Kawan2 yg saya Sayang

Sunday, June 17, 2012

Sunan Musafir...Sebuah ekspresi terakhir



Entri ini bukanlah entri review novel. Cik Kaseh takkan buat review novel terbaru En. RAM ni sebab saya tahu ramai dah buat. 

Setelah beberapa siri Laksamana Sunan ini berlanjutan akhirnya ia menemui titik nokhtah. Waaa~~~ sedih rasanya bila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kat Laksamana Sunan ni.

Bermula dengan Bagaikan Puteri... waktu tu saya percaya ramai wanita mendambakan lelaki sejati seperti Laksamana Sunan atau nama asalnya Saifudin. itulah novel epik pertama yang saya baca dan sangat sukakannya.

Bila dapat tahu Bagaikan Puteri akan bersambung memang saya teruja untuk mendapatkan Cinta Sang Ratu.   Hasilnya Cinta Sang Ratu memang tak mengecewakan. memang sangat sukalah bila cerita ni berkembang dengan penyatuan hati antara Saifudin dan Ratna Sang Ratu. (Haryani kau boleh blah...hahaha~)

Trilogi Bagaikan Puteri akhirnya dilengkapkan dengan Hijab Sang Pencinta. Novel yang kononnya yang terakhir ni menyaksikan Laksamana Sunan yang tercampak ke masa kini. dan seperti biasa, kejahatan itu sentiasa mengejarnya. Dia hampir2 berkahwin dengan Haryani tapi mujurlah tak jadi...(hahaha~~kenapa aku macam anti dengan Haryani ni. Tapi memang aku lagi suka Saifudin dengan Ratna. walaupun kisah cinta mereka sangat banyak rintangan sehingga akhirnya watak Sang Ratu tu mati sebab nak selamatkan Laksamana Sunan). ending novel ni buat aku geram sebab watak hero mati pula...aish~kecewa jugalah sebab RAM wat ending gitu.

Tapi...tak jadi nak marah RAM sebab tetiba Cinta Sufi pula diterbitkan. Wah! suka suka suka...bersambung lagi rupanya kisah Laksaman Sunan ni. dengan watak2 heroin baru yang semakin mantap. tapi tetap tak dapat menandingi watak Ratna Sang Ratu Sulaman yang menjadi heroin Laksamana Sunan sampai mati. 

Terbitnya Sutera Bidadari menyaksikan pengembaraan Laksamana Sunan ke Negeri Atas Angin bersama geng2 pemburu kejahatan. dua Heroin tu pun ikut sekali. Maryam dan Luna. Tapi yang lagi best kemunculan watak Sang Dewi yang sentiasa menyeru Laksamana Sunan dalam mimpi. kemunculan Sang Dewi menyebabkan orang tertanya2 betul ke Sang Dewi tu Ratna Sang Ratu. tapi kan Ratna dah meninggal. Saifudin sendiri yang uruskan jenazahnya. hmm...ada tanda tanya di situ.

Akhirnya Sunan Musafir pun terbit bagi melengkapkan epik pengembaraan Laksamana Sunan ni. maka terjawablah tentang siapa Sang Dewi. berbeza dengan siri2 sebelum ini, Sunan Musafir lebih banyak menerapkan kisah cinta Laksamana Sunan. (maka, aku sendiri pun dah tak ingat berapa kali aku ulang baca siri terakhir ni.) wujudnya watak Andika, anak Saifudin... ahah~ anak saifudin dan siapa ye.xnak kasi spoil orang yang belum baca di sini... 

Apapun penutup cite ni memang TERBAEEKKK~~
boleh tak,, nak cadangkan kat En. RAM tolong sambung lagi epik pengembaraan ni. Watak Andika tu macam boleh dikembangkan lebih jauh lagi. 



P/s : Kalaulah dapat tengok cite ni dalam versi visual mesti best. Saya dah terbayang Adiputra pegang watak Laksamana Sunan bertarung menentang musuh. Heroin pula saya tak dapat nak bayangkan sangat. sebab anggap diri sendiri je heroin Laksamana Sunan tu.. WAHAHAHA~~~hampeh betul. berangan terlebey~~

P/ss : Dalam banyak2 novel bersiri hanya ini saja yang saya tak sabar menunggu kemunculan setiap sirinya. 

7 comments:

izan supian said...

saya masih blm dapatkan koleksi yg terakhir ni.nanti memang akan saya cari untuk lengkapkan koleksi terakhir tu.memang betul,RAM berjaya menulis cerita ini dengan jayanya berbeza dengan cite yang pernah saya baca dari penulis malaysia.bangga sunguh bila baca buku dia.tinggi imaginasi.sapa kata tak boleh....MALAYSIA BOLEH!!!

CaHaYa PeRMaTa BeRaNgKai said...

assalamualaikum
saya baru habis baca cerita sunan musafir
sungguh indah garapannya
terasa nak bercakap mcm org dulu pun ade
indah..santun..kata2nya
hehehe
patutla awak tak suka Haryani
bila saya baca part yang last tu pun saya rasa macam geram
nampak takleh nak terima kenyataan
+ degil + keras kepala..hehehe
terlalu diasuk kemarahan...^^

Kaseh Esmiralda said...

@Izan supian; memang susah nak jumpa karya begini.rata2 novel sekarang ni banyak mengutamakan cinta dunia semata.

@cahaya permata; ya, itu punca saya rasa haryani x layak utk L.sunan. berbeza dgn Ratna,biarpun pada mulanya ratna jahat tapi sikapnya berubah setelah memeluk islam dan menyintai sunan.

jk said...

Kita ada persamaan lah,sama-sama anti ngan haryani.betul ke sunan ada anak.geram ning,sunan musafir x jumpa kat terengganu.aik ,x SPM Mana tahu ning,duk teringat kat suan ning..

Kaseh Esmiralda said...

@jk ; ye..Andika tu anak sunan.

nur syazmira zamri said...

Haha best citer nehh ~
*cma xleh trma jer adyputra jd LS
hehee

Nor Razian said...

hehehe..tau xpe~~
kan ada sambungan lagi...
n now still akan ada lagi sambungan..
oh my~cant wait to read it?~~