Kawan2 yg saya Sayang

Wednesday, June 9, 2010

Angel In The Devil Suit 1 ::Bab 8::




BAB 8
PAGI yang ceria. Camie tersenyum lebar memandang pantulan imejnya di dalam cermin. Hari ini adalah hari pertama dia memakai pakaian seragam kolej selepas dua minggu di kolej Reveria Hook. Camie sangat gembira. Apa tidaknya, sebelum ini di kolej lamanya tiada peraturan yang mewajibkan pelajar berpakaian seragam. Jadi itulah sebabnya dia sangat teruja untuk mengenakan seragam.
Sudah bosan asyik berpakaian kasual. Mereka semua kata penampilan aku pelik. Pelik ke? Mana ada. Masa di kolej lama tak ada pun yang kata aku ni pelik. Err… ada sebenarnya tapi… ala, diorang tu jealous (saja nak sedapkan hati sendiri). Jeremy tak pernah pun kata aku pelik. Malah dia yang sentiasa beri semangat supaya yakin dengan apa yang aku buat. Jadi, buat apa aku nak peduli dengan apa yang semua orang anggap. Yang penting aku selesa dengan apa yang aku buat. Itu yang terpenting.
Camie senyum lagi memandang dirinya di dalam seragam tersebut. Kemeja biru mengikut bentuk tubuh dengan lengannya di paras bawah siku. Tali leher berwarna biru tua berjalur warna yang lebih muda. Skirt paras lutut berwarna sedondon dengan tali leher dan stoking putih panjang diparas tengah betis. Dia berpusing-pusing di hadapan cermin sambil menggayakan seragam barunya.
“Camie~!”
Sikit lagi nak terbabas melanggar kaki cermin tatkala terdengar pekikan Makcik Paula. Melihat Makcik Paula yang tiba-tiba berdiri di muka pintu biliknya menyebabkan Camie segera membetulkan berdirinya.
“Ya, makcik Paula,” dia menjawab panggilan makciknya biarpun sudah agak terlewat.
“Kenapa lambat sangat menyahut?”
“Err…” ala, itupun nak marah ke? Kecohlah Makcik Paula ni… Camie merungut diam-diam.
“Mama call. Nak cakap dengan kamu.”
Mendengar perkataan ‘mama’ dari mulut Paula menyebabkan Camie tersenyum lebar. Segera dia keluar dari bilik untuk menjawab panggilan mamanya.
Boeno…”
Ohaiyo, Camie,” kata-kata Camie dipintas oleh satu suara garau seorang lelaki.
Err… Papa? Makcik tipu… tadi kata mama yang call
Ohaiyo gozaimasu (selamat pagi), papa.” Camie tarik muka. Sedikit kecewa.
Ogenki desuka(apa khabar)?”
Sejak bila pula papa baik sangat nak tanya khabar aku ni? Hari tu bukan main lagi mengamuk. Macam nak terbalik dunia ni bila tengok result exam aku jatuh teruk. Tegur aku pun nak tak nak masa hantar aku ke sini. Menyampah…
Genki desu(baik)…” jawab Camie hendak tidak hendak.
Paula Martinez memerhati dari meja makan. Cuba mencuri-curi dengar perbualan antara Miyazaki Mashiro, ayah Camie dengan anak saudaranya itu tapi malangnya dia tidak dapat memahami patah bicara yang Camie bualkan kerana mereka dua beranak berbual dalam bahasa yang tidak difahaminya. Huh~ sengaja tak nak bagi aku faham. Bukankah sepatutnya Juliana yang berada dalam talian semasa aku menjawab panggilan tadi? Tentu Mashiro ada di sebelahnya…
“Hmm… boleh Camie cakap dengan mama?”
Mashiro mengerling Juliana Martinez, isterinya di sisi. Wajah isterinya itu mencorak segaris senyuman. “Bagilah saya bercakap dengan Camie juga,” … mungkin itulah yang cuba Juliana maksudkan dalam renungannya terhadap Mashiro.
“Dengan satu syarat…”
Huh~ itupun nak kena bersyarat ke? Camie buat muka di gagang telefon.
“Apa?”
Call meotosan’.”
He? Apa papa ni… bosan betullah. Tak sudah-sudah. Apa bezanya ‘otosan’ dengan ‘papa’. Sama saja maknanya. Itupun nak berkira.
“Papa…” Camie enggan menurut permintaan ayahnya.
“Camie,” panggil Mashiro dengan keras.
Hai(ya)… otosan. Can I talk with mom, now?”
Mashiro tersenyum di hujung talian. Puas. Selepas itu gagang telefon diserahkan kepada Juliana dan dua beranak itu mula berbual melepaskan rindu. Di akhir perbualan Juliana sempat berpesan kepada anak perempuannya.
Next week Camie ada ujian, kan. Mama dan papa nak tengok keputusan Camie meningkat naik. Kalau result Camie masih banyak merah dan tak melepasi 800 mata keseluruhan, jangan nak mimpi papa dan mama datang jemput kamu pulang.”
La-lapan ratus mata! Mama gila ke? Tak mungkin aku boleh dapatkan markah setinggi itu. Mama dan papa sangat keras kali ini.
“Lupakan dia, sayang. Jangan pandang ke belakang lagi. Dia adalah masa lalu kamu. Cerita antara kamu dengan dia dah tamat. Sekarang masa untuk buka buku baru.”
“Camie, faham. Camie akan ikut nasihat mama dan papa.” Camie mengetap bibir. Menahan perasaan yang sedang menghampap jiwa. Kalaulah mama dan papa tahu siapa yang aku jumpa di sini, tentu mereka tidak percaya…
Sebaik tamat perbualan, Camie pergi ke meja makan untuk bersarapan dengan Paula. Baru saja Camie hendak menyapu jem di rotinya, Makcik Paula sudah bangkit dari kerusinya.
“Dah lambat, Camie. Mari kita pergi.”
“Ha? Tapi Camie belum makan lagi.”
“Dah lewat. Makcik tiada masa nak tunggu orang yang tak pandai menguruskan masa. Kamu lambat, makcik tinggal,” kata Paula sambil langkahnya pantas menuju ke pintu rumah.
Camie tarik muka bengang. Tak bertimbang rasa betul. Bagilah masa sikit. Bukannya aku sengaja nak lambat. Kan tadi mama dan papa call
Hurry up, Camie!” jerit Paula dari muka pintu.
Ish, orang tua ni dah mula nak memekak lagi. Sabar sikit tak boleh ke.
“Huh~ makcik andartu yang sangat bising.” Camie merengus perlahan. Sempat dia mencapai apa saja makanan di atas meja sebelum pergi mendapatkan makciknya yang sudah terpacak di sebelah keretanya di luar rumah.
Selepas mengunci pintu rumah, Camie segera masuk ke dalam kereta. Kereta Paula mula bergerak namun tiba-tiba berhenti mengejut apabila Camie menjerit cemas.
“Apa hal lagi ni?” Paula separuh marah.
“Kejap, makcik… my bag… t-tertinggal…” kata Camie takut-takut.
“Ergh~! Budak ni kan…” Paula rasa macam nak naik angin semula melihat kecuaian anak saudaranya itu. Nasib malang betul apabila terpaksa menjadi penjaga anak kakaknya itu. Setiap hari dia perlu menegur bermacam-macam perkara dengan gadis tersebut. Umur dah nak masuk 18 tapi masih tak pandai nak berdikari. Ada saja perkara yang tidak betul dimatanya. Tak tahulah samada dia yang terlampau cerewet ataupun Camie yang sering cuai dan lalai.

