermin itu
berkata selamba seolah-olah permintaan Camie itu tidak begitu membebankan.
“Tak teruk kau kata… nak aku
pakai kostum mengarut berwarna kuning ni bersiar-siar di tempat awam kau kata
tak teruk?!” Dew hampir menengking imej di dihadapannya. “Jatuh imej aku
sebagai The Devil selama ini tau.”
Dew bertinggung sambil meramas-ramas kasar kepalanya dengan kedua-dua belah
tangan. Nampaknya dia sungguh tertekan.
“Hahahaha~~~” imej Dew versi The Angel di dalam cermin tersebut
tertawa gelihati melihat siatuasi Dew yang tidak rela menuruti permintaan Camie
yang mahukannya memakai kostum Pooh untuk keluar menyambut hari lahirnya malam
ini.
“Janganlah gelakkan aku.” Dew
kembali menghadap cermin. “Adakah ini antara sebab mengapa Jeremy sukakannya?”
Soalan itu keluar dari mulut Dew. Entah ditujukan kepada imejnya sendiri di
dalam cermin itu atau sebenarnya mahu ditanyakan kepada mendiang kembarnya,
Jeremy.
“Camie bukan pelik. Dia seorang
teman yang jarang membuat sebarang permintaan. Jadi bila sesekali diberi
peluang untuk membuat permintaan tentulah dia tidak lepaskan peluang untuk
dapatkan sesuatu yang bermakna.” Dew versi The
Angel mengutarakan pendapat yang positif.
“Pakai kostum bodoh ni apa yang
bermakna buat dia?” Dew menyangkal pendapat tersebut.
“Memori indah.”
“Memori indah?” Dahi Dew
berkerut.
Imej di dalam cermin mengangguk
dan tersenyum. Dew garu kepala. Kakinya dipusingkan dan langkahnya diatur
menuju ke sofa berbentuk tangan di sudut bilik tersebut. Kepala Pooh yang
diletakkan di sofa berwarna hijau itu diambil sebelum dia melabuhkan
punggungnya.
“TOK!” Camie menyergah Lelaki
Tuan Kedai yang sedang kusyuk menggubah kek cawannya di dapur di rumahnya yang
terletak di bahagian belakang Dream Banana@BukuMan, kedainya.
“Camie… mujur tak cacat hasil
seni Tok ni tau.” Lelaki Tuan Kedai menggeleng-geleng namun senyumannya yang
menyambut kehadiran Camie membuatkan gadis tersebut gembira.
“Tok buat apa?” Camie menarik
kerusi dan duduk dihadapan Lelaki Tuan Kedai yang kembali menghias kek cawannya
tadi. “Kek cawan… Untuk Camie ke?” Ceria wajah gadis itu melihat beberapa kek
cawan yang sudah siap dihias oleh Lelaki Tuan Kedai.
“Mestilah untuk kamu. Dew yang
nak Tok sediakan untuk Camie.”
Camie yang sedang membelek-belek
setiap kek cawan tersebut tiba-tiba tarik muka di hadapan Lelaki Tuan Kedai. “Kenapa
dia tak buat sendiri. Teruk betul The
Devil tu. Dengan Tok pun dia nak buli juga.”
Lelaki Tuan Kedai tersenyum
mendengar bebelan tidak puas hati Camie terhadap Dew.
“Bukan dia tak mahu buat tapi…
cuba tengok cup cake yang dekat atas
kabinet di sebelah sinki tu.” Camie menolehkan kepalanya ke arah yang
diberitahu Lelaki Tuan Kedai. Beberapa kek cawan di atas dulang tersebut
nampaknya sudah tidak layak digelar sebagai kek cawan lagi. Hodoh benar
rupanya. Camie menggeleng sambil tersenyum panjang.
“Jadi itulah hasil yang The Devil berjaya buat ya Tok.”
Lelaki Tuan Kedai mengangguk. Di
bibirnya turut tersungging senyuman. Dia teringat semula apabila anak tunggal
Madam Juwiette itu bising dan mengamuk tidak tentu pasal ketika menyediakan kek
cawan sempena ulang tahun kelahiran gadis itu tadi. Dia tahu selama ini pun Dew
memang tidak pernah membuat kerja dapur apatah lagi menggubah kek. Walaupun Dew
seorang yang sangat cerewet dalam bab pemakanan namun dia hanya pandai mengarah
dan memberi kritikan sahaja. Justeru Lelaki Tuan Kedai yang sangat masak dengan
perangai anak muda itulah yang akhirnya terpaksa menyudahkan kerja Dew.
“Cantik Camie hari ini. Macam
pari-pari,” puji Lelaki Tuan Kedai.
“Terima kasih.” Camie tersenyum
panjang. “Mama Camie yang buatkan baju pari-pari ni. Kalau dia dengar Tok puji
pakaian hasil tangan dia mesti mama gembira.” Camie memegang-megang pakaian
ala-ala pari-parinya yang berwarna biru cair itu. Dia nampak gembira apabila
pakaiannya dipuji oleh Lelaki Tuan Kedai.
“Tok cakap Camie yang cantik
bagaikan pari-pari. Bukan baju Camie.”
“Hah?”
Lelaki Tuan Kedai tertawa melihat
air muka Camie yang kosong tidak memahami maksud kata-katanya tadi. Baginya
Camie memang lebih cantik dari biasa hari ini.
“Apalah Tok ni. Si Hodoh macam
Camie ni mana boleh jadi cantik.” Camie merendah diri. Selama ini dia tidak
pernah merasa yang dirinya seorang gadis yang cantik dan menjadi perhatian
ramai orang. Dia menerima seadanya apa yang dimilikinya.
“Si Hodoh tu Dew yang panggil.
Camie percaya ke Dew panggil macam tu sebab Camie betul-betul hodoh?”
Camie merenung Lelaki Tuan Kedai
lama. Dia jongkit bahu. “Mana Dew?” segera soalan tentang Dew diajukan selepas
itu.
“Dia di tingkat atas. Asyik
menjerit dan meraung sahaja Tok dengar sejak dari tadi. Lebih baik Camie pergi jengok
dia. Tok dah tak kuasa hendak melayan perangai Tuan Muda yang seorang tu.”
Camie tertawa mendengar kata-kata
Lelaki Tuan Kedai. Rupanya Tuan Muda kesayangan Lelaki Tuan Kedai itu sangat
leceh untuk dilayan. Namun Camie tahu mengapa Dew bersikap sebegitu hari ini.
Tentu gara-gara kostum yang diberikannya kepada lelaki itu tempoh hari. Sangat
pasti!
************
“DEW.” Camie mengintai Dew dari
lawang pintu sebelum masuk mendapatkan The
Devil versi Pooh yang sedang duduk di atas sofa. Kepala Pooh di tangan erat
dipeluknya sambil merenung nasib sendiri.
“Oh, kau dah sampai rupanya.” Dew
menyambut Camie dengan kerlingan mata yang tiada semangat.
Camie senyum panjang melihat Dew
yang sudah menyarung suit Pooh pemberiannya.
“Comelnya The Devil dengan suit Pooh.” Camie duduk bertinggung menghadap Dew
yang sedang bermuram durja. “Kenapa monyok ni?” tegur Camie tatkala melihat
wajah kelat Dew.
“Tak ada apa-apa.” …apalah Si
Hodoh ni. Mestilah aku sedih sebab daripada ganas terpaksa berubah jadi comel
malam ni. Herghh~~… Dew menjeruk perasaan sendiri.
“Janganlah tunjuk muka yang sedih
pada hari lahir saya malam ini,” pujuk Camie.
Melihat monyok di wajah Dew masih
tidak hilang menyebabkan Camie rasa sedih. “Teruk sangat ke kena pakai kostum
Pooh tu?” tanya Camie. Sekelumit rasa bersalah mula menyelinap dalam dirinya
kerana memaksa Dew melakukan perkara tersebut tanpa rela.
“Tak. Bukan macam tu.” Dew tunduk
menekur lantai. Kepala digaru berulang kali. “Camie…” Dia mendongak semula
untuk berhadapan dengan gadis tersebut. Tiba-tiba matanya terbeliak tatkala
menyaksikan gadis tersebut. Ada sesuatu yang telah menarik perhatiannya.
“Apa yang kau pakai ni?” Dia
menarik kedua belah tangan Camie untuk bangkit berdiri. Camie menurut sahaja.
Si Pooh yang tadi monyok dan tidak bermaya tiba-tiba tersenyum kagum. Dia
berjalan mengelilingi Camie.
“Apasal dengan kau ni, Dew?”
Camie rimas melihat tingkah Dew yang memandangnya dari atas ke bawah, dari
depan ke belakang.
“Wow, si anak itik hodoh dah
berubah menjadi angsa yang cantik.” Dew bertepuk tangan. Air wajahnya
menampakkan sinar kekaguman terhadap perubahan Camie malam ini. Gadis yang biasanya
bersanggul tinggi di kiri dan kanan itu melepaskan rambut panjangnya hari ini.
Hanya reben putih dengan sekuntum bunga kecil yang menghiasi kepalanya. Si
Hodoh yang suka berfesyen tanpa memikirkan kesuaian itu telah berubah
penampilannya bak bidadari pada malam ini. Gaun warna biru cair itu nampak
sederhana tapi menyerlah dengan sulaman labuci di bahagian kaki dan bahunya.
“Patutkah aku panggil kau Si
Jelita malam ini?”
Camie tertawa. Merah padam
wajahnya menahan malu dipuji oleh Dew. “Pari-pari lah Dew. Penat tau Makcik
Paula tolong make-up tadi.” Mulut
Camie memuncung tapi senyumnya masih tidak lekang. “Cantik tak mata kita?”
Camie mengedip-ngedipkan kelopak matanya yang menyerlah disebabkan glitter.
Dew menggeleng. “Rambut panjang
mengurai awak ni yang menyerlahkan kecantikan sebenar awak, Camie.” Lembut
suara Dew memuji. Hanya pada waktu-waktu tertentu seperti ini sahaja bahasanya
berubah lembut dan tidak ber-aku-engkau dengan Camie.
“Tapi sebenarnya… rimaslah lepas
rambut macam ni. Rasa macam nak buat sanggul tinggi-tinggi macam selalu balik.”
Camie memegang rambutnya yang mengurai di hadapan bahu.
Serta merta Dew tarik muka marah.
“Jangan nak mengada-ngada. Biarlah rambut tu lepas bebas sekali sekala.” Dew
menepis tangan Camie yang berniat hendak mengikat semula rambutnya.
Camie senyum. Merenung Dew tanpa
sebarang bicara. Lama.
“Dew…”
“Apa?” Dew tidak sedap hati
melihat sinar mata Camie yang nakal.
Camie mencapai kepala Pooh.
Kemudian berdiri semula di hadapan Dew.
“Camie, tak nak lah. Please~” Dew separuh merayu apabila
Camie cuba memakaikan kepala Pooh ke kepalanya.
“Ala, pakailah. Baru nampak macoo~~melll….” Maco + comel…hahaha… Camie
tidak peduli dan tetap mahu memakaikan kepala Pooh itu.
“Maco tu memang betul lah… tapi
bab comel tu aku paling pantang tau. Tak nak lah, Camie.” Dew menepis-nepis
tangan Camie yang mahu menyarungkan kepala Pooh itu.
Topeng kepala Pooh itu hanya
menutup sebahagian kepala Dew. Ada tali yang boleh diubah suai mengikut
kesesuaian kepala di bahagian bawah dagunya. Akhirnya Camie berjaya memakaikan
kepala Pooh yang comel itu pada Dew.
“Dah siap. Horrey~~.” Camie melompat gembira.
“Kenapa… kenapa aku dan Pooh…hwaa~~”
Dew hampir nak meraung lagi tatkala memandang semula pantulan imejnya di cermin
besar di bilik tersebut. Sesekali imej Camie si pari-pari yang sedang
melompat-lompat kegembiraan turut muncul di dalam cermin besar itu.
Hari yang bahagia buat Camie
tetapi malam yang haru buat Dew The Devil.
J
Untuk gadis biasa seperti Camie
ia adalah hadiah paling bermakna yang diperolehinya daripada orang-orang
kesayangannya. Dew The Pooh yang membuatkannya ceria sepanjang hari… suit
pari-pari hadiah pemberian daripada ibunya dan kek cawan yang sepatutnya pemberian
daripada Dew namun akhirnya disediakan oleh Lelaki Tuan Kedai.
“Betul ke kau tak nak minta
apa-apa hadiah dari aku?”
Camie menggeleng. Segaris
senyuman di bibir gadis itu tidak pernah lekang sejak dari tadi.
Dew menggaru-garu belakang
telinganya seakan tidak percaya. “Cukup ke?”
“Lebih dari cukup. Sesuatu yang simple adalah lebih bermakna buat aku,”
jawab Camie penuh yakin. Dia menyusun beberapa kek cawan yang telah dihias
cantik oleh Lelaki Tuan Kedai di atas kotak. Kek cawan tersebut dihias dengan gabungan
warna merah, biru dan putih. Tampak indah dengan hiasan bunga berwarna merah
jambu di setiap kek cawan yang berbagai corak itu.
“Kau ni memang seorang yang mudah
berpuas hati. Patutlah lambat maju dalam apa-apa yang kau belajar. Asyik duduk
di tangga yang tercorot.” Sarkastik tahap maut The Devil menyindir. Sebenarnya dia geram kerana Camie tidak
membuat sebarang permintaan terhadapnya seperti gadis lain terhadap teman
lelakinya pada hari lahirnya.
“Tak kisahlah kau nak cakap
apapun. Yang pasti, orang yang lembab dan lambat maju ni juga yang kau suka
kan…” Camie berkata sambil menyucuk sebatang lilin pada salah satu kek cawan.
“Betul tak?” ekor matanya mengerling The
Devil yang sedang melarikan mukanya ke gelanggang bola keranjang di sebelah
mereka. Kelihatan beberapa orang remaja lelaki sedang bermain bola di
gelanggang tersebut.
‘Berani kau kenakan aku balik…
nasib baik hari ini kau sangat cantik. Jadi aku maafkan kau, Si Hodoh… err, Si
Jelita…’ Dew mengulum senyumannya. Wajahnya yang dilindungi kepala Pooh itu
ditegangkan agar nampak serius.
“Ahahahaha~~~” tiba-tiba
kedengaran suara tawa Camie yang meletus tanpa ditahan.
“Kenapa?” Dew yang berwajah
dingin lagi serius itu berasa pelik.
“Kau tak boleh jadi The Devil malam ini sebab walau sedingin
mana pun riak wajah yang kau pamerkan, kau tetap comel lah Dew. Hahahaha~”
Sungguh-sungguh Camie mentertawakan Dew. Hampir mengalir air matanya kerana
terlebih gelak.
“Tst…” mulut Dew berdecit. Geram!
Dia rasa bengang dengan sikap Camie lantas kepala Pooh ditanggalkan dari
kepalanya. Camie terus ketawa tatkala melihat air muka Dew makin tegang dan
keruh. The Devil perlu berbuat
sesuatu agar mulut Si Hodoh senyap dan tidak terus-terusan mengetawainya.
“Kek ni nampak sedap kan.” Dew
menikmati keindahan hiasan kek cawan hasil kerja tangan Lelaki Tuan Kedai
sambil turut diperhatikan oleh Camie juga. “Dalam banyak-banyak cup cake ni, mana yang paling kau suka?”
soalnya.
“Hurm… yang ini.” Camie menuding
ke salah satu kek cawan di atas kotak tersebut.
“Kau tahu tak apa perbezaan
diantara aku dan Jeremy?” Dew mencapai kek cawan tersebut.
