Kawan2 yg saya Sayang

Monday, December 26, 2011

DON 2 ...penangan Shah Rukh Khan yang tak pernah mengecewakan.


Mission Impossible Vs. Don 2
Cik Kaseh dan awek sebilik dengan Cik Kaseh sejak semalam asyik fight nak tengok antara dua film ni. Dia sibuk pujuk Cik Kaseh tengok MI... tapi Cik Kaseh tak berminat biarpun ramai yang cakap MI best gilers! saya rela tak pergi tonton wayang kalau si dia tak mahu ikut saya tonton Don 2. <--evil tak minah ni.HAHAHA~~ ╰(◣﹏◢)╯

Serious... bukan saya tak mahu tonton MI tapi Cik Kaseh lebih tertarik dengan Don  lakonan Shah Rukh Khan. 

1st... watak utamanya, atau hero cerita watak jahat. jarang dapat tengok cerita dengan menonjolkan watak jahat sebagai watak utama. 

2nd... sebab pernah tengok Don 1 dulu dan memang tertarik dengan watak Don yang licik dan bijak... kepala otak dia penuh dengan strategi. 

3rd... sekali lagi, negara kita menjadi salah satu lokasi pengambaran. yang paling best Ridhzuan Hashim ada berlakon. Tapi Cik Kaseh lagi seronok dapat tengok ADI PUTRA jadi peguam bela DON... gaya dia walaupun smart tapi tetap nampak jahat masa bantu DON dalam strategi melepaskan diri dari penjara(lokasi; Penjara Sungai Udang, Melaka)


berkisar sedikit tentang perjalanan cerita dalam DON2:
Don, kali ini misinya bukan lagi dadah sebagai subjek utamanya tetapi plat mencetak duit. Dia memang bijak. kalau dia hanya merompak wang... wang akan habis jua akhirnya. tapi kalau mencuri plat pencetak duit, dia boleh membuat duit. dengan kata lain dia boleh mendapatkan seberapa banyak duit selagi dia mahu.

Jadi, untuk menjalankan misi tersebut, Don mengumpulkan beberapa penyangak yang dirasakannya layak... sekali pandang mungkin mereka semua adalah rakan sekutu Don, tapi sebenarnya mereka semua hanyalah alat. Kerana dia tahu semua gang2 yang dikumpulkannya itu penjahat... jadi kalau dah nama penjahat tu, mana penah anggap manusia sebagai sahabat. akhirnya duit juga yang mereka anggap sebagai sahabat. Jadi rancangan Don lebih halus kerana dia bertindak bertapak2 lagi jauh dari semua musuh2nya. 

memang agak kelakar bila akhirnya Don dengan polis terpaksa bekerjasama demi kepentingan tersendiri. Don nak lepas lari selepas tertangkap dan polis terpaksa dengar kata Don sebab Don sorang je tahu jalan masuk ke bangunan untuk pergi selamatkan tebusan2 penjahat. Dalam adegan ni ada sedikit menyentuh soal perasaan Roma, si heroin yang belum pernah mengalah nak tangkap don sejak Don1 lagi... minah ni pernah jatuh cinta tanpa sengaja dengan Don dulu. Hahaha~~ memang lawak bila Don sengaja nak uji perasaan Roma time ni. Roma, saya fikir sebenarnya dia masih ada sedikit perasaan cinta terhadap penjahat paling dikehendaki di asia tu. <--part ni memang buat orang rasa nak tengok balik Don1 je...huhuhu

So, the ending.... tak payah cerita kat sini kot. pergi tengok sendiri dekat panggung. pasti berbaloi-baloi~~


Random : tahniah untuk Abang Yusry KRU dan Lisa Surihani yang dah nak berkahwin tahun depan. Korang berdua memang best so saya tumpang gembira di atas kebahagian korang. (majlis risepsi 26feb.. it's my birthday!!!)
(✿◠‿◠)

2 comments:

Miss Kira said...

lepas ni nk try usha don ;)

RiderSystem said...

pernah nonton sekali film Don pertama...
tapi, lupa jalan ceritanya...