Angel In The Devil Suit 1 ::Bab 7::




BAB 7
KETIKA Jeremy kembali ke kelas, semua buku-buku notanya sudah Camie letakkan di atas meja. Camie segera cabut keluar dari kelas selepas itu. Jeremy yang melihat Camie seperti cuba melarikan diri daripadanya cuma tersenyum sinis. Kau nak lari ke mana? Setiap saat dan waktu kau dalam genggaman aku. Nak lari, larilah. Sekejap lagi kau terpaksa masuk ke kelas semula dan berhadapan dengan aku juga.
Jeremy terus melangkah ke mejanya di penjuru belakang sekali. Sebaik tiba di tempatnya dia segera menyemak nota yang diarahkannya kepada Camie untuk disiapkan. Tiba-tiba segaris kerutan menghiasi wajahnya. Tidak puas hati.
Oo… patutlah kau larikan diri daripada aku tadi. Rupaya sebab nota ni tak lengkap ya. Siap kau Si Hodoh… sekejap lagi Jeremy The Taiko nak beri pengajaran pada kau!




**********
JEREMY tak guna! Huhuhu… aku kena buat semula semua nota dia. Why… why me? Rasa macam nak menangis siapkan nota Ekonomi yang banyak ni. Dah lah subjek paling aku tak suka. Sakit jiwa betul.
Camie mengerling Jeremy yang sedang duduk di atas meja di tengah kelas sambil berkipas. Rambutnya yang panjang mencecah telinga itu dimain-main dengan hujung jemarinya. Kemudian daripada sentuhan, tangan Jeremy mula meraba seluruh kepalanya… dan akhirnya rambut itu kusut dan berserabut. Hai, Jeremy, Jeremy… macam budak-budaklah buat macam tu.
“Apa pandang-pandang… siapkan nota tu cepat!”
Camie tersentak lantas segera kembali menulis. Tak pasal-pasal kena tengking lagi.
Selepas 10 minit Camie mengangkat perlahan-lahan kepalanya. Kembali menjejaki kelibat Jeremy. Lelaki itu kini berdiri di hadapan kelas. Menconteng sesuatu di papan putih. Camie tidak pasti apa yang sedang dilukis oleh Jeremy tetapi ia nampak seperti Jeremy cuba melukis sebuah graffiti. Dengan tangan kiri. Oo… rupanya dia kidal. Hehe… tapi Jeremy aku tak kidal.
Jeremy yang sedang khusyuk melukis di papan putih terasa satu aura yang sedang memerhatikannya ketika ini.
Apa yang perempuan hodoh ni sedang buat? Dia sedang memerhatikan aku lagi? Ini tak boleh jadi. Mana boleh biarkan dia terus suka pada aku. Eh, tak cukup garang ke layanan aku pada dia selama ni? Argh… kena buat sesuatu!
Tap!
“Ouch!” Camie meraba dahi yang baru saja menjadi mangsa kekejaman Jeremy. Sebatang maker yang di smash oleh Jeremy tepat mengena dahinya. Sakit… pedih giler!
“Dah siap ke belum?” Jeremy menjerkah sambil melempar cerlingan garang terhadap Camie.
Grr… Jeremy ni manusia ke syaitan? Seram Camie melihat air muka Jeremy waktu ini.
“D-dah… err, tak… lagi sikit nak siap.” Pantas jari Camie menari di dada buku nota.
“Menyusahkan betul,” rengus Jeremy perlahan. Dia segera mencapai beg sandang yang tersadai di atas meja lalu beredar keluar dari kelas tersebut meninggalkan Camie. Sudah tidak kuasa hendak terus menunggu lebih lama di situ.
Pelik… perempuan ini bukan saja berpenampilan pelik tapi perangai dia pun pelik. Takkanlah aku dah buli dia teruk-teruk setiap hari pun dia masih boleh terjatuh cinta pada aku? Ish… pelik ni. Takkan pula dia suka dengan perangai ‘baik’ aku ni? Hmm… nampaknya aku perlu lakukan sesuatu untuk selesaikan si perempuan hodoh ni. Apa yang patut aku buat? Mengelak daripada dia… no way! Itu macam nak menjatuhkan maruah The Taiko. Pengecut namanya tu. Jadi apa kata kalau aku tingkatkan usaha untuk siksa dia dengan lebih teruk lagi. Mesti lepas tu dia tak berani cuba menaruh perasaan pada aku lagi. Warghaha… (gelak super jahat) ini yang terbaik. Aku akan pastikan dia tinggalkan kolej lepas ni.