“Hurm…” Camie diam sejenak untuk
berfikir.
Pap!
“Huargh!” Belum sempat Camie
memberikan jawapannya tiba-tiba Dew menempek kek cawan yang paling disukai
Camie. “The Devil jahat!!!” selamat
sudah wajah Camie disolek dengan kek cawan yang berkrim.
“Huarghhahahaha~~~” Dew sudah
bangun dan mengilai dengan kuat. “Kau betul. Itulah perbezaan diantara aku dan
Jeremy...” Dew segera mengatur langkah tatkala melihat Camie sudah bersiap
sedia hendak membalas serangannya. Si Pooh lintang pukang melarikan diri
apabila Camie yang sedang menggoncang tin minuman berkarbonat. Si pari-pari
sudah siap sedia mahu menyembur Si Pooh.
“Dew, jangan lari!” Camie mengejar
Dew yang berlari masuk ke dalam gelanggang bola keranjang.
Kelihatan beberapa orang remaja
yang sedang bermain bola tadi berhenti bermain dan turut terlibat dalam adegan
kejar-mengejar diantara Si Pooh dan Si pari-pari. Siapa yang berani dekat apabila
si gadis ayu dengan solekan krim di muka itu muncul menghampiri mereka dengan
setin minuman berkarbonat yang bakal meletup pada bila-bila masa saja. Mereka
semua lari menyelamatkan diri walaupun sasaran Camie hanya pada Dew seorang.
Disebabkan Dew menjadikan kumpulan tersebut sebagai perisainya mereka semua
jadi kalut mahu menjauhi Camie yang makin galak mahu memburu Dew… dan tanpa
isyarat minuman berkarbonat berperisa strawberi itu terpancut keluar dari tin
dan menyembur mereka. Sudahnya bukan Dew seorang yang menjadi mangsa Camie.
**********
“MEREKA berdua tu pasangan
kekasihlah.” Salah seorang daripada tiga orang remaja yang bermain bola di
gelanggang bola keranjang tadi sedang melahap kek cawan hari lahir Camie. Dia
yang hanya berseluar sukan tidak memakai baju kerana bajunya sudah kotor akibat
minuman berkarbonat Camie tadi.
“Susah nak percayalah. Tengok
macam mana Si Pooh tu layan Si Pari-pari tu. Kasar.” Seorang lagi pemuda yang
sedang melantun-lantunkan bolanya di lantai gelanggang memandang ke arah
pasangan Dew dan Camie di hujung taman. Kelihatan Dew sedang menengking dan
cuba memukul kepala Camie. Namun gadis itu pantas mengelak. Tawa Camie kedengaran
selepas itu seolah-olah mengejek Si Pooh.
“Hurm… apa pandangan kau pula?” Remaja
yang tidak berbaju dan sedang menikmati kek cawan itu bertanya kepada temannya
yang lagi seorang.
“Bagi aku pula… antara Si Pooh
dan Si Pari-pari tu, aku pilih cup cake
ni. Sedap!” tersengih panjang sambil kembali menikmati kek cawannya.
“Cheh… pantang dapat makan free,” kutuk temannya yang sedang
bermain bola tadi. Pemuda itu terus mengambil tempat untuk turut serta
menikmati kek cawan tersebut.
Disebabkan rasa bersalah kerana
menjadikan tiga remaja tersebut sebagai mangsa gurau senda mereka tadi, Camie
dan Dew telah mempelawa mereka makan kek cawan tersebut.
************
“DEW… terima kasih untuk cup cake yang comot di muka aku.” Camie
menyindir sambil membersihkan mukanya yang comot disebabkan krim kek dengan
sapu tangannya.
Dew yang duduk bertentangan
dengannya ketawa gelihati. “Terima kasih kepada kau juga untuk mandian air
strawberi yang manis ni.” Dia turut mengusap-ngusap tubuhnya yang melekit
akibat air manis. Kedua-dua pasangan itu tertawa bersama.
