Kawan2 yg saya Sayang

Saturday, July 7, 2012

Cinta Platonik dalam ---> H.A.C.K.S

(Gambar sekadar hiasan & tiada kaitan dengan kisah entri...harap maklum. ^_^)


Serius nak tengok movie ni...tak tahulah kenapa
tapi macam ada tarikan magnet je.
agaknya sebab pelakon dia Aeril Zafrel kot...
ngehngehngeh~~ ni hero baru cik kaseh skang...
(✿◠‿◠)


sorang pun taknak teman saya tengok HACKS
semua gelakkan saya
selama ni mana layan kot cite cintan cintun kat pawagam, apatah lagi film cinta melayu
so, diorang anggap saya ni buang tabiat...hailoh~~ (╯︵╰,)
sehingga akhirnya housemate saya juga yang sudi nak temankan saya(walaupun pada mulanya dia juga tak rela nak tengok...kehkehkeh)

Komen sikit pasal HACKS

1) HACKS memaparkan kisah persahabatan & cinta muda mudi. 

2) ceritanya agak gila2 dan mencuit hati (memang gelak ajelah dalam panggung tu). 

3) cite dia taklah jiwang sangat tapi ada juga part dialog main tangkap jiwa dowh.

4) memaparkan realitinya apabila lelaki & wanita bersahabat...(confirm lepas tu mesti ter-jatuh cinta punya)

5) uniknya bila wujudnya istilah Cinta Platonik dalam film ni. Cinta Platonik ialah hubungan antara lelaki dan wanita yang akrab tanpa melibatkan perasaan hati(ikut kefahaman cik kasehlah)

6) antara perhubungan sejenis atau cinta platoniknya... siapa sebenarnya Mukhlis? Ayim atau Murni, siapa di hati Mukhlis sebenarnya.

7) Siapakah pilihan hati Murni sebenarnya... Mukhlis atau Ikhwal. Oh, pilihan itu membuatkan kita rasa serba salah dan dalam dilema. Part di atas memang sangat touching. sedih giler kot kalau berada di tempat Mukhlis.

8) "Lelaki menggunakan perkataan 'kawan' untuk memulakan percintaan tapi wanita menggunakan perkataan 'kawan' untuk memutuskan percintaan." <--- ini ayat Mukhlis. dan aku rasa ini realiti yang baru aku sedar.

9) ending sangat touching. tak mengharapkan endingnya begitu sebenarnya. kenapa ia perlu berakhir dengan kematian.cheis~!

10) overall... cite ni ada pro n kontranya. yang kurang syoknya dalam cite ni... pergaulan mereka sangat bebas antara lelaki dan wanita. itu saja kot..yang lain2... takde masalah


P/s : Psst...saje je letak gambar yang HOT ni... actually saya rasa saya makin suka tengok lakonan Aeril Zafrel dari semasa ke semasa. dia berjaya melakonkan pelbagai watak yang berbeza dengan berkesan...


P/ss : Noremy Ramli, heroin film ni dah berhijab. penampilannya sekarang macam langit dengan bumi kalau nak compare dengan lakonan dia dalam HACKS. alhamdulillah, semakin ramai artis berhijrah sekarang. ini satu perkembangan positif. semoga akan lebih ramai lagi yang membuat penghijrahan sebegini. maklumlah, artis kan umpama ikon yang menjadi ikutan masyarakat.

2 comments:

Hananorisa said...

Hana suka statment no 8..huhu...kalau lah Hana sedar erti kawan dr perspektif lelaki awal2x kan senang..haiz..

Anonymous said...

suka tgok cite ni.... bestt....