Bab21
LELAKI
memang tak guna! Kalau diberi peluang kehidupan kedua, aku pasti akan ambil
alih tempat Madam Juwiette untuk menghapuskan Dew. Kenapa mesti lelaki seperti
dia yang perlu aku beri perhatian selama ini? Kenapa perangai dia selalu buat
aku rasa telah kalah pada lelaki? Kenapa dia selalu buat aku rasa menyesal dan
macam orang bodoh sebab sanggup buat apa sahaja untuk melindungi dia? Kenapa
aku perlu ada kawan yang teruk seperti Dew The Devil? Kenapa…?
“Sebab
selama ini kau cintakan dia, Leah…” satu suara terimbau dari kotak memori Leah.
Serta merta Leah mendongak ke atas seperti memerhatikan seseorang. Seseorang
yang telah lama pergi dari hidupnya.
“Shut up, Leo…” bisikannya itu disusuli
dengan satu keluhan berat.
Itu
adalah kata-kata terakhir yang pernah diucapkan oleh Leo kepadanya sebelum Leo
mati. Suatu masa dahulu Leah, Dew dan Leo adalah BFF. Leo ialah sepupu
merangkap sahabatnya sejak kecil. Dew pula adalah sahabat Leo ketika di sekolah
menengah dan Leah berkenalan dengan Dew melalui Leo. Sebagai sahabat dan
keluarga, Leo sangat memahami hati Leah terhadap Dew.
Sayangnya
kini Leo sudah tiada. Leo pergi membawa sekali memori-memori indah yang mereka
bertiga pernah cipta bersama. Selepas kematian Leo, hubungan diantara Leah dan
Dew mula berubah. Mereka bukan lagi sahabat tetapi hanyalah rakan sekutu pada
waktu-waktu tertentu sahaja. Mereka bukan lagi BFF walaupun dalam hati Leah
tidak pernah berubah perasaan terhadap Dew.
Leah
mengatur langkahnya yang longlai menuju ke fakultinya kembali setelah kelibat
Dew yang pergi meninggalkannya tidak lagi dipandang.
“Camie…”
sorotan matanya tajam memerhatikan kelibat Camie yang berdiri terpacak
berhampiran tangga di foyer fakulti. Memikirkan gadis tersebutlah orang yang
telah berjaya mengubah sikap The Devil dalam diri Dew, membuatkan jiwa Leah sangat
sakit hati. Tidak kira samada ketika ingatan Dew normal mahupun ketika dia
hilang ingatan kini, gadis itu sentiasa berjaya menarik perhatian Dew. Camie
sentiasa berada di tempat yang istimewa di mata Dew.
Leah
mengatur langkahnya menuju ke arah Camie yang kelihatan sedang basah kuyup
akibat disimbah Cold Blog oleh peminat-peminat Shin Viera. Senyuman sinis Leah
tersungging melihat keadaan Camie yang basah dan melekit akibat minuman manis
berperisa strawberi itu.
“You look so sweet, honey,” ujar Leah
disusuli tawa sarkastiknya mengejek Camie.
“Yes, I know.” Camie sempat menjilat
cecair yang mengalir di bibirnya. Betul, memang manis pun. “Well, thank you, Leah.” Dia hanya
menganggap kata-kata Leah sebagai satu pujian untuk menyedapkan hati sendiri
walaupun jelas sekali yang Leah sedang mengejeknya.
“Aku
dah cakap… kalau bukan aku pun pasti kau akan dibuli oleh orang lain. Jadi
terima sahaja kenyataan yang kau tu memang ditakdirkan untuk dibuli oleh semua
orang.”
“Kau
memang seronok tengok aku dibuli.”
“Well… membuli kau adalah suatu perkara
yang menyeronokkan.” Roman wajah Leah nampak begitu puas. Seolah-olah melihat
pesaingnya dibuli merupakan kegembiraan baginya. “Aku jamin kau tak nak Dew
lihat kau dalam keadaan yang kotor dan melekit seperti ini. Jadi lebih baik kau
jangan tunjukkan muka di hadapan Dew even
kau ada temujanji bersamanya petang ini,” hati jahat Leah tetap mahu memisahkan
Camie dan Dew.
Dia
meninggalkan Camie dengan satu perasaan puas. Terubat jua jiwanya yang stress
dengan sikap Dew terhadapnya tadi setelah melihat keadaan Camie begitu.