“Mari, aku tolong bersihkan. Muka
kau kotor sangat tu.” Camie cuba membantu mengelap kotoran di sekitar wajah Dew
dengan menggunakan sapu tangannya.
Wajah Dew dilap sambil tersenyum
penuh makna. Camie ada agenda tersirat.
“Woi, kau guna apa buat lap muka
aku!” Sebaik disedari oleh Dew, Camie ketawa kuat. Wajah Dew telah dicemari
dengan krim yang melekat di sapu tangan itu tadi. “Argh~~!!!” Dew bengang.
Automatik tangannya melayang mahu memukul Camie. Namun Camie sempat mengelak
dan ketawa dengan lebih galak lagi. Dew bengang tapi akhirnya tergelak sendiri.
Melihat wajah Camie yang ceria sepanjang hari membuatkannya turut bergembira.
“Dew…” Dew yang sudah bangun dan berjalan
ke tebing kolam buatan di taman itu berpaling apabila namanya dipanggil Camie. “Sorry…”
Dew tersenyum menyambut kata-kata
Camie. “It’s okey… kalau ianya
membuatkan kau gembira malam ini.” Dew mencapai beberapa ketul batu di kaki
lalu membalingnya ke tengah kolam.
“WHOOFF!!!” tiba-tiba kedengaran
suara salakan dari celah semak tidak jauh dari tempat Dew melontar batu.
“Bunyi apa tu?” Camie bergegas
bangun mendekati Dew kerana takut.
“Err… macam anjing.”
“Kau baling batu kat anjing buat
apa!” Camie memukul lengan Dew.
“Gulp… aku tak sengaja.” Wajah
Dew cuak.
Suara salakan tersebut makin
kuat. Mereka berdua mula menggelabah.
“Lari… cepat lari Camie!” Dew
segera menarik Camie untuk berlari apabila kelibat anjing gila tersebut muncul.
“Warghhhh~~~ Dew, kau memang tak
guna. Kenapa kau kacau anjing tu!!!” Sambil berlari Camie memarahi tindakan Dew
tadi.
“Bukannya aku sengajalah.” Dew
mempertahankan dirinya yang dituduh. “Jangan banyak bunyi. Cepat lari
selamatkan diri!”
***********
“WOI, kenapa mereka berdua
berlari laju ke arah kita tu?” salah seorang daripada remaja yang bertiga tadi
menegur apabila ternampak kelibat Dew dan Camie berlari bagai tidak cukup tanah.
“Pasangan kekasih. Tengah main
kejar-kejarlah tu.” Remaja yang tidak pernah lekang dengan bola keranjangnya
itu memberikan pendapatnya. Optimis atau sarkastik?
“Tak lah… aku nampak sesuatu
sedang mengejar mereka.” Remaja yang tidak berbaju tadi sedang menyoroti
binatang yang menyalak-nyalak beberapa meter di belakang kedua pasangan
tersebut. “Anjing gila. Lari cepat!” serta merta mereka bertiga bertindak. Dew
dan Camie yang sedang dikejar oleh anjing itu semakin dekat menghampiri mereka.
Tanpa sempat mencapai apa-apa mereka terus memulakan langkah seribu mendahului
pasangan tersebut.
“Whooff… whooff!!!” Wajah bengis
anjing tersebut sahaja sudah mampu menakutkan sesiapa sahaja apatah lagi jika
dikejar tanpa sebab begitu. Yang tidak bersalah pun turut menjadi mangsa.
“Kejap, kejap…” Camie sempat
berhenti di gelanggang bola keranjang.
“Apa lagi ni. Tengah saat
kritikal macam ni pun kau masih sempat nak berhenti pula.” Dew yang sudah
terlajak mendahului Camie pantas berpatah balik mendapatkan kekasihnya.
“Cup Cake kita.” Camie sempat mencapai sebiji kek cawannya. Memang
tinggal sebiji pun kerana yang selebihnya sudah habis dimakan oleh tiga remaja
tadi.
“Cepatlah Camie.” Dew memegang
kejap pergelangan tangan Camie dan segera menarik Camie berlari laju
menyelamatkan diri dari anjing tersebut.