Selepas kelibat Jeremy hilang Camie melepaskan semula pennya. Dia mendongak melihat lukisan graffiti yang dilukis Jeremy di papan putih. Apa yang dia lukis? D…err, B lah…E… E ke? Apsal terbalik? Hmm, seni lah kononnya kot. W…hihihi… W dengan ekor devil. Sangat sesuai untuk dia…B-E-W…Bew? eh, pelik pula bunyinya. D-E-W paling tepat. Tapi graffitinya belum siap. Ada perkataan yang belum lengkap di hujung perkataan DEW. Mungkin dia nak tulis ‘King’. Agaknyalah…
Segaris senyuman terkoyak di bibir gadis itu. Walaupun Jeremy bukan lelaki yang baik tapi aku berharap dia akan berubah jadi baik. Sedikit sajapun jadilah. Sekurang-kurangnya dapat bergaul baik dengannya. Mungkin agak mustahil the devil nak berubah menjadi the angel tapi agak menarik kalau dapat berkenalan dengan Jeremy versi jahat… plus The Taiko gangster, plus pembuli, plus Superdevil… argh, semuanyalah!

Angel In The Devil Suit 1 ::Bab 6::




BAB6
HARI-hari yang berikutnya…
Kelas berjalan seperti biasa. Camie agak tenang dan seronok kerana dalam beberapa hari ini Jeremy tidak lagi membulinya. Barangkali Jeremy takut dan masih dibayangi peristiwa kelmarin. Hahaha… kalaulah boleh aku nak ketawa kuat-kuat sekarang. Sesekali Camie menjeling ke sebelah, memandang Jeremy yang masih dengan gaya Superman nya, lena ketika guru hampir nak kering tekak berceramah di hadapan kelas.
Tapi kalau difikir-fikirkan semula, aku tak boleh terlalu gembira. Jeremy bukannya tak berani nak buli aku tapi mungkin dia tak berkesempatan nak mengenakan aku. Kelmarin dia tak datang kelas. Aku tidak tahu kenapa. Siapa yang berani nak tanya The Taiko tu… Semalam pula masa kami banyak terbuang di luar kelas sebab ada aktiviti luar, ceramah tentang kesedaran penyalahgunaan dadah… cuma hari ini masa kami banyak terluang di dalam kelas. Tapi Jeremy pula lebih banyak menghabiskan masa dengan tidur sepanjang hari.
Peliklah Jeremy ni. Selalu kata aku perempuan pelik tapi dia pun pelik juga sebab boleh tidur dalam kelas Cikgu Maka yang bersuara lantang dan kuat ni. Cikgu Maka, tak boleh ke cikgu sergah Jeremy daripada terus tidur! Huh~ cikgu-cikgu kat sekolah ni pun bermasalah juga. Anak murid tidur dalam kelas pun diorang buat daak je
“Woi, budak pelik.”
Suara yang memanggil itu sedikit mengejutkan Camie. Alamak… baru je nak rasa tenang, tiba-tiba dia dah bangun pula. Apa pula kali ni? Janganlah buat aku kecut lagi…
“Kau ambik buku ni…”
Jeremy yang masih menggenyeh-genyeh mata selepas bangun tidur itu menyuakan buku tulisnya kepada Camie. Camie yang tidak tahu apa-apa menurut saja mengambil buku tersebut. Jeremy menjeling sekejap guru yang sedang mengajar di hadapan sebelum kembali mengerling Camie.
“Kau salin semua nota yang cikgu bagi untuk aku… oh ya, termasuk apa yang cikgu cakap juga. Isi penting saja. Jangan kau lurus bendul sangat nak salin semuanya bulat-bulat,” arah Jeremy. Suaranya dikawal perlahan tapi tegas, seolah mengugut.
“Ha?” apasal aku pula yang kena? “tapi…”
“Apa tapi-tapi, kau tak puas hati?” ujar Jeremy keras.
Camie tertunduk diam. Akur sekali lagi dengan arahan Jeremy.
 Si Taiko itu bangun dari tempat duduknya. Kerusinya yang ditolak dengan kasar sehingga jatuh terlentang ke belakang. Semua yang berada dalam kelas tertumpu kepadanya termasuk Cikgu Maka, turut berhenti memberi penerangan tentang subjek Ekonominya.
Jeremy buat tidak faham dengan perhatian semua orang yang tertumpu kepadanya kini. Dia mencapai beg sandangnya dan mula mengatur langkah untuk meninggalkan kelas.
“Jeremy!” panggil cikgu Maka sebaik Jeremy sampai di muka pintu.
Tstt… Jeremy berdecit. Tidak senang dipanggil oleh guru tersebut. Namun dia tetap berpaling kepada gurunya.
“Kemana kamu nak pergi? Duduk semula di tempat kamu.” Cikgu Maka memberi arahan dengan berani walaupun jelas yang riak wajahnya nampak takut-takut.
“Tak nak,” jawab Jeremy selamba.
“Jeremy… duduk!” arahnya sekali lagi.
“Jangan anggap saya macam budak kecil… cikgu yang membosankan.”
Cikgu yang membosankan? Herk… aku baru saja dikritik oleh pelajarku. Teruknya perasaan aku sekarang.
Cikgu Maka tergamam. Kelibat Jeremy menghilang dari pandangannya selepas itu. Disebabkan inilah aku tak mahu menegurnya. Sampai hati budak tu kata aku ni membosankan. Melampau betul!
Camie terus memandang kelibat Jeremy yang sudah hilang. Dalam hati terdetik untuk mengetahui siapa Jeremy yang sebenarnya sehingga guru-guru juga tidak berani menentangnya. Si pembuli merangkap gangster kolej macam Jeremy sepatutnya sudah lama dikenakan tindakan disiplin tapi kenapa semua orang seperti tidak berani menentangnya?
Aku tak pernah nampak dia belajar dengan serius. Belajar dengan serius? Lebih sesuai aku katakan yang dia tidak pernah belajar semasa di kelas… jadi untuk apa dia masuk ke kelas kalau dia tak nak belajar?

Angel In The Devil Suit 1 ::Bab 5::




Bab5
JEREMY melangkah ke pintu. Pintu stor itu ditutup semula dengan rapat. Suasana bertambah suram. Jeremy memetik suis dan sekejap kemudian cahaya kuning menerangi bilik tersebut. Pemuda itu melompat duduk di atas meja dekat dengan pintu.
Leah dan dua orang lagi konconya tadi menghampiri Jeremy seolah mahu menerima satu tugas daripada The Taiko.
“Leah, kau tolong aku uruskan budak perempuan ni.”
“Hahaha~!” Tiga gadis tadi ketawa serentak.
Jeremy menarik kerut di wajah. What the hell… mangkuk tiga ekor ni gelak pula? Ingat aku buat lawak apa…
“Are you serious, Dew?” tanya Dya sambil menekup mukanya dengan kolar sweater-nya kerana menahan tawa yang masih bersisa.
“Jeremy The Taiko minta tolong daripada Leah The Queen of Pirate… Kya~!” Mandy gelak sakan di belakang Leah dan Dya.
SMACK!
Adoi! Sekali aku kena Dead Chop dengan Leah daa~. Mandy terdiam serta-merta setelah tangan kanan Leah melancarkan Dead Chop ke leher Mandy.
“Kan aku dah cakap jangan gelar aku Queen of Pirate lagi. Nama tu tak comel!” Mata Leah menikam mata Mandy yang kebetulan menjeling kepadanya setelah terkena Dead Chopnya tadi.
Leah The Dead Chop Forever…” Gumam Dya perlahan sambil menggeleng kepala memerhatikan tindakan Leah terhadap Mandy.
“Aku tak boleh buat…” Semua kembali memberi perhatian kepada Jeremy semula. “Dia perempuan. So korang lebih sesuai. Kalau aku yang buat tak pasal-pasal budak ni tak hidup lagi lepas ni,” kata Jeremy dalam riak selamba.
Camie semakin berdebar-debar. Dalam hati sedang meneka-neka apa yang bakal mereka lakukan terhadap dirinya.
“Dew…” Leah mengambil tempat di sebelah Jeremy. Matanya melirik kepada lelaki tersebut.
Jeremy membalas renungan Leah dengan pandangan yang dingin. Tidak tertarik langsung dengan renungan seksi gadis itu.
“Aku ingat kau ni berani sangat… rupanya dalam hal macam ni pun kau nak minta tolong daripada kami,” kata-kata itu sengaja mahu menyindir Jeremy.
 “Tak seronok bermain dengan budak perempuan. Hari ini aku nak jadi penonton sahaja,” ujar Jeremy sebelum menolak Leah turun dari meja. Nampaknya Jeremy langsung tidak kisah dengan sindiran Leah.

