Kawan2 yg saya Sayang

Monday, April 22, 2013

KELABU...Nadia Khan buat aku SENTAP!





SEJUJURNYA aku sememangnya seorang pembaca yang cerewet. dan aku takkan tulis or komen apa2 kalau novel tu aku rasa biasa2 saja atau tak best...paling2 pun kalau novel tu macam SUCK aku juz kutuk2 masa sembang dgn member aku je...takdelah sampai nak letak status kat FB nak memburukkan buku orang...(bleh pikir sendiri ape kalau aku yang kena camtu...ko tak bengang ke kalau orang kutuk buku hasil titik peluh kau sendiri?)

Memang resam aku untuk tertarik pada kulit novel dahulu sebelum membeli(pelik sbb bukan pada sinopsisnya kan...hahaha). kali pertama aku pandang kulit buku KELABU ni memang aku rasa ada 'sesuatu' tentang buku ni. It's simple but interesting. Tajuk pun mcm ada udang disebalik batu kan. tapi aku tak terus beli. Aim je dulu.. =)

sejak kebelakangan ni aku sentiasa disogok dengan novel2 Fixi oleh member2 n family aku.n akhirnya aku ambil keputusan untuk beli secara Online.So disini kali kedua lah novel Kelabu ni menggamit aku. Aku try usha sinopsis die dan aku rasa agak menarik. Lalu aku teruslah beli( Ngeri/Mangsa & Kelabu)

Novel Kelabu ni buku yang aku baca last sekali sebab buku tu paling tebal antara 4buku yg aku ada(termasuk Zombijaya yg aku pinjam dari kakak aku)...lagi satu faktor aku lebih tertarik dengan yang lagi 3buku sebab thriller kowt..main bunuh2 & psiko punye novel.

My 1st impression aku juz layan je novel ni. & startlah rasa cam nak jatuh hati kat hero novel ni iaitu Amir. Cuma apa yang aku rasa that time... apa lainnya novel ni dengan novel2 melayu yang lain? Cinta juga kowt(nak2 plot utamanya pasal cinta kontrak. lagilah klise sesangat kan)...tapi layankan je tanpa rasa sangsi. apatah lagi aku sukalah coz kali pertama aku baca penulis perempuan gunakan watak lelaki sebagai watak utama.lebih mantap lagi sebagai pencerita yang memegang watak 'aku' pulak tu. tak pernah dibuat orang dowh... <--kalau ada pun jarang saaangatt!

Actually ada juga part2 yang aku rasa macam something wrong je mamat Amir ni.tapi aku bolayan je n anggap itu mungkin sebab pembawakan si penulis yang merupakan seorang perempuan...am i right??... pedulilah...janji aku suke-nye-lah-pun-kan kat mamat kasanova yang pernah dikecewakan oleh perempuan yang dicintainya ni... aku cite sketlah sinopsis dia untuk tatapan korang yang belum baca( ke aku yang paling lambat sbb buku ni dah cetakan keenam baru aku nak beli...)

Cite dia pasal seorang freelance photographer yang bernama Amir. Dia ni boleh dikatakan player sebab ramai skandal. Dulu dia seorang pencinta yang setia tapi sejak clash dgn ex girl dia yang bernama Su tu dia dah malas nak serius. Then suatu hari dia berkenalan dengan sorang awek bernama Jun. Jun mintak tolong Amir jadi BF kontrak dia sebab kononnya dia nak jeleskan balak dia.pastu lama2 Jun betul2 terjatuh cinta dengan Amir. pastu Amir pun tiba2 ter-serius pula dengan minah mata sepet yang bernama Jun ni. tapi hubungan mereka tak semudah yang disangka. biasalah, mana syok kisah cinta yang takde konflik kan.

