ZASS~!!
terasa macam badan aku terbelah dua dicantas dengan pedang samurai. at the 1st tym... inilah kali pertama orang panggil aku budak kurang ajar.
oh gosh... rasa betul-betul teruk tym ni.
kurang ajar sangat ke aku? apa benda yang aku buat sampai si Gila(boss) tu panggil aku kurang ajar? melampau betul!
waktu di marah sebab kesalahan yang bukan aku puncanya... (senang cite orang lain punya salah, aku pun tempias kena marah juga)... dia kata aku ni kurang ajar dan tak reti menghormati orang tua... err, dialah orang tua tu...
aku betul2 hot bila dia nilai aku macam tu. kurang ajar ke kalau aku ulang balik arahannya supaya aku tak tersilap buat kerja yang dia suruh? kurang ajar ke namanya kalau aku tak menyahut panggilannya sebab tengah layan customer... customer siapa? customer dia juga... dan kurang ajar sangat ke aku kalau betulkan kesilapan dalam arahannya?... dia nak aku hormat macam mana lagi sebenarnya ek?... susah betullah nak puaskan hati seorang boss yang cerewet tahap gaban macam tu...
takkanlah dia nak aku tundukkan kepala kepadanya setiap kali bertemu... nak buat macam adat orang jepun pula ke? atau nak aku layan dia macam seorang dayang istana yang melayan rajanya. oit, melampaulah tu...
bila dia panggil aku budak kurang ajar serta merta aku terfikirkan mak ayah aku... mesti diorang kecil hati bila boss aku panggil anak diorang ni macam tu. macamlah aku tak cukup didikan sampai dilabel budak kurang ajar yang tak tahu menghormati orang tua dan majikan.
Fuhh~ wuteverlah... lantak dia nak anggap aku ni apa lepas ni. yang penting aku tunaikan tanggungjawab aku sebagai pekerja... cukup bulan masuk gaji. tahan tak tahan belakang kira. agak-agak dah tak tahan, resign cari kerja lain... hahaha~ senangnya seorang Kaseh Esmiralda ni bercakap kan.
kepada korang semua yang belum menghadapi alam pekerjaan, baik korang semua stanby dari segi psikologi ek. bekerja dan belajar tak sama. tekanan bekerja lebih dasyat berbanding belajar. i'm serious!
No comments:
Post a Comment