Dya dan Mandy pergi menghampiri Camie yang menyorok di penjuru bilik. Tidak dapat keluar melarikan diri, jadi terpaksa mencari mana-mana tempat yang selamat sebagai tempat perlindungan sementara… tapi nampaknya tiada satu tempat yang logik dipanggil selamat pun di situ.
Dya menarik lengan Camie dengan kasar. Didudukkan gadis malang itu di tengah-tengah bilik. Mandy menarik wajah Camie dan dihadapkan ke arahnya. Di belek-belek wajah yang sedang ketakutan itu.
“Wei, kau ni budak baru ya?”
Pap!
Mandy memukul kepala Dya. “Soalan tu tak penting,” katanya sebelum dia yang bertanya kepada Camie. “Kau ni berani sangat atau bodoh sebenarnya? Dengan Jeremy, kau tak patut buat dia marah. Lain kali kena lah berbaik-baik dengan The Taiko kalau nak hidup lama dalam kolej ni…”
Pap!
Giliran Mandy pula di tampar kepalanya oleh Dya. “Kau nak sound dia atau nak beri nasihat? Nak kena Dead Chop dengan Leah lagi ke?” tegur Dya.
“Woi! Korang berdua buat apa, hah! Siapa beri arahan untuk sentuh budak tu?” Suara lantang Leah memecah suasana di dalam bilik tersebut. “Grr… gelojoh. Tak sabar-sabar. Belum dapat arahan dah mula bertindak.”
Dengan segera Dya dan Mandy melepaskan Camie. Leah berjalan ke tengah bilik. Dya dan Mandy memberi laluan kepada Leah yang mahu mendapatkan Camie. Camie menundukkan kepala. Tidak berani bertentang mata dengan mereka semua terutama Leah. Nampak saja cantik rupawan tapi perangai sama spesies dengan Jeremy… pembuli! Jere… err, boleh tak kalau aku panggil ‘Dew’ macam mereka semua? Ahh~ bukan ini masanya untuk fikirkan perkara tu. Dan kenapa perangai perempuan ni tak selaras dengan kecantikan dia… huh~… Camie mengeluh perlahan.
Leah menarik pangkal baju Camie untuk membangunkannya secara paksa. Tubuh Camie ditolak kasar ke dinding. Wajah gadis itu dicengkam kemas dan dihadapkan ke arahnya.
“Hei… aku dengar kau dah buat Dew bengang tempohari.”
“Err…”
“Disebabkan kau budak baru, aku akan maafkan kesalahan kau pada The Taiko… tapi kau tetap akan terima hukuman daripada kami.”
Erk… alamak! Aku macam dah masuk sarang ular sawa dalam kandang harimau pula. Jeremy, tolong selamatkan aku… Camie mendongak ke langit. Seolah-olah mencari roh sang kekasihnya. Kan bagus kalau Jeremy masih ada di sisi aku seperti dulu.
Kepala yang mendongak tadi jatuh dan terpanah kepada seorang lagi Jeremy yang sedang duduk bersenang-senang di atas meja di satu sudut. Shit… he is not my Jeremy! kenapa takdir aku dipertemukan dengan lelaki macam dia. Teruk betul!
Jeremy hanya memerhatikan Camie yang sedang dibuli tiga orang gadis tadi tanpa ada sedikit perasaan untuk menyelamatkan gadis itu. Heh, mana mungkin Jeremy akan selamatkan Camie kalau dia sendiri yang mengarahkan Leah melakukan tindakan tersebut. Lelaki itu menonton tanpa perasaan sambil menghisap lollipop yang di ‘rompak’ dari beg sandang Leah di atas meja tempat duduknya.
Camie memandang dengan sakit hati. Jeremy mengangkat sebelah kakinya ke atas meja. Tangan kanannya memegang rambut yang terjuntai di dahi. Kemudian mengocak-ngocak rambutnya yang sudah semakin panjang. Rambutnya jadi kusut. Jeremy sangat selekeh dengan keadaan rambutnya yang berserabut dan kemeja yang tidak dikemaskan ke dalam seluar dan dibiarkan tidak berbutang.
Dia terus menyaksikan Leah dan Mandy yang sedang mengerjakan Camie. Sementara Dya pula sedang menyelongkar beg Camie. Semua buku-buku dan segala isi beg berselerak di atas lantai. Dya menyelak salah satu buku-buku Camie. Dia ketawa. Jeremy tak tahu apa yang menggelikan hati Dya dan dia memang tidak mahu ambil tahu.
Mandy yang tertarik mendengar tawa temannya segera menghampiri Dya untuk ambil tahu apa yang sedang dibelek oleh temannya itu. Leah tak ambil port. Dia membiarkan saja teman-temannya menyelongkar barang-barang Camie.
“Whoa~~!!”
Tiba-tiba jeritan Mandy dan Dya menarik perhatian yang lain. Jeremy turun dari meja dan menjenguk mereka dari tempat statiknya. Leah yang sedang memeluk tengkuk Camie turut melontar pandangan kepada Mandy dan Dya.
“J-jere…Jeremy… Dew!” kata Mandy tergagap-gagap sambil matanya tepat memandang Jeremy. Tangannya menuding pada dompet Camie. Sama juga dengan Dya yang sedang tergamam pada waktu ini.
Jeremy garu kepala. Tidak faham dengan maksud yang cuba disampaikan oleh Mandy. Namun dia masih belum tertarik untuk pergi mendapatkan kepastian daripada mereka berdua.
Camie yang sedar dompetnya turut diselongkar segera menolak rangkulan Leah untuk pergi menyelamatkan harta bendanya. Bukan duit yang dia risaukan tetapi gambar yang lebih bernilai daripada segala-galanya yang terselit di dalam dompet tersebut.
“Bagi barang aku!” Camie cuba merampas dompetnya.
Namun Dya lebih pantas menyelamatkan dompet tersebut daripada tangan Camie. Dia tidak akan menyerahkan barang Camie selagi dia tidak mendapatkan penjelasan tentang gambar yang baru dilihatnya bersama Mandy. Dia mahu penjelasan daripada Jeremy dan Camie sendiri.
“Tak semudah itu.”
Leah menarik belakang baju Camie. Camie jatuh melanggar dinding di belakang Leah. Leah segera mendapatkan teman-temannya untuk melihat apa yang menarik perhatian mereka tadi.
“Hah!” Leah turut terperanjat setelah melihat foto tersebut. Dia membawa foto tersebut pergi mendapatkan Jeremy.
Jeremy yang menyilang tangan ke hadapan tubuh sambil menghisap lollipop itu memandang Leah yang sedang menghampirinya. Apa kes ni?
“Dew, apa makna gambar ni? Sejak bila kau berkenalan rapat dengan perempuan hodoh ni?” Leah nampak marah. Matanya menjegil mencerling Jeremy.
Namun begitu Jeremy cukup tenang tanpa sebarang reaksi. Baginya selagi belum tahu hujung pangkal cerita lebih baik jangan cepat melatah. Tapi yang peliknya kenapa Leah nampak marah semacam ni?
Foto di tangan Leah diambil dan dilihatnya. Jeremy kaku lama merenung foto tersebut. Dahinya berkerut hebat. Kening bagai hendak bercantum di tengah dahi akibat menahan perasaan marah... eh, bukan… sebenarnya pelik… dan cuak juga. Apa tak cuaknya bila tengok diri sendiri bersama perempuan yang tidak pernah dikenali sebelum ini (walaupun cuma di dalam gambar).
Apa yang sedang aku lihat sekarang? Kenapa ada gambar macam ni dalam simpanan perempuan pelik ni? Bila pula aku ambil gambar dengan dia? Siap berpeluk manja pula tu. Gila betul… aku sedang bermimpi atau apa ni. Err, ataupun ini sebenarnya foto yang di-edit. Perempuan hodoh ni yang cantum gambar aku dengan dia… tapi sejak bila pula dia ada gambar aku. Kenal aku pun tidak sebelum ni… hah! Entah-entah dia peminat rahsia aku. Oh… tidak~ tak mau, tak mau~! Lebih baik aku ambil Leah jadi awek aku daripada couple dengan perempuan hodoh ni.
Jeremy segera menyampak foto tersebut ke lantai. Dia melangkah mendapatkan Mandy dan Dya. Dua orang gadis itu ditarik bangun. Kemudian bersama-sama Leah ditolak mereka semua keluar dari bilik stor sukan. Tiga orang gadis itu terpinga-pinga.
“Woi, tunggu sekejap!” Leah menepis tangan Jeremy yang sedang menolaknya. Dia memusing badan dan menghadap Jeremy. “Kau belum jelaskan hubungan sebenar kau dengan perempuan tu. Cepat bagi tau siapa dia?” jelas riak wajah Leah menggambarkan ketidak puasan hatinya terhadap Jeremy.
“Jangan banyak cakaplah. Jom blah!” kata Jeremy seraya menolak semula Leah dan yang lain-lain keluar dari situ meninggalkan Camie.
“Eh, tapi kita kan tengah…”
“Diamlah, Mandy!” tengking Jeremy.
Mandy memuncung… apasal marah aku pula. Dew ni peliklah. Tiba-tiba saja nak kami berambus pula. Bukan ke tadi dia yang suruh ajar Si Hodoh Camie tu…
Camie diam melihat mereka semua yang diarah keluar secara paksa oleh Jeremy. Sebaik mereka semua hilang dari pandangannya Camie segera mengutip barang-barangnya yang bertaburan di atas lantai. Buku-buku dan peralatan belajarnya dikumpulkan dan dimasukkan semula ke dalam beg dan kemudian matanya terpandang fotonya yang dicampak Jeremy berdekatan dengan kaki meja. Camie merangkak pantas pergi mendapatkannya.
Camie menangis merenung insan yang dicintai di dalam foto tersebut. “Terima kasih, Jeremy… awak selamatkan saya hari ni. Walaupun awak tiada di sisi saya lagi tapi saya percaya yang awak tetap akan melindungi saya sepanjang masa. Awak tak mungkir janji awak kan.
“Oh ya… kenapa air muka Jeremy berubah lepas tengok gambar ni? Hurm… agaknya dia terkejut tengok cinta hati aku yang seiras dengan dia kot. Padan muka kau. Lepas ni dia mesti tak berani nak buli aku lagi.” Dalam tangisan yang masih berlagu itu Camie tersenyum puas. Terima kasih kepada Jeremy yang telah menakutkan Jeremy The Taiko.

Angel In The Devil Suit 1 ::Bab 4::




Bab4
JEREMY menolak tubuh Camie masuk ke dalam stor sukan. Camie jatuh tersungkur di longgokan bola yang sudah pancit. Suasana dalam stor sukan itu suram. Hanya berbekalkan cahaya dari jejaring di bahagian atas dinding stor sahaja. Camie bangkit bangun perlahan-lahan.
Wajah dingin di hadapannya direnung takut-takut. Jeremy menarik baju kemejanya keluar dari seluar. Satu persatu butang baju di tanggalkan. Camie memandang dengan biji mata terbuntang. Cuak. Apa Jeremy nak lakukan terhadap aku? Mati aku hari ini…
Jeremy berjalan mendekati Camie. Dan Camie terundur-undur ke belakang. Matanya melilau mencari ruang untuk melarikan diri. Dadanya berdebar-debar. Memikirkan sesuatu yang dasyat bakal dilakukan oleh Jeremy The Taiko.
Jeremy tersenyum sinis memandang wajah yang sedang ketakutan di hadapannya itu. Dia bercekak pinggang sambil terus merenung Camie.
“Jeremy, jangan buat aku macam ni…” Camie tidak berani memandang tubuh Jeremy biarpun pemuda itu memakai singlet di dalam kemejanya. Baginya Jeremy sangat menyeramkan pada ketika ini.
“Hahaha~!” Kedengaran gelak semangat kejahatan Jeremy memenuhi ruang stor yang ala-ala samar dan menakutkan itu.
Klak…
Pintu dibuka dari luar. Harapan Camie untuk melepaskan diri muncul semula. Yes, superhero dah datang untuk selamatkan aku. Wajahnya membentuk senyuman kelegaan kerana akan ada orang yang datang untuk menyalamatkan dirinya daripada syaitan bertanduk sembilan di hadapannya ini.
“Dew…” Seorang gadis berambut panjang berombak berdiri di muka pintu bersama dua orang lagi temannya. Seorang berambut pendek berpotongan bob dan seorang lagi memakai sweater nipis berwarna hitam dengan logo tengkorak dan hati di bahagian dada.
Whoa~! Macam Charlie’s Angel lah gaya mereka. Senyuman segunung harapan terpamer di wajah Camie. Berharap yang tiga orang gadis yang baru muncul itu ialah Charlie’s Angel yang bakal menyelamatkannya.
Jeremy menoleh kepada tiga orang gadis yang baru muncul itu. Tiga orang gadis tadi melangkah mendekati Jeremy dengan gaya angkuh mahu menentang seorang taiko. Camie tidak pasti samada mereka bertiga berani menentang kejahatan manusia bernama Jeremy ini atau tidak. Harap aku dapat bergantung kepada mereka bertiga.
“Apa kau buat ni, Dew?” Si gadis manis dengan rambut berombak tadi bercekak pinggang bertanya kepada Jeremy dengan wajah yang serius.
Jeremy senyum dan masih lagi dengan wajah sarkastiknya memandang ke arah Camie. Camie benci melihat Jeremy waktu ini.
“Leah, aku nak kau uruskan budak ni,” katanya.
“Ahah… jadi dia inilah yang kau beritahu aku semalam.”
Jeremy cuma meleretkan segaris senyuman nipis kepada gadis bernama Leah itu.
Taste kau sangat teruklah, Dew.” Si gadis berambut potongan bob tadi menjuih bibir. Tangannya bersilang ke hadapan dan wajahnya ditarik memandang ke siling mengelak dari pandangan Camie. Tingkahnya itu telah menjelaskan yang dia tidak sukakan Camie.
“Mandy, berhenti beri komen tentang sesiapa pun. Kau fikir kau tu bagus sangat ke?” Gadis ber-sweater tadi menegur sikap temannya yang suka mengkritik orang.
“Hei, kau tak rasa ke yang perempuan ni berpakaian pelik. Dengan baju bertali-tali… skirt jalur-jalur macam kuda belang… stoking panjang sampai atas lutut… sanggul pula tinggi macam nenek aku punya gaya…”
“Mandy, kau pernah rasa Dead Chop kan. Sekali lagi kau kritik tentang penampilan orang, aku jamin kau akan dapat rasa Dead Chop aku sekali lagi.” Leah menjeling marah kepada Mandy.
Mandy diam terus dan tidak lagi bersuara. Tidak berani menentang ketua mereka. Dya menyimpan senyum mengejeknya apabila Mandy memulangkan jelingan Leah tadi kepadanya.
Camie rasa tidak sedap hati. Mereka bertiga tidak seperti orang yang akan menyelamatkannya daripada The Devil. Orang yang nak selamatkan aku mana mungkin pro Jeremy. Siapa mereka sebenarnya? Oh, tidak… tak kanlah mereka ni rakan sekutu Jeremy. Teruknya~! Hati Camie menjerit. Rasa macam nak menangis dah ni…

Angel In The Devil Suit 1 ::Bab 3::




BAB3
GILA! Mana boleh aku siapkan homework last minute macam tu. Melampau betul. Sekarang mana aku nak lari? Kejap lagi dia mesti muncul semula. Apa aku nak buat kalau dia bawa geng dia untuk belasah aku? Ish… tak kan dia sanggup nak buat macam tu pada seorang perempuan macam aku. Tak mungkin kot… tapi Phim kata Jeremy pernah lempang seorang budak perempuan yang cuba nak bermesra dengannya. Budak tu syok pada Jeremy dan cuba nak tarik perhatian Jeremy tapi padahnya tamparan maut Jeremy pula yang dia dapat. Sadis betul.
“Woi, budak!”
Suara itu sangat dicam Camie. Bala sudah mari…
Klekuk!
“Woi, kau tak dengar ke aku panggil.”
“Ouch…!” Camie memegang kepala yang sakit akibat diluku oleh Jeremy. Perlahan-lahan dia menoleh kepada lelaki itu. Rasa macam nak luku dia balik saja. Dia ingat tak sakit ke luku orang macam tu.
“Kau nak apa? Aku nak baliklah,” kata Camie walaupun dia was-was akan terlepas dari cengkaman Jeremy hari ini.
“Owh, nak balik ya. Boleh… tapi sebelum tu kena ikut aku dulu.” Jeremy melompat duduk di atas meja sambil memijak kerusi Camie, menghalang laluan gadis itu.
“Err… nak pergi mana? A-aku tak boleh ikut kau. Ke-kena balik cepat ni. Na-nanti mak cik aku marahlah,” dengan suara yang tergagap-gagap Camie cuba memberi alasan.
“Urusan kau dengan mak cik kau aku tak nak campur. Sekarang kau kena uruskan masalah kau dengan aku dulu kalau kau nak balik.”
Jeremy menarik kasar tangan Camie. Dia menapak kaki di lantai dan segera melangkah keluar dari kelas. Tergopoh-gapah Camie berjalan menuruti langkah panjang pemuda tersebut.
“Woi, nak pergi mana ni? Lepaskanlah tangan aku. Sakit ni,” pinta Camie sambil cuba menarik pautan tangan Jeremy yang kejap dan kuat itu.
Jeremy tidak mengendahkan rungutan Camie. Dia terus menarik gadis tersebut ke suatu tempat. Wajahnya tersenyum sinis melihat kerut wajah Camie yang ketakutan.
“Je-jeremy… tolonglah lepaskan aku. Kau nak buat apa pada aku?”
Hahaha… takut ya. Lagi kau takut lagi seronok permainan aku hari ini. Tunggu sekejap lagi kalau nak aku lepaskan kau.
Jeremy terus melangkah dengan pantas. Namun tiba-tiba langkahnya mati mengejut sehingga menyebabkan Camie hampir tersungkur melanggar belakang Jeremy.
Adeh… sakitnya batang hidung. Gila betul lelaki ni. Berhenti mengejut macam nampak hantu pula. Aduh~… Erm… hantu ke apa depan aku ni? Laa… patutlah si Jeremy ni berhenti mengejut. Betul-betul nampak hantu rupanya. Cikgu Stein sedang terpacak di hadapan sambil merenung dengan curiga. Cikgu, selamatkan saya… tolonglah~
“Apa yang kamu berdua buat di sini? Tak balik lagi?” soalnya.
Dengan wajah dusta yang berjaya disembunyikan Jeremy berkata-kata. “Kami ada study group petang ni, cikgu.”
Penipu! Camie kerling Jeremy dengan geram. Senyuman manis yang palsu di wajah Jeremy tambah menyakitkan hatinya. Segera Camie mengalih pandangan kembali kepada Cikgu Stein semula. Dia perlu bertindak cepat sebelum Cikgu Stein pergi.
“Err, Cikgu Stein…”
“Tak apalah, cikgu. Kami nak cepat ni. Pergi dulu ya.” Dengan pantas Jeremy memintas Camie. Cuba nak dapatkan bantuan… heh, jangan mimpilah.
“Err…” Camie yang sudah di tarik oleh Jeremy semula itu tidak lepas merenung Cikgu Stein. Mohon simpati. Kepalanya menggeleng-geleng perlahan, berharap Cikgu Stein faham maksud tersirat yang cuba hendak disampaikannya.
“Tunggu dulu!”
Serentak dengan itu langkah Jeremy mati semula. Gulp… telan liur. Tak kan aku nak terkantoi kot. Ish, susah ni. Cikgu Stein yang blur ni memang agak menyusahkanlah.
Bagus! Nampaknya kemunculan Cikgu Stein memang tuah buat aku. Cikgu Stein, Camie bergantung pada cikgu. Tolong selamatkan saya daripada lelaki ni… tolonglah~
“Kalau kamu berdua ada masalah dalam pelajaran, cikgu sedia membantu. Cikgu di perpustakaan petang ni.”
Fuh~ Cikgu Stein ni buat aku cuak saja. Nasib baik dia tak suspect apa-apa. Hahaha, matilah kau perempuan sekejap lagi.
“Terima kasih, cikgu,” ucap Jeremy dengan senyuman mesranya yang palsu seperti tadi.
Ahh~ teruknya… kenapa boleh jadi begini pula. Cikgu Stein ni buta ke. Budak gangster macam Jeremy ni mana mungkin nak buat study group dengan aku. Cikgu Stein memang tak boleh pakai. Superman, tolong selamatkan aku dari bala~!