Diz Amir guy ada sorang bestfriend yang aku kira watak sidekick or hero no2 gitulah. Namanya Shah. Shah ni antara orang yang paling rapat dengan Amir selain bapak dia, Dato Rizwan. Kiranya Shah ni memang kawan sehidup semati yang faham luar dalam diri Amir lah. sampaikan sekilas riak muka Amir berubah pun Shah boleh baca. Shah ni handsome gile vaveng gaklah konon2nya tapi yang peliknya dia ni takde girlfriend. pelikkan. yang sorang kasanova n yang sorang lagi perfect tapi tade GF.Pastu pula aku rasa mamat Shah ni ala2 misteri gitu.n aku mula suspect ada yang tak kena ngan si Shah ni. Amende yang dia sembunyikan kat belakang Amir ek? <--nak tau baca sendiri.

But suddenly bila aku dah sampai tengah chapter buku ni aku telah dikejutkan dengan sesuatu... sesuatu yang buat aku rasa KECEWA GILE!!! Sesuatu yang buat aku sedar bahawa tanggapan awal aku terhadap watak2 dalam novel ini semuanya adalah SALAH! Aku salah menilai Amir. Aku salah menilai Jun dan aku salah menilai Shah. memang dat time aku menyumpah penuh sarkastik sambil MEMUJI si penulis buku ni. Apa taknya... buat pertama kalinya aku terasa ditipu oleh sebuah buku! korang bayangkanlah... aku, Kaseh Esmiralda yang juga seorang penulis telah ditipu hidup2 oleh sebuah buku...atau dalam kata lainnya ditipu oleh penulis buku KELABU...erghhh!!!

Tapi sebenarnya aku taklah marah sangat dengan Nadia Khan. sebab dia bukanlah 100% memperbodohkan aku dengan cerita dia. Cuma aku respectlah sesangat kat dia sebab bijak memperdayakan pembaca(akulah tu).

Dan itu jam jugaklah baru aku sedar kenapa yang aku rasa semacam je dengan beberapa ayat yang penulis tulis kat beberapa chapter yang terdahulu. memang KELABU ASAP je otak aku sebab barulah aku faham simbolik disebalik cover buku tu.barulah aku percaya yang buku ni bukan sekadar kisah cinta yang biasa. Banyak benda biasa yang orang tak nak ambil peduli dalam masyarakat kita selama ini. Banyak juga benda biasa yang terlalu suka diangkat sebab kononnya itu adalah lumrah dan fitrah kehidupan manusia... yeke?

memang luar biasa pada aku bila penulis tu berani n berjaya memperdayakan pembaca dengan hasil karya dia. Ini bukan cerita cinta biasa macam novel2 cinta melayu lain yang korang penah baca k. Aku sendiri pernah cuba buat cite camni dengan isu yang lebih kurang sama.Walaupun tak seserius karya Nadia Khan ni tapi lepas aku baca buku ni tetiba aku terfikir...barangkali aku boleh jadi lebih berani untuk ketengahkan isu sebegini jika manuskrip AKU BUKAN MALAIKAT tu belum siap...

dah lah..apa guna nak buat ayat yang ala2 nak nyesal plak kan...manuskrip dah sampai tangan editor kowt...hahaha

Namun disebabkan minah Nadia Khan ni aku punya keyakinan semakin tinggi untuk buat karya2 yang lebih berani lepas ni. Akhir kata TAHNIAH aku ucapkan kepada Nadia Khan kerana karya anda telah membuatkan saya nak tabik spring toink toink kat awak kalau kita berjumpa suatu hari nanti.


P/s : Adakah Kelabu akan bersambung... sebab aku still tak puas hati selagi tak tahu siapa yang tiba2 muncul kat depan pintu rumah Amir masa part ending tu...aku faham kalau penulis sengaja nak biar pembaca fikir sendiri...tapi aku tetap nak tahu juga...sebab boleh jadi bukan seperti yang aku bayangkan... tak mustahil kalau yang muncul tu Jun atau Amran. walaupun kebarangkalian yang lebih besar ialah Shah!

P/ss : nak start baca AWEK CHUCK TAYLOR.