Semput dibuatnya mencari jalan
untuk menyelamatkan diri dari dikesan oleh anjing gila itu. Langkah seribu
belum cukup kalau tidak berbekalkan kepintaran memperdaya semula binatang
tersebut. Akhirnya mereka berdua berjaya memperbodohkan anjing tersebut dan
selamat dari menjadi mangsa amukan anjing tersebut. Tentang tiga orang remaja
tadi, Dew dan Camie tidak tahu kemana mereka sudah lesap menyelamatkan diri.
Yang penting mereka berdua selamat.
“Akhirnya terlepas dari anjing
gila tu. Fuhh~” Camie menarik nafas lega sebelum terduduk di atas rumput di
lorong belakang kawasan kedai di sekitar Pekan Riveria.
“Mujur dapat selamatkan satu.”
Camie tersenyum memandang kek cawannya. Sebatang lilin yang dicacakkannya di
awal pertemuan tadi masih gagah berdiri di atas kek cawan tersebut.
“Kau anggap kek tu macam nyawa
sendiri pula.” Dew yang masih tercungap-cungap di sebelahnya menegur reaksi
Camie yang masih boleh tersenyum ceria selepas dikejar anjing gila.
“Dew, lagi 1 minit.”
Dew tertarik lantas menarik
lengannya untuk menelek jam di pergelangan tangannya. Lagi seminit untuk jarum
jam, minit dan saat bersatu di angka 12. Dew tersenyum dalam mengah yang belum
surut.
“3… 2… 1… Selamat hari jadi…
selamat hari jadi… selamat hari jadi, Si Hodoh yang jelita…” Camie memukul peha
Dew yang sempat mengusiknya dalam nyanyian tersebut. “Selamat hari jadi… sa…
sa-sayangku.” Betapa payahnya dia hendak menyebut perkataan ‘sayang’ namun
akhirnya Dew berjaya melakukannya.
Camie rasa terharu. Air matanya
yang bergenang tunggu masa sahaja mahu menitis jatuh. “Terima kasih, Dew.”
Akhirnya manitis juga air jernih itu dari kelopak matanya.
“Tiup lilin cepat.” Dew tersenyum
melihat air mata terharu gadis tersebut.
“Bukannya ada api pun nak tiup.”
Sememangnya lilin tersebut tidak dipasang kerana tidak sempat mencapai mancis
ketika terburu-buru melarikan diri dari anjing gila tadi.
“So, make a wish.” Dew tertawa sendiri sambil memegang kek cawan di
tangan Camie. “Janganlah menangis. Nanti jadi hodoh balik.” Sempat dia mengusik
Camie. Tangannya yang masih bersarung tangan Pooh tadi singgah mengusap air
mata di wajah Camie. Camie membiarkan sahaja.
“Dew, ini adalah hadiah hari
lahir yang paling bermakna. Seronok sangat hari ini.”
“Free free dapat dikejar anjing pun gembira sampai nak ucapkan
terima kasih juga ke?” Dew senyum memandang pipi Camie yang kembung dan
bergerak-gerak kerana mengunyah kek. Mata gadis itu merah akibat menahan
tangisan namun glitter di kelopak matanya menyebabkan keayuannya masih
terserlah. Wajahnya sudah comot. Sisa krim kek masih ada lagi sedikit di
sekitar wajahnya. Reben dan bunga putih di kepalanya sudah senget namun rambut
panjangnya masih lurus dan rapi.
“Even dikejar gorilla pun andai bersama Pooh yang cute macam awak,
saya rela!” Camie tersengih nakal. Wajah Dew kembali mencuka. Namun kali ini
dalam versi comel dimata Camie. The Devil
versi Pooh akan menjadi memori indah buat Camie sepanjang hayatnya selepas ini.
P/s : saya teringin nak belajar buat kek cawan...comelnya~~~
P/ss : Jangan lupa ikuti e-novel terbaru Cik Kaseh Ai Bukan Cinta... rajin-rajinlah klik Ai Bukan Cinta