*************
KEDAI
SERBANEKA PLANE MART…
Dew
melangkah masuk ke kedai tersebut. Sorotan matanya segera menjejaki kelibat En.
Tom. Namun En. Tom tidak kelihatan di sekitar kedai melainkan Sam yang sedang
tersengih kepadanya di dalam kaunter membayar. Dew bergegas menuju ke arah
temannya itu.
“Sam…”
Dew menghulurkan tangan kanannya yang dikepal untuk dilagakan dengan kepalan
tangan Sam; salam sahabat namanya.
“Jay,
what’s up dude… lama tak nampak. Busy ke?”
Dew
sekadar senyum tiga saat. Dia akan bersembang dengan Sam bila-bila masa tetapi
sekarang dia ada hal mustahak untuk bertemu dengan Encik Tom.
“Abang
Donut kau mana?” soalnya kepada Sam.
“Wow,
tak sangka kau lebih rindukan dia berbanding aku.” Sam keluar ayat sinis.
Dew
menggeleng sambil mengeluh mendengar kata-kata Sam. Nak kena luku agaknya budak
Sam ni dengan aku…
“Sam,
aku nak jumpa dengan Encik Tom.”
Sam
merenung Dew dengan teruja. Senyumannya sentiasa terukir sinis penuh curiga.
“Aku…
nak minta kerja di sini semula.” Dew akhirnya berterus terang.
“Hah?”
mata Sam terbelalak. Mulutnya melopong mendengar tujuan sebenar Dew.
“Kau
dah mula bosan dengan kolej ke, Jay?” Suara yang muncul secara tiba-tiba itu
menarik perhatian Dew dan Sam secara serentak. Masing-masing menegakkan tubuh
apabila melihat Encik Tom sedang berjalan ke arah kaunter tempat mereka berdua
berbual.
“Bukan
begitu. Kalau Encik Tom tak keberatan, boleh tak benarkan saya bekerja part time di sini?” Dew bertutur sopan
dengan harapan dia mendapat peluang yang cerah di Plane Mart.
“Hmm…”
Encik Tom mengelus-ngelus dagunya sambil merenung Dew untuk membuat
pertimbangan. “Kenapa kau nak bekerja semula?”
“Sebab
saya perlukan duit. Saya tiada sumber kewangan dan saya tiada keluarga jadi
saya perlukan pekerjaan ini.”
“Hmm…
baiklah. Memandangkan aku tahu bagaimana prestasi kerja kau selama ini,
walaupun kadang-kadang kau pandai curi tulang tapi aku sudi terima kau bekerja
semula di sini.”
Dew
tersenyum lebar. Jawapan Encik Tom bagaikan telah memberi sinar harapan
buatnya. “Terima kasih, Encik Tom.”
“Jadi
tugas pertama kau… tu…” ibu jari Encik Tom mengunjuk ke suatu arah di bahagian
rak makanan. Secara automatik juga mata Dew terlontar ke arah yang ditunjukkan
oleh Encik Tom. Kelihatan seorang pemuda sedang melemparkan senyuman ke arahnya
sambil memegang puncher di tangan.
“Aku
nak kau ajar budak baru tu tentang susun atur semua barang-barang dalam kedai
ni. Stok baru sahaja sampai jadi kau memang dah ada kerja sekarang,” kata Encik
Tom memberi arahan.
Dew tergamam tanpa suara sebaik melihat pemuda
tersebut. Dalam kepala otaknya cuma ada satu soalan sahaja kini… “Kenapa dia?”
“Tunggu
apa lagi. Kerjalah.”
Arahan
dari Encik Tom menyebabkan tindakan reflek Dew bergerak menuju ke rak tersebut
walaupun separuh hatinya berasa tidak rela kerana terpaksa bekerjasama dengan
budak baru tersebut.
“Hai,
Jay,” sapa si budak baru. “Nama aku Shin. Selamat bekerjasama.” Dia tersenyum
bagaikan bunga matahari di waktu pagi yang ceria.
Dahi
Dew berkerut sambil melontarkan jelingan kerek kepada pemuda ber-T putih dan
memakai apron itu. Ada aura gelap sedang dilepaskan. Ada petir yang sedang cuba
hendak memusnahkan cuaca yang indah tadi.
***************
“PUAS
hati aku. Mulai sekarang dia takkan berani mendekati The Prince lagi.”
Leah
yang sedang berada di dalam salah satu tandas di bilik tersebut hanya memasang
telinga.
