Watak : Yna / Ryo
Lokasi : Sweet Chocoretto
Genre : Friendship & romance
Ringkasan : "Nombor yang anda dail sedang sibuk. Sila tinggalkan pesanan."... "Shut up!!! Juz call me back... please~!"
Bab10
BAGASI berwarna merah hitam itu diperhatikan dari jauh. Yna mengangkat punggung dan duduk di kerusi berhampiran dapur tempatnya bekerja di Sweet Chocorettho, memandang bagasi besar itu umpama memikul batu besar di bahu. Masalah baru yang sangat ‘menyeronokkan’ telah kembali. Dia perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tempat tinggalnya kali ini setelah dihalau oleh tuan rumah sewanya.
Yna menyeluk telefon selularnya. Ada seseorang yang mungkin dapat membantunya saat ini. Ryo!
“Nombor yang anda dail sedang sibuk. Sila tinggalkan pes…” Yna menamatkan panggilan serta merta sebaik mendengar suara tersebut. Wajahnya ketat menahan perasaan yang terjeruk sejak tadi. Telefon bimbitnya dilempar perlahan di atas meja.
Mujur dia ditugaskan memegang kunci kedai. Maka selamatlah dia untuk malam ini. Namun tidak untuk esok jika majikannya mengetahui perbuatannya menyalahgunakan kuasa memegang kunci kedai tersebut.
“Biarlah… nak tak nak esok aku terpaksa berhadapan dengan Perempuan Bergigi Emas tu juga.” Kedengaran keluhan di hujung kata-katanya sebelum bersandar pada tubuh kerusi empuk itu. Perempuan Bergigi Emas adalah gelaran Yna terhadap Donna Maria, majikannya yang merupakan pemilik kedai coklat tersebut.
Dalam keletihan Yna masih memikirkan apa yang patut dia lakukan esok. Semakin bertambah masalah yang perlu diselesaikannya kini. Hilang satu, muncul lagi satu masalah. Begitulah kehidupannya selama ini. Masalah sudah sebati dengan kehidupannya. Sehingga adakalanya dia sendiri yang pergi mencari masalah jika kehidupannya terlalu lancar. Dan malam yang semakin larut itu telah menghanyutkannya ke alam lena.
********
PAGI itu Yna terjaga apabila bunyi deringan telefon bimbitnya mengejutkannya di awal pagi. Dalam separuh sedar tangan Yna meraba mencari telefonnya.
“Hello…” sapa gadis itu dalam keadaan mamai.
“Hai, cik adik, bangunlah. Kau masih tidur ya.”
Yna diam tidak membalas sapaan orang di sana. Dia masih tidak dapat mengecam suara dalam talian.
“Yna, kau call aku malam tadi? Maaflah aku tak dapat jawab panggilan kau.”
Yna menarik telefonnya menjauhi telinga. Dia melihat skrin telefon. Nama ‘Ryo’ terpampang. Telefon kembali ke cuping telinganya.
“Ryo, kau tahu pukul berapa sekarang?” Soalnya sambil memandang ke arah jam di dinding.
“Hurm? Kenapa?” lelaki itu bertanya seakan tidak sedar suatu perkara.
“Pukul 5.00 pagi,” keras suara Yna menegaskan akan waktu kini. Ryo tidak patut menghubungi orang pada awal pagi begitu.
“So?” Lelaki itu langsung tidak rasa bersalah dengan perbuatannya.
“Apa kau buat tak tidur lagi pada waktu macam ni?” Wajah Yna sedikit berkerut kerana geram Ryo mengganggunya pada waktu yang tidak sepatutnya.
“Oh, aku baru balik dari shooting drama. