Kawan2 yg saya Sayang

Monday, August 3, 2009

Jauhkan daku dari benda itu~~Pls...

AyamAYAMayamAYAMayamAYAMayamAYAMayamAYAMayamAYAMayamAYAM
ayamAYAMayamAYAMayamAYAMayamAYAMayamAYAMayamAYAMayamAYAM

27 June 09 :
MY ADIK : Kak, janji nak belanja KFC... (Sambil buat muka jahat nak mengikis poket aku)
CIK KASEH : nantilah~ kalau pergi pekan, aku belanja lah. kecohla kau ni... (buat muka bengang -padan muka aku! siapa suruh bet benda ygx masuk akal ngan dia)
MY ADIK : ala~ bila masanya? pegila sekarang... (muka tak puas hati)
MY EMAK : Jom ke pekan. mak nak shoping barang dapurlah. alang2 kakak kamu dah balik ni, boleh belanja lebih sikit. (sebab aku ade kete so bolehlah sumbat mcm2 dlm kete kan. huhu~)
MY ADIK : Yes!... (sambil jeling aku ngan penuh makna. cis! terbang duit aku belanja KFC. tp xpe... sonok gak sekali sekala makan KFC ngan family)


1 July 09
MY OFFICE MATE 1 : Hari ni birthday Lim, dengar cite boss nak bikin suprice party.
CIK KASEH : Yes~ betul ke ni... (sonoknya aku... dpt makan free~)
MY OFFICE MATE 2 : Betullah. dia baru je suruh aku order KFC
CIK KASEH : Err... (dlm hati - KFC ke? baru je lepas makan hari tu... hurm~ xpelah. makan free. bedal ajelah~)


11 July 09
CIK KASEH : Hello, En. Danny. job U dah ready. hari ni boleh datang collect ya.
MY CUSTOMER : Ok. thank's Nurul. tengah hari ni I datang ambil ok.

Tengah hari itu En. Danny dtg ambil job dia... dan bawa 1 bucket KFC...

MY CUSTOMER : Nah, saya belanja U all semua.
CIK KASEH : thank's... tapi...
MY CUSTOMER : don't worry k... ni bukan rasuah ke apa. cuma nak balas jasa sebab siapkan job saya tepat pada masanya. hehehe~
CIK KASEH:... (dalam hati - sekali lagi~ KFC... ergh~)


18 July 09
singgah ke Klang Central jumpa my kakak(siti). nak jumpa dia mmg susah walaupun rumah sejengkal je kat sebelah rumah my kakak(tina)... tp sbb my kakak(siti) ni bz selalu ngan business die so, Kaseh terpakse ke kedai dia kalau nak jumpa.

then... korang tahu ape yg dia jamu Kaseh masa dtg sana?

MY KAKAK(SITI) : Ha~ langkah kanan lah kau ni Nurul... kakak baru beli KFC. meh makan sekali.
CIK KASEH : erm... x pelah. kenyang lagi ni, kak. akak makan lah dulu ek...(berdalih je. dah tak larat nak telan KFC hampir setiap minggu)
MY KAKAK(SITI) : elleh, nak jual mahal pulak. macamlah tak biasa. ke tengah diet?

~cis bunyi mcm menyindir jerk.

CIK KASEH : mana ade. xde maknanya nak diet2 ni.
MY KAKAK(SITI) : so... (sambil buat muka sarkastik)

~chies~ x pasal2 je aku makan gak KFC tu sbb nak jaga air muka. yelah... kalau aku x makan karang dia tuduh aku sibuk diet sbb nak kurus. hello~ tolong sket. muka pembedal makanan macam aku ni mana reti nak berdiet semata-mata nak nampak kurus n cantik.


25 July 09
hari ni meeting. semua staf wajib hadir. siapa tak hadir siap sedia saja utk kena tolak pointer attendent. dlm kemalasan yang bermaharajalela di jiwa, kugagahkan jua kaki ini untuk turun ke bilik mesyuarat. Boring betul~ apa ke halnya boss ni buat meeting hari sabtu. org nak balik cepat ni. hish~

lepas boss membebel membebel berceloteh itu dan ini, cerita pasal tanggungjawab, tugas yg perlu di laksanakan oleh semua staflah... lagi pasal disiplin... dan entah macam2 lagi yg aku x sempat nak tangkap(sbb mata dah blur. ngantuk!)... dan akhirnya tibalah acara kemuncak. MAKAN!

korang tahu tak apa menu tengah hari yg boss belanja kami semua hari itu??
KFC KFC KFC KFC KFC KFC argh~~~!!!!!!!http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com


1 August 09
MY KAKAK(TINA) : Nurul~~!!! (dia menjerit dari arah dapur dengan gaya ala tarzan)
CIK KASEH : mende jerit2 panggil orang ni kak? (soalku sambil gesa2 mendapatkan kakakku itu)

~semua orang dah ambil port masing2 di meja makan. ada hidangan 'special' yang penuh bertenggek di atas meja.

MY KAKAK(TINA) : Jom makan KFC... (sambil senyum dengan gumbiranya kepada ku. maklumlah, baru balik shoping... dah dapat barang yg dia cari, tu yg happy semacam. siap belanja satu rumah makan KFC)
CIK KASEH :......................http://emo.huhiho.com (tak cakap apa-apa selain dari rasa cam nak tembak diri sendiri... bleh tak kalau aku x nak makan mendalah tu?)


~ Ok... korang rasa apa akan jadi pada Kaseh sebulan selepas ini kalau keadaan ini berterusan?
a) Kaseh akan jadi semakin debab even di bulan puasa nanti...
b) Kaseh fobia dengan perkataan KFC, Ayam, warna merah dan apa2 saja yg seangkatan dengannya.
c) Akan keluar Enovella Aku,Ayam&KFC... Bunga Cinta Ayam KFC... Ayam In The KFC Suit... kuikuikui~

~Aduyai... skang ni pun dah rasa macam fobia tu dah mula muncul. buktinya... Kaseh cuba mengelak dari melalui jalan yang ade restoran KFC. kemudian kalau pegi kedai makan, akan cari denda lain selain ayam sebagai lauk makan tengah hari. dan Kaseh akan alih chanel setiap kali ada iklan KFC... iklan kat paper pun Kaseh sanggup tarik keluar & campak ke belakang... semuanya gara2 meluat tgk KFC tu... huhuhu~~


tiba2 semasa dok sibuk on9 skang ni...
CHE KODOK & CIK DONUT : Cik Kaseh~!! Suprice~~~!!! (sambil bawa plastik KFC)
CIK KASEH :...........................http://emo.huhiho.com(pengsan aku)

p/s : Boleh jadi gila aku macam ni. kenapalah dalam banyak2 restoran fast food, mereka berdua ni pilih KFC juga. tertekan betul aku!!!!


Tulus dari hati…

Sunday, August 2, 2009

My Collection ~1~

lalala~~ lalala~~
ni SEBAHAGIAN koleksi yang saya simpan. untuk entry pertama kaseh tayang koleksi vcd n dvd Jdorama, Drama SP, ade sikit movie, anime n konsert...

huhuhu~ Kaseh memang kipas susah mati dgn drama jepun n manganime... no wonderlah kalau korang perasan cerite2 Kaseh tu ade pengaruh jepun sket kan...

cuma sejak kebelakangan ni je minat saya dah beralih arah ke Korea. tp juz minat lagu n artis die je... drama2 korea setakat ni x minat sangatlah. cuma pernah gile sekejap ngan Full House n BOF. BOF tu pun malas nak tgk ending sbb bosan... ending die sama je mcm taiwan or japan version.


http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com



http://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.comhttp://emo.huhiho.com



Drama yang paling meninggalkan kesan di hati saya :
1) 1 Litre Of Tear... (percayalah, bukan setakat 1liter air mata, mahu sebaldi air mata menangis tengok drama ni. tak percaya tengok sendiri.) http://emo.huhiho.com

2) GTO... (ini 1st high school drama yg Kaseh tengok n 1st drama jepun yg start popular kat malaysia. tym tu thn 1998.)
3) Nodame Cantabile... (Klu drama yg 1st td korang menangis sbb cite die sedih sesangat but cite ni plak korang akan nangis sbb cite die lawak tahap karma! http://emo.huhiho.com
harus berselirat segala usus diperut sbb mmg lawak habis. sbb drama ni juga Kaseh mula meminati muzik orkestra)
4) Hana-kimi... (ahh~ tak payah citelah psl drama ni. mmg popular habis. yang bukan kaki Jdorama pun tahu. cite die mmg best.)
5) Nobuta Wo Produce... (Cerita ni juga ant yg terbest dlm carta kaseh. suka trademark Akira..."Akira Shock!"... Kawaii~)
6) Last Friends...(Story line die mmg superb. no wonder lah drama ni menang byk award. Kaseh suka lakonan Ryo Nishikido dlm drama ni. jahat gile. sy suka lelaki yang sometime nampak jahat.hahaha~)
7) Ryusei No Kizuna... (cite ni superb jugak. pasal 3 beradik yg mencari pembunuh ibubapa mrk. ending die mmg diluar jangkaan.Best!)
8) Bloody Monday... (Mmg teruja tgk cerita ni dr awal sampai akhir. tp geram sikit time ending die. mcm tergantung... ke ada sambungannya lagi?)
9) Yamada Taro Monogatari... (cite ni mengenai seorang pelajar miskin yg dianggap putera kaya dan berkedudukan. dia x pernah pun kata die anak org kaya, tp diorang semua je yg anggap gitu.huhuhu~ pun best gak.)
10) Hana Yori Dango... last but not least...(layan je... semua version Kaseh tgk. novel pun ade. nak kate fanatik x juga tp seronok tengok keakraban F4)

Nak ikutkan banyak lg ni... tp cukuplah ni... payo nak cite semua buat ape. hehehe~

Konsert... sy kipas susah mati NewS http://emo.huhiho.com
so sy ada kebanyakan koleksi NewS. DBSK pun ade juga... lagi ada Arashi n Kat-tun.... itu saja setakat ni. lepas ni mungkin nak cari SS501... sbb sy sedang menggilai boy band ni sekarang... hehehe~(nak tgk konsert mrk. dgr khabar nak dtg m'sia hujung thn ni...)

Anime pula... Ourant High School Host Club! anime ni mmg superb. dijamin akan pecah perut tgk cite die... n sekarang sy tengah cari masa nak redah KL, cari Hayate the Combat Butler. cite ni pun agak kesengalan dan x boleh blaa~~lalala~~

Yg terbaru... sy nak cari Atashinchi no densha, Mr. Brain n Orthros No Inu...(bila nak pegi shoping ek?)http://emo.huhiho.com


Tulus dari hati…

Saturday, August 1, 2009

Bunga Cinta Dang Wangi ~bab18,19~

Bab18

Suci Liasari duduk menanti seseorang di kerusi rehat dekat foyer di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Sesekali gadis berselendang warna hati dan berbaju kurung bercorak jalur-jalur merah itu menelek jam tangannya.

“Suci…”

Suci menoleh tatkala seseorang menepuk belakangnya. Dia tersenyum apabila mendapati Laila sudah sampai.

“Sorry lewat.”

“Dapat cari Ali?” Tanya Suci kepada sahabatnya.

Laila mengangguk.

“Tapi dia tak boleh join kita. Dia ada study group dengan teman sekuliahnya so nampaknya kita pergi berdua sahajalah. Tak mengapa kan?”

Wajah Suci sedikit kecewa tetapi akhirnya dia senyum dan mengangguk.

“Tak apa. Lagipun bukan dia sengaja tak nak pergi. Jangan sedih, okey.” Pujuk Laila sambil memeluk bahu sahabatnya.

“Suci tak apa-apa lah. Laila ni janganlah fikir yang bukan-bukan.”

“Betul ni?” Laila merenung Suci dalam riak menduga.

“Betul.”

“Tapi saya tahu awak minat kat Ali.”

“Laila… mana ada Suci minat dia. Janganlah nak buat cerita pula.”

Ala, yelah tu. Macam saya tak tahu. Sekilas ikan di sungai saya dah tahu jantan atau betina tau.”

“Sudahlah. Tak nak cakap dengan awak lagi. Suci dah lapar. Nak pergi cari port melantak.”

Suci cuba mengelak. Tak mahu dikaitkan dengan pemuda itu. Dia sukakan Ali tapi hanya sebagai kawan. Itulah rasanya. Dia tidak jelas jika perasaan itu lebih dari sekadar teman.

“Suci~!” Laila mengejar Suci yang sudah berjalan dahulu di hadapan. Sebentar kemudian mereka berjalan beriringan menuju ke kafeteria.



Bab19

Seorang kanak-kanak lelaki berdiri di hadapan pintu pagar rumah yang masih berkunci. Rumah itu kosong. Panas terik matahari memedihkan kulit. Terang cahaya sang suria menyilaukan mata. Si kanak-kanak montel itu terus setia menunggu di situ. Tiada tempat lain yang boleh ditujuinya selain dari rumah tersebut. penat berdiri dia duduk di tembok sebelah pagar. Beg yang digalas di belakang tubuh terasa berat lantas dilepaskan jatuh di atas tanah. Dia mengusap-ngusap perut yang terasa lapar. Botol air yang tersemat elok di leher dibuka dan isinya diteguk sehingga ke titisan terakhir. Aahh~ lega.

Dari kejauhan sayup-sayup kedengaran suara nyaring seorang perempuan sedang marah. selepas satu suara, satu suara lagi bertingkah membalas suara itu sehinggalah kedua-dua mereka hampir dekat dengan rumah mereka.

“Memanglah aku bengang. Disebabkan kau lah aku terpaksa bergaduh dengan budak lelaki tu. Muka dah lah macam king kong. Rasa macam nak tembak je lubang hidung dia yang macam serombong kapal tu. Argh… bengangnya aku!” Qaseh terus meluahkan kebengangannya.

Ala, kau bengang sebab kau kalah bertekak dengan dia tadi. Kalau kau menang taklah kau bising. Betul tak?” Sutra memerli kakaknya.

“Woi, kau nak makan buku lima aku ke? dah tak sayang mulut? Cakap baik-baik sikit. Kalau aku tak ada tadi apa yang boleh kau buat? Entah-entah dah menangis melolong dalam bas tu.”

Sutra diam. Dia mengaku jika bukan kerana Qaseh tentu dia sudah menangis dibuli oleh pelajar lelaki tersebut. tiba-tiba mata tertancap pada sesuatu yang menarik dekat pintu pagar rumah mereka. Sutra menahan Qaseh untuk melihat sesuatu.

“Qaseh, tengok siapa tu?”

Qaseh melihat ke arah rumah mereka. Dia menoleh semula kepada Sutra dengan wajah yang tersenyum. Begitu juga dengan Sutra. Kedua-dua mereka segera mendapatkan budak lelaki yang setia duduk di pintu pagar rumah walaupun kepanasan.

“Guppy!” Serentak Qaseh dan Sutra menyeru nama budak tersebut.

kanak-kanak montel itu mencari suara yang menjerit itu. hanya ada empat orang gadis saja yang memanggilnya dengan nama itu iaitu kakak-kakaknya. Dia tersenyum apabila orang yang dinantinya sejak tadi sudah muncul. Tidak sempat dia bersuara Qaseh dan Sutra terlebih dahulu merangkul dan mengucupnya bertalu-talu. Berebut-rebut dua orang gadis itu mahu memeluk adik kesayangan mereka. Sangat rindu. Sudah lama mereka tidak bertemu. Nadim Zafran yang dipanggil Guppy itu sudah pening lalat diperlakukan seperti teddy bear oleh kakak-kakaknya. Ini baru dua orang. Belum termasuk yang lagi dua orang tu.

“Kak Qaseh… Kak Sutra… Nadim lapar.”

Qaseh dan Sutra saling berbalas pandangan kemudian tersenyum memandang adik bongsu mereka yang sedang menggosok-gosok perut. Si ikan Guppy ini sudah kelaparan rupanya. Kesian…

“Jom masuk. Kakak masak untuk Guppy.” Ujar Qaseh sambil menyeluk kunci rumah dari saku baju sekolahnya.

“Qaseh nak masak? Wah, ini sesuatu yang ajaib. Guppy, berhati-hati makan masakan kak Qaseh. Takut keracunan makanan.”

Sutra ketawa mengejek kakaknya. Muka Qaseh sudah berapi. Buk! Nah, rasakan. Sebiji tumbukan singgah di perut Sutra.

“Aduh…” Sutra menahan perut yang senak akibat penangan Qaseh. Padan muka aku. siapa suruh berani buat Qaseh marah.

Si adik kecil garu kepala. Berfikir sesuatu.

“Guppy fikir apa?” tegur Sutra.

“Kak Sutra, keracunan makanan tu apa?”

“Hmm… maksudnya…” tatkala melihat air muka Qaseh, Sutra tidak berani mahu menjelaskan lebih lanjut tentang perkara yang ditanya oleh adiknya. Mati aku kalau semakin banyak soalan budak ni. Qaseh tengah bengang. Nanti tak semena-mena aku makan penumbuk dia lagi.

“Jom masuk. Panaslah di luar ni.” Sutra menukar topik dan membawa adiknya masuk ke dalam rumah.


*********


Selepas menukar pakaian Qaseh dan Sutra masuk ke dalam dapur untuk memasak. Inilah kali pertama mereka bersama-sama turun ke dapur untuk memasak. Demi Guppy.

“Qaseh, Guppy datang sendiri. Tak apakah?”

“Apa yang kau cakap? Apa yang salah? Dia kan adik kita.” Qaseh membuka peti sejuk dan mula berfikir apa yang boleh dimasak.

“Tak rasa pelikkah? Kalau dia dapat kebenaran pun takkanlah keluarga angkatnya lepaskan dia pergi sendiri. Dia tu budak kecil. Baru enam tahun tau.” Sutra menyuarakan pendapatnya.

Hmm, betul juga. Qaseh mula memikirkan kebenaran kata-kata Sutra. Dia menutup semula peti sejuk lalu menuju ke ruang tamu untuk mendapatkan Guppy. Sutra mengekori Qaseh. Qaseh berhenti terpaku. Dia melihat adiknya sudah tertidur di atas sofa di ruang tamu.

“Dia dah tidur. Petang nanti sajalah kita tanya dia.”

“Apa kata kita call rumah keluarga angkatnya dan tanya mereka.”

“Jangan.” Qaseh melarang niat Sutra.

“Kenapa?”

“Kita tunggu Kak Wangi. Ingat tak malam tadi Kak Wangi ada cakap yang dia rindukan Guppy. Biarlah dia jumpa si Guppy ni dulu.” Ada segaris senyuman di wajah Qaseh.

Sutra akur. Dia juga rindukan Guppy. Mungkin bagus juga cadangan Qaseh. Tidak… sebenarnya dia takut jika Guppy datang ke sini tanpa mendapat keizinan keluarga angkatnya terlebih dahulu. Jika dia mengkhabarkan kemunculan Guppy yang tiba-tiba kepada keluarga angkatnya kemungkinan masa mereka bersama akan terhad. Tak nak… biarlah tunggu Kak Wangi. Dia yang akan memutuskan segalanya nanti. Dia kan kakak sulung.

Qaseh masuk ke biliknya. Sementara Sutra menghampiri adik comelnya yang sedang nyenyak lena. Dia tersenyum. Comelnya…dah lama tak jumpa. Kau dah bertambah comel sekarang. Mata bulat macam Kak Wangi. Bulu mata panjang melentik macam Kak suci. Hidung mancung macam Qaseh dan pipi tembam macam aku. kau adalah gabungan kami berempat. Adik yang paling comel. Geramnya... Gigi sutra berlaga-laga. Tangannya gatal mahu merangkul adiknya lagi tapi ditahan niatnya itu kerana tidak mahu mengganggu tidur adiknya. Dia beredar menuju ke dapur semula untuk memasak. Nak harapkan Qaseh, mimpilah…


**********


Ada sepasang kasut comel yang mencurigakan Dang Wangi. Siapa punya kasut? Ada tetamukah? Dia masuk ke dalam rumah setelah salamnya disambut oleh adik-adiknya. Belum sempat Dang Wangi bertanya tentang kasut yang dilihatnya tadi tiba-tiba dia diserbu oleh Nadim.

“Kak Nongi~!” Nadim melompat merangkul kakak sulungnya.

Dang Wangi hampir tumbang kerana serangan tiba-tiba daripada Guppy.

“Guppy~!” Dang Wangi separuh menjerit. Dia membalas rangkulan adiknya. Dikucupnya bertalu-talu wajah adik montelnya itu. dipeluk dan dirangkul berulang kali.

Guppy lemas. Perkara yang sama berulang lagi pada petang itu.

“Kenapa datang tiba-tiba? Buat kakak terkejutlah Guppy ni.”

Guppy cuma tersengeh. Qaseh dan Sutra berdiri di samping mereka berdua dan turut tersenyum melihat kegembiraan Dang Wangi.

“Patutlah malam tadi kak Wangi asyik tersebut-sebut adik akak yang seorang ni. Rupanya dia nak balik rumah.”

“Mulut orang tua memang masin.” Ujar Qaseh.

Dang Wangi melirik kepada Qaseh.

“Siapa orang tua?” tanyanya keras.

“Tentulah Qaseh.” Pantas Sutra membalas dan Qaseh sedang geram dengan kata-kata Sutra.

“Tapi kenapa kak Qaseh tak ada uban? Bukankah orang tua ada uban… macam embah(nenek).” Guppy bersuara.

Qaseh tersenyum. Terasa diri di bela oleh Guppy.

“Jadi kakak bukan orang tua macam yang Kak Sutra cakap. Kakak masih muda dan cantik. betul tak?”

Sutra meluat apabila Guppy mengangguk mengiakan kata-kata Qaseh. Ceh, dengan budak bolehlah kau manipulasikan dia.

Mereka beralih tempat dan berkumpul di ruang tamu. Dang Wangi mengangkat Guppy duduk di ribaannya. Qaseh dan Sutra duduk di samping Dang Wangi.

“Tadi datang dengan siapa? Naik apa?” Tanya Dang Wangi kepada adik kesayangannya itu.

“Papa hantar.” Jawab Guppy ringkas.

Sutra dan Qaseh berbalas pandangan. Wajah mereka berdua lega. Soalan itu memang masih belum ditanya oleh mereka berdua sejak tadi.

“Berapa hari nak tinggal di sini? Ada bawa pakaian?” Tanya Dang Wangi lagi.

Guppy mengangguk sahaja sambil mengukir senyuman.

“Nanti pergi sekolah kak Nongi hantar, okey.”

Dang Wangi senyum dan mengangguk. Adik kecil itu masih tidak pandai menyebut namanya lagi… atau barangkali sudah terbiasa memanggilnya begitu. Sampai besarlah jawabnya melekat dengan panggilan ‘Kak Nongi’. Dang Wangi merangkul lagi adiknya dengan ketat.

“Okey, kakak akan ambil dan jemput Guppy setiap hari.”

Wajah mereka sekeluarga sangat ceria petang itu. Masing-masing sangat gembira dengan kehadiran Nadim si ikan Guppy. Itulah gelaran yang mereka berikan kepada adik yang paling kecil itu kerana kecomelannya. “Comel macam ikan guppy” kata Dang Wangi suatu ketika dulu.

“Oh, ya… kita macam tak cukup kuorum, right?” ujar Sutra tiba-tiba.

“Kak Suci tiada.”

Dang Wangi merenung satu persatu adik-adiknya. Ada riak mengharap pada wajah mereka semua terutamanya Guppy. Dang Wangi faham dan dia perlu melakukan sesuatu agar adik-adiknya gembira. dia bangkit lantas mengambil telefon selularnya di dalam beg sandangnya. Dia mendail nombor Suci.


*************


“Guppy~!”

Setelah memberi salam dan masuk ke dalam rumah Suci segera mendapatkan Nadim.

“Kak Suci~!”

Guppy berlari keluar dari ruang dapur dan mendapatkan seorang lagi kakaknya. Seperti jejak kasih, mereka berdua saling berdakapan. Berpeluk dan bercium setelah lama berpisah. Air mata Suci mengalir kegembiraan. Dang Wangi yang baru menyusul keluar dari dapur memerhatikan Suci. Tersenyum. Diantara mereka berempat, Sucilah yang paling mudah menangis. Adakalanya menangis kerana perkara yang tidak munasabah seperti pakaian yang tidak sesuai dengan tudung atau kasut. Memang adik yang pelik tapi juga yang paling cerdik.

“Amboi, macam rancangan Jejak Kasih pula.” Dang Wangi sengaja mengusik.

Suci melepaskan Guppy lantas menghampiri kakaknya.

“Sebab kakaklah yang buat kejutan macam ni. Kenapa tak cakap awal-awal yang Guppy nak balik rumah hari ni?” Suci sedikit kecewa apabila dia menjadi orang yang terakhir mengetahui tentang kepulangan adik bongsunya itu.

Ala, kami semua pun terkejut juga. Dia ni yang datang tiba-tiba.” Sutra bersuara sambil memeluk Guppy dari belakang.

“Betul tu. Nasib baik hari ni kami berdua balik awal. Kalau tak sampai ke senjalah Guppy tunggu kita di luar rumah ni.” Sambung Qaseh pula.

“Guppy, lain kali janganlah buat macam ni. Kalau nak balik cakap dulu dengan kami. Ni datang tadi siapa yang hantar?” Tanya Suci kepada adik kecilnya itu.

“Papa yang hantar.” Jawab Guppy dengan senyuman yang melekat di bibirnya memandang Suci.

“Jadi papa temankan Guppy sampai kak Qaseh dan kak Sutra pulang?” Soal Suci lagi mahu kepastian.

Qaseh dan Sutra tiba-tiba cuak mendengar soalan yang diajukan oleh Suci itu. Mati mereka jika Suci dan Dang Wangi tahu sebenarnya Guppy seorang diri menunggu mereka pulang dari sekolah petang tadi. Guppy pula diam tidak mengiakan mahupun menidakkan pertanyaan Suci. Matanya berkalih memandang Qaseh dan Sutra seakan minta bantuan untuk menjawab persoalan Suci.

“Err… ya, En. Imran tunggu sampai kami pulang baru dia balik.” Qaseh segera menjawab bagi pihak Guppy.

“Ha’ah, betul tu.” Dia turut mendapat sokongan Sutra.

Suci tersenyum lega. Pipi tembam Guppy dicubit manja sebelum dia mengalih perhatian kepada Dang Wangi yang sedang memegang senduk.

“Kak Wangi tengah masak ke?”

“Tak lah. Baru nak pergi memasak ni.” Jawab Dang Wangi.

“Nak masak apa malam ni? Biar Suci tolong kakak.”

“Bagus juga tu. Aku dah sediakan semua bahan. Kau tolong aku masak ya. Lagipun kau punya masakan lagi sedap daripada aku. Tolong ya. Aku nak pergi mandi dulu.” Dang Wangi segera menyerahkan senduk di tangannya kepada Suci. Dia gesa-gesa meninggalkan situ dan menyerahkan tanggungjawab menyediakan makan malam bulat-bulat kepada Suci.

“Eh, kak Wangi! Suci cuma nak tolong saja bukan nak selesaian tugas kakak ni.”

Dang Wangi memekakkan telinga masuk ke dalam biliknya. Geram juga Suci dibuatnya.

Menyesal aku masuk ke dapur. Patutnya aku perlu tahu apa yang akan berlaku. Dah nasib aku jadi tukang masak sepenuh masa untuk keluarga aku…

Dang Wangi sudah hilang dari pandangan mata Suci. Suci yang keberatan dan berharap dapat merasa masakan kakaknya akhirnya mengalah untuk menyediakan makan malam.

Malam ini keluarga Dang Wangi sempurna semula. Ini adalah makan malam paling istimewa. Walaupun hidangannya tidak seberapa tapi ia tetap terasa sedap kerana dipenuhi dengan perasa kasih sayang yang melimpah ruah. Ini adalah keluarga paling bahagia dan Dang Wangi bersyukur kerana hidup dalam keluarga ini. walaupun banyak dugaan yang menimpa semenjak kematian kedua ibu bapanya lima tahun lalu namun dia bersyukur kerana masih punya adik-adik. Biarpun keluarganya sudah tidak sempurna lagi namun inilah harta yang akan dipertahankannya sehingga ke akhir hayat. Abah… mama… Wangi akan jaga keluarga kita. Wangi akan lindungi adik-adik. Itulah janji Dang Wangi.



Tulus dari hati…