Angel In The Devil Suit 1 ::Bab 2::




BAB2
SEMINGGU telah berlalu. Dan aku melalui hari-hari yang paling menyiksakan di tempat yang teruk ni. Bukan saja kerana terpaksa mengikut rentak mak cik Paula yang cerewet malah terpaksa melalui satu azab yang besar di sekolah baru ini. Hai~ aku dah cukup tersiksa dengan perangai mak cik Paula. Sekarang aku terpaksa berhadapan dengan lelaki tak guna yang jahat tahap karma tu. Kenapalah nasib aku ni selalu kena buli dengan semua orang. Malang betul!
Aku sangat bahagia pada mulanya kerana menyangka jelmaan Jeremy telah muncul. Namun tak sampai sehari pun aku mengenalinya aku mula sedar yang langit tu betul-betul tak rendah. Wajah dan nama mereka sama tapi hakikatnya perangai mereka macam devil vs angel.
Nama dia Dew Jeremy Orbido. Jeremy… kenapa nama itu? Dia tidak patut gunakan nama tersebut! Dia tak sama seperti Jeremy aku. Perangai dia teruk. Sangat teruk. Jeremy aku lemah lembut dan bersopan bila bercakap dengan perempuan tapi makhluk asing ni kasar dan suka mencarut. Jeremy aku top student di kolej… tapi dia ni aku tak tahu lah pula. Nampak gaya tak ada rupa macam pelajar cemerlang pun. Suka tidur dalam kelas pula tu. Jeremy aku seorang pembela wanita dan memerangi keganasan. Berbeza dengan dia… lelaki ni bukan peduli aku ni perempuan ke lelaki. Suka-suka dia saja nak pukul aku. Selain itu dia suka buli aku buat itu dan ini. Anggap aku ni macam hamba dia. Aku pula tak pandai nak melawan. Dulu pun aku tak pernah melawan bila kena buli. Jeremy yang selalu jaga aku. Aku rasa selamat bila berada di samping Jeremy. Tapi sekarang aku tak boleh bergantung pada Jeremy lagi. Semuanya aku kena buat sendiri.
Lepas kenal dengan budak yang sama muka dengan Jeremy ni setiap hari aku menangis. Aku sedih sangat. Bukan sebab dia selalu buli aku tapi sebab dia mengingatkan aku pada Jeremy. Aku rasa tersiksa bila pandang diri dia. Walaupun perangai dia teruk tapi sedikit sebanyak rindu aku pada Jeremy terubat setiap kali memandang wajahnya. Aku rasa macam nak peluk dia. Kalau masa boleh dibekukan sekejap, aku harap dapat peluk dia. Jeremy, aku rindukan kau…
“Woi, tepilah!”
Gertakan lelaki di belakangnya menyebabkan Camie terkejut dan terpeluk pintu di sebelahnya.
“Kau ni berkawan baik dengan pintu ni ke? Kalau ya, balik karang kopak bawa baliklah pintu ni… tepilah! Aku nak lalu!” Jeremy menolak kasar Camie yang terkulat-kulat di lawang pintu kelas.
Camie mengerling Jeremy yang sedang menuju ke tempat duduknya dengan ekor mata. Dalam hati sudah menyumpah-nyumpah lelaki itu. Tapi dia tidak berani hendak bersuara. Takut lebih teruk Jeremy mengenakannya nanti. Haila nasib~ perlahan-lahan Camie melangkah ke tempat duduknya di sebelah Jeremy.
Jeremy sudah lesap ikut pintu belakang sebaik dipanggil oleh Jiro. Terima kasih, Jiro. Kau selamatkan aku daripada terus berdepan dengan makhluk yang menakutkan itu. Secebis senyuman muncul di bibir Camie. Lega.
“Hah~!” Senyuman lega bertukar kelat apabila melihat sekeping nota di atas mejanya.

‘Siapkan home work math aku. Mesti siap sebelum aku masuk semula ke kelas ni! Aku akan pastikan kau tak dapat pulang rumah hari ni kalau kau gagal siapkan tugas yang aku beri.’

Di bawah nota kecil itu sudah tersedia buku latihan matematik milik Jeremy. Camie mengetap bibir menahan geram. Segera kepalanya dikilas ke belakang menjejak kelibat Jeremy. Lelaki itu sudah tiada.
Tak guna! Kenapa aku yang kena buat. Matilah aku. Sepuluh minit lagi loceng akan berbunyi. Lepas tu kelas akan bermula. Dah tak ada masa lagi. Lelaki tu memang kejam. Dia siksa aku dengan cara yang teruk… agaknya apa yang dia nak buat pada aku kalau aku tak siapkan homework dia? Err… erm… argh~ aku tak nak fikirkannya! Ia menakutkan dan aku tak mahu menghadapinya~!
Buku latihan segera diselak. Kotak pensil dikeluarkan dan sebentar kemudian tangan Camie menari di dada buku, menulis latihan untuk Jeremy.

************

DARI satu sudut yang agak jauh ada mata yang sedang memerhatikan Camie. Dia tersenyum nakal. Kepalanya dibayangi tanduk syaitan.
“Dew, tak pe ke buli dia teruk-teruk macam ni?” seorang teman bersuara di sebelahnya. Jiro nampak bersalah biarpun bukan dia yang membuli budak baru di kelas mereka itu.
“Yang kau susah hati ni kenapa? Bukannya kau yang kena buli pun. Ke kau nak try back up dia.” Jeremy yang juga dikenali sebegai Dew itu mengerling Jiro dengan sinis, “… atau kau dah syok pada budak baru yang kononnya cuma faham bahasa inggeris tu?”
Mata itu tidak merenung Jiro tapi dari lenggok suaranya seakan cuba hendak menyerang Jiro secara halus... Lebih baik aku tak cari pasal dengan dia. Susah hidup aku kalau bermusuh dengan The Taiko. Getus Jiro di dalam hati.
“Sebelum kau nak try dia, biar aku settle-kan perhitungan aku dengan dia dulu… berani budak baru tu nak main-main dengan aku.” … Berani betul perempuan hodoh tu permainkan aku. Anggap pekan kecil ni low class, tak setaraf dengan tempat asal dia yang standard metropolitan tu. Kau memang nak kena ajar dengan aku. Mulai sekarang kau tengok siapa yang low class, siapa yang high class. Hidup dan mati kau dalam genggaman aku mulai sekarang, Si Hodoh. “Hahaha~!!”
Gelak yang kedengaran bak syaitan itu menarik perhatian Jiro. Jiro mengerling Dew. Muka dah cuak. Aku dah mula confuse… Dew ni manusia ke syaitan? Cukuplah ketawa jahat saja… ni dengan memek muka dia pun dah macam syaitan bertanduk tiga. Camie, memang malang nasib kau buat Dew marah. Aku doakan kau selamat sejahtera hendaknya.