“Selepas
dimalukan di hadapan ramai orang tadi, kau fikir dia akan berani ke?” suara
lain menyampuk membalas kata-kata temannya. Kemudian suara mereka bergabung
dalam tawa yang sangat puas.
Leah
menyelitkan rambutnya ke belakang telinga. Kepalanya dirapatkan ke pintu
tandas. Dia tertarik untuk terus mendengar perbualan tersebut. Siapa agaknya
yang telah menjadi mangsa bulian gadis-gadis tersebut? Hati Leah tertanya-tanya.
“Tapi
kan, sweet pula aku tengok perempuan
tu kena simbah dengan Cold Blog tadi. Muka terkejut dia sangat kelakar. Bagus juga
idea kau nak kenakan budak tu tadi.”
“Tak
pasal-pasal dia dapat mandi air Cold Blog hari ini. Perisa strawberi pula tu. Padan
muka dia.”
“Biar
dia rasa. Untuk berada di samping The Prince, dia belum cukup layak lagi.”
“Dia
tak kan layak selagi fans The Prince
tak approve dia.”
Perbualan
mereka berselang seli dengan suara tawa yang keras. Leah yang sedang mendengar
perbualan tersebut sekadar tersenyum sinis. Dia dapat mengagak mereka semua
sedang berbincang tentang siapa kini.
“Jadi
semua ini angkara peminat The Fake Prince rupanya. Bagus, Camie. Kau dah buat
aku jumpa dengan bahan yang menyeronokkan petang ini.” Bibirnya tersungging
sebuah senyuman sinis yang penuh dengan muslihat jahat.
Sebelum
keluar dari tandas, Leah melakukan sesuatu pada pam tandas. Setelah memastikan
rancangannya berjalan lancar dia membetulkan pakaiannya lalu membuka tombol
pintu untuk keluar dari tandas tersebut.
Sebaik
dia keluar dari tandas tiga orang siswi tadi masih ada di situ sedang merias
wajah di hadapan cermin. Kebetulan cermin tersebut berada di hadapan pintu
tandas maka pantulan imej Leah serta merta menyapa mereka. Senyuman Leah
terukir penuh makna sebelum mengambil tempat diantara mereka bertiga.
“Hai,
Leah.” Salah seorang dari mereka yang mengenali Leah sekadar menegur.
“Hai,
Tracy.” Leah yang sedang mencuci tangan sekadar melemparkan senyuman palsu
kepada gadis berambut perang itu.
Salah
seorang dari mereka mengatur langkah untuk ke salah satu tandas. Serta merta
Leah menegur. “Kalau nak guna tandas lebih baik guna yang saya masuk tadi.
Tandas yang lain tu pam macam dah rosak,” Leah bermuslihat.
“Okey, thank’s.”
“Welcome.” Siap mencuci tangan Leah pun
berlalu untuk keluar dari bilik tersebut. Senyumannya terus meleret nakal. Dia tidak
terus pergi sebaliknya menunggu di luar bilik tersebut.
“Warghh!!!” tiba-tiba kedengaran suara
jeritan yang disusuli dengan deburan air yang bertubi-tubi keluar dari arah
tandas yang digunakan oleh gadis tadi. Leah mengintai dari luar. Dia menahan
mulutnya yang mahu ketawa apabila melihat dua orang gadis tadi kelam kabut cuba
menyelamatkan teman mereka yang masih bergelut dengan air yang memancut-mancut
keluar dari pam tandas yang sengaja dirosakkan oleh Leah. Setelah misi kecilnya
berjaya Leah mula mengatur langkah untuk beredar pergi.
“Hidup
ini kadang-kadang memang stress… tapi kita mesti tahu cara untuk enjoy.” Sempat
dia memusing kepala ke arah pintu bilik tandas semula. “Terima kasih sebab beri
peluang pada Leah untuk enjoy petang ini.” Dia tersenyum sarkastik sebelum
langkah kakinya panjang meninggalkan kawasan tersebut.
Bersambung...
7 comments:
This is so interesting! Please continie with the next chapter. I can't wait for it! :3
Dah habis ke cite ni???
Bile nak sambung ni x sabar lah
Kesian....Camie
Bile dew nk pergi balik kat Camie
Kesian Camie....
sorry guys...cik kaseh terlalu busy untuk updated all my enovella...
Harap sequel ni berkesudahan dan dibukukan..dah lama tunggu sambungannya, AITDS pon ntah berapa kali ulang baca,tak terkira..minat sangat ��
Post a Comment