Kawan2 yg saya Sayang

Friday, February 27, 2009

Novel@sms

Huuhh~ panjang aku mengeluh...
tak taulah ini dikira luahan perasaan atau apa tapi macam dah bosan nak fikir pasal kerenah syarikat penerbitan yang macam main tarik tali dengan saya. ni memang kes ana sudah terkuciwa tau... kecewa tahap malas nak terbitkan novel kat publisher tu lagi. apasal ek manusia ni suka bermuka-muka. depan kita penyelah baik macam malaikat tapi kat belakang, apa yang mereka buat pada kita pun tak dapat nak bayangkan.
masalahnya bukan nak cari publisher untuk terbitkan novel saya (dah memang terbit pun) tapi masalahnya sekarang bila aku nak dapat royalti untuk novel aku yang dah nak setahun kat pasaran tu~! marahlah ni... apa tak marahnya, dah lah lambat bayar payment, pastu terima pula aduan ramai orang yang susah sangat nak nampak Velvet Esprada kat book store... ape cer ni? aku pun tak tahu, dah banyak kali jariku memicit tubuh telefon untuk menghubungi mereka. namun jawapan kecewa yang aku terima... tak de jawapan...

and now untuk mengubat hatiku semula saya menulis banyak-banyak dan bagi semua orang baca. tak nak fikir lagi pasal nak publishkan buku. sebab tujuan utama saya menulis selama ini adalah mahu menghiburkan semua orang... dan menghiburkan diri sendiri juga.

Oh no~ Kaseh dah melencong panjang sangat daripada tajuk asal... actually saya nak perkenalkan sesuatu yang baru... iaitu novel@sms. masih belum popular lagi di negara kita ni. menonton filem Koizora membuatkan saya tertarik mahu mengetahui tentang novel@sms ni. yelah, filem itu sendiri adalah adaptasi daripada novel sms juga.
buat masa ini saya nak tahu pendapat kalian semua. apa pandangan korang mengenai sistem baru ni? dan kepada sesiapa yang pernah melanggan novel melalui sms tu, silalah kongsi info pada Kaseh ya. nak tahu juga apa keistimewaannya dan bagaimana kaedah penulisannya berkesan kepada pembaca sebab setahu Kaseh, untuk satu sms cuma boleh tulis 120 karektor saja. tentu ini mencabar bagi seseorang penulis tersebut nak menyampaikan plot cerita kan...

No comments: