Macam mana aku boleh jadi seorang penulis? Padahal aku tak pernah dapat A dalam bahasa Melayu sejak di sekolah rendah. Kalau bab mengarang ni biasanya aku selalu mengeluh. Pelik juga bila dapat buat dan jual novel sekarang ni. Hehehe… nak tahu kenapa? Sebab aku ni kuat berangan. Imaginasi terlampau tinggi. Tu yang walaupun BM aku dapat B pun aku boleh mengarang cerita yang berjela-jela dan tebal beratas muka surat.
Tapi percaya atau tidak sebenarnya aku tak suka membaca novel. Aku ada koleksi novel tapi kebanyakannya hanyalah sekadar untuk membuat research sahaja. Baca Cuma sekali sahaja. Jarang ada novel yang boleh menarik perhatian aku untuk membacanya berulang kali. Tapi itu tidak bermakna tiada novel yang menambat hati aku. Ada. Cuma tak banyak. Dan kebanyakan novel yang Berjaya memikat hati ini biasanya penulisnya adalah lelaki. Aku tak tahu kenapa… kebetulan saja agaknya. Jangan salah anggap aku anti dengan penulis wanita pula ya.
Okey… berkenaan dengan novel yang paling mendapat tempat di hati aku… kiranya juara carta dalam hatilah ni… ialah KONSERTO TERAKHIR. Ia adalah sebuah novel yang sempurna dan aku tak dapat mencari sebarang kelemahan dalam penulisan Abdullah Hussain ini. Aku memandang tinggi hasil karyanya kerana dia Berjaya membawa aku ke dalam situasi tahun 80-an biarpun aku tidak hidup di zaman tersebut. Konserto Terakhir sebuah novel yang cukup tragis menceritakan tentang perjalanan hidup seorang anak seni yang sangat tabah.
Kali pertama membaca novel ini ketika aku di tingkatan 5 terus aku jatuh hati dan tidak dapat berhenti membacanya sehingga tamat. Mengalirkan air mata itu sudah pasti. Watak Hilmi telah menjadi watak terbaik dalam novel yang pernah aku baca. Sayang sungguh lelaki berbakat besar itu matinya awal.
Biarpun penamatnya menyedihkan namun ia cukup sempurna dan tidak cacat. Bukan mudah untuk membuat penamat yang begitu. Aku dapati ramai penulis yang gagal apabila cuba membuat satu penamat yang sedih. Jalan terbaik dan selamat bagi mereka biasanya dengan menamatkan suatu kisah dengan gembira. Namun yang gembira itu biasanya dapat kujangka pengakhirannya. Oleh sebab itu aku agak bosan membaca karya sesetengah penulis yang terlalu ordinary. Bagiku, happy ending bukanlah masalah tetapi jika seseorang penulis itu berjaya mengejutkan para pembaca dengan penamat yang tidak disangka-sangka, dia adalah penulis yang hebat.
2 comments:
kaseh
pe kate ko bace buku habiburrahman sherrazy[yang buat cerita AYAT-AYAT CINTA tuh]
n ramlee awang murshid
bagi aku,diorang la paling best bab2 novel
seimbang dunia akhirat
woit kawan... ramlee awang murshid tu idola aku tau... hehehe... aku suke sume novel dia... klu habiburrahman tu aku masih bace novel dia... so far dia akan masuk dlm senarai penulis yg aku suke gak... hehehe...
Post a Comment