17 comments:

maisarah sarah said...

masa baca buku ni memang rasa something wrong tambah2 bila part diaorg gi melaka tu.xkan la org xde yg heran diaorang duduk sebilik kan.rupa2 nya perempuan.hehehe

novl murtad pun best gak =)

Anonymous said...

saye pon dh bce cer nie dulu...2 bulan lepas...mmmg rse terkejut jgak ngan cer die...tp mmg semua cer fixi mmmg ad kejutan...

Anonymous said...

ish ish ish..stress aku bca citer KELABU..mmg sentap jiwa la.x tau nak tayang emosi apa time bca tu.
tang yang pling best, bab2 echhi yg x echhi lngsung diselitkan. kalo nvel lain kalo bca bab2 gini, ase2 geram n marah kat pnulis mesti ada. tpi KELABU ni x plak nak ase mrah. mgkin sbb penggunan ayat dia ni kot. Nadia Khan ni org Klntan ke eh?stylo giler
yang pling sadis, sape kat ending tu. Syah ke Amran. Syah la Syah la

>>k<<

Kaseh Esmiralda said...

entahlah...shah kot

Anonymous said...

Aku rasa takde sambungan sebab aku pernah baca dia kata hak ending hak pembaca. Suka hati kaulah nak pilih siapa yg muncul kat depan pintu tu.

Anonymous said...

Eh xpayahlah nak promote2 geng2 korang punya. Bunyi sampah je baca sinopsis pun bosan bodoh dramatic meluat je asyik nak drama dgn masyarakat cam cite tue best sgt padahal membosankan nak mampus. Lebih baik membaca buku yg berfaedah dr buku yg dtg dr geng korang supaya korang leh kayakan geng korang. Sekiam

Anonymous said...

Bodoh xyah la memikir sgt cerita dlm buku je kut ckp cam la benda ni soal hidup mati. Bodoh tahap arwah

Kaseh Esmiralda said...

kesihannya manusia macam awak ni. Tak sangka entri picisan macam ni pun buat awak sentap teruk.

FYI : tak ada istilah gang dalam apa yang saya tulis. ikhlas dari hati seorang pembaca. dan saya bukan pembaca novel genre popular, indie dan sastera...bukan tertumpu pada satu2 genre sahaja.

Anonymous said...

I tetap rasa shah yg dtg apartment amir..I changed my mind..meaning that die x jadi nk kawen dgn anak make cik die kn..

Anonymous said...

Memang best novel nii. Tapi ending tuh buat tertanya tanya je. Hee. Btw, shah tuh gay ke? Kelabu betul bacaa.

nurul ika ahmad said...

saya baru je beli novel ni td. mcm best je. jom singgah blog sy. sy newbie. jeepon.blogspot.com

Anonymous said...

kat mana nak beli buku ni? online punya. tgk mcm best je..

Anonymous said...

Yes i admit sesangat best buku ni. Nak beli buku gantung but jumpa buku ni. Still, same novelist. Ending tu saya taktau la knape rasanya amran sebab amir kan suka tak menunjukkan ap yg dia suka terus terang. Shah pulak kata yg dia terbawak bawak kisah zie tu. But i prefer amran yay.

Anonymous said...

Ending tu rasanya shah kot sebab yala amran mana tau rumah amir kan. A few pages about them pun, kt luar rmah hanging out. And she never mention about her address. Lainlah si shah. He already know, and at first dia mg ad niat nak kahwin sm sepupu dia. Bb tu ngam sgt 'ive changed my mind'

Unknown said...

but dia kenal amran dari ayah dia so berkemungkinan ayah dia bg alamat...hopefully nadia khan buat sambungan..really love this novel

Anonymous said...

hope so amran yg dtg. wlopon watak dye bru muncul dlm hidup amir. tp suke sgt dye. soft . funny. understanding . huhu . lagipon hidup dye da cukup drama da. kasi can la dye happy ever after dgn amir. huhu

Anonymous said...

hope so amran yg dtg. wlopon watak dye bru muncul dlm hidup amir. tp suke sgt dye. soft . funny. understanding . huhu . lagipon hidup dye da cukup drama da. kasi can la dye happy ever after dgn amir. huhu