Kawan2 yg saya Sayang

Sunday, August 12, 2012

Hero Jepun atau Korea? Hero MALAYA lagi best lah

AMARAN : Ini adalah entri buang masa sebab tuan belog ini tak mahu biarkan belognya terlalu lama bersawang (^__^)V ....jangan scroll down kalau taknak menyesal...hehehe



Sebenarnya entri edisi bosan saya ni cuma dihiasi gambar hero2 yang saya rasa best...(dalam erti kata lain Cik Kaseh pernah dan masih meminati)


Hero pertama yang saya minat... ni minat tahap semua orang pun tahu saya syok kat mamat ni dari zaman sekolah sampai skang...


Hero pertama saya ni berasal dari Jepun. Nishikido Ryo namanya. Handsome tak dia?..TAKDE lah handsome sangat. Mulut laser kowt. Tapi hati baik...  


Kemudian dalam tempoh 2 tahun lepas saya layan Kpop. Saya dah lupa siapa hero Korea yang betul2 saya minat tapi saya takkan lupa pada diz guy. Mamat ni adalah hero korea terakhir yang saya minat.

(Memang sengaja letak gambar ni sbb ia mmg ada nilai tersendiri dalam lipatan sejarah hidup Kaseh Esmiralda)

Budak2 B2UTY(fanclub BEAST) mesti ingat nama Cik Kaseh yang pernah jadi couple kepada Yang YoSeob waktu Fanmeet BEAST 2011. Korang pernah terfikir dapat berdating dengan seorang idol bertaraf antarabangsa? (Kalau aku masih anak2 remaja belasan tahun, sumpah bahagia gila kot even hanya angan2.... inikan pula dalam dunia realiti!)


Saya dah bosan layan Kpop... Jpop pun sama... sekadar menonton drama jepun bila ada masa terluang sahaja. 


Sejak kebelakangan ni saya rasa hero2 Malaya pun tak kurang hebatnya. Saya suka tengok Ady Putra berlakon jadi JAHAT!...hahahaha~~ 


start kenal n minat dia sebab drama Mya Zara. kalau tak silap itu drama pertama yang Adi berlakon. dan drama tu watak Adi memang jahat gilers!!...tapi sebenarnya bila dia berlakon jadi lelaki budiman pun best. Superb lagi mantap!... Aaron Aziz berlakon best gak. tapi saya tak minat. Mungkin tak pernah tengok dia berlakon jadi jahat gila macam Ady Putra kot..hohoho~~!




Lepas tu ada satu masa tu saya layan drama KAMI. Saya tertarik dengan watak Boy yang diakonkan oleh Zahiril Adzim. Walaupun drama tertumpa pada 5sahabat tu tapi mata saya tetap perhati kat Boy. tahu kenapa? Sebab Boy ni dah lah KECIK lepas tu muka JAMBU. Ada ke watak taiko jual dadah camtu. LANGSI pulak tu... dialog sume BAJET BAGUS. adoih~~ tapi seriously, saya suka watak jahat camtu.


Saya semakin minat dia sebaik usha blog dia (dat time followers dia cuma 100 ke 200 je..x macam skang... beribu riban dah followers die). Saya suka baca setiap entri mamat ni. jiwa dia yang sangat menyintai seni memberi jawapan kenapa dia kool aje dan tak mengejar populariti sangat. kadang kala puisi dan entri dia menjadi salah satu sumber inspirasi saya dalam menulis. Buku dia BOGEL MENUJU TUHAN. bestttt...tapi sayang...saya tak berkesempatan lagi nak buat review untuk buku ni.



Lepas Zahiril ada seorang lagi pelakon yang ala2 kool n x mengejar populariti. Dia ni ada gak beberapa kali nampak dia berlakon sama2 dengan Zahiril. dalam drama KAMI dia jadi balaci Zahiril. kira penyangak jugaklah..hehe 


Beto kusyairy. Dia ni satu spesies dengan Zahiril Adzim gak. Berlakon bukan untuk mengejar populariti. Antara drama paling sentap tahap meleleh2 air mata ialah Jujur Aku dayus  dan Wasiat. 


Ada satu masa saya bosan n saja download film2 melayu. 1st tengok Cinta Kura2 lepas tu 7 Petala Cinta. Dan saya pun rasa saya mula suka dengan lakonan Aeril Zafrel. Diulangi sekali lagi..sukakan lakonannya sahaja...hehehe...tapi jejaka ni stock hot n macho gak kan...kehkehkeh...



Motif :: walaupun Aeril ni artis baru tapi mutu lakonan dia agak bagus juga. dia dapat menjiwai watak2 yang berbeza dalam setiap film/drama lakonannya. dan dia beruntung sebab dapat melakonkan watak2 yang berbeza. Ini hero pertama yang saya minat bukan sebab lakonannya sebagai watak antagonis yang jahat gile...ahak~ >_<



Ok... hero terakhir ni baru je kenal n minat. ni gara2 watak Bazli yang dia pegang dalam drama hot Dejavu di Kinabalu


Nazim Othman ni taklah baru sangat kalau nak compare dengan Aeril Zafrel. entah kenapa nama dia lambat naik even pakej dia lengkap kowt... gorgeous lagi hot tu. bukan setakat berlakon, menyanyi n gubah lagu pun pandai. tak caya meh usha acc Youtube Nazim... hmm, tapi kan even dia ni hot gilers... tapi sy minat dia mungkin hanya kerana watak Bazli tu saja kot. Hakhakhak...




Hmm... seronok pulak buat kerja sia2 menulis entri tak de pekdah ni... ala, kalau takde pekdah pun korang baca juga sampai bawah... kuikuikui....



last but not lease... antara ramai2 hero di atas saya rasa Nishikido Ryo tetap hero paling best. Ini saya rasa lah. orang lain punya perasaan saya peduli hape. janji saya rasa Ryo-chan best. muahahaha~~~


P/s : Saya dah jumpa bad boy macam Ryo-chan. hope itulah kebahagiaan yang saya cari selama ini...

3 comments:

Yong said...

KASEH!!!gomenesai! lambat comment pasal ur novel. tp mmg dah ucap congrats kan?hehe congrats again! n really thanks letak nama yong dlm tu. terharu, terkejut,tergamam.thanks ya. br je abis baca. sorry ya lmbt baca, 4bln br ni mmg takde mood baca novel,lot of things happened. pastu mmg queue novel yg lom bc pun byk 50lebih kot or more. ur novel antara 3novel awal yang yong start bila mood baca datang smula. tp kan ending cm twist dr dlm blog, awat? rasa should be cam lagi panjang kan?scene kat kubur masa madam tu nak bunuh or kesayangan dew takde?hehe tp ok je, mmg lari dr yg expect.tp mmg mutiara kata cun pya baik la kat blkg skali tu.hehe yeah life is short so mmg kita patut enjoy. congrats kaseh berjaya mencapai impian menerbit novel tulisan kaseh.

Kaseh Esmiralda said...

terima kasih...
neway mmg ending die twist dari versi blog...saje tak mau bg tergantung...kira macam sape yg x puas hati dgn ending dlm blog akan rasa puas lah sbb ada ada 2 ending dari versi novel pula...

Alin Marlini said...

Saya suka hero Korea Park Shi hoo (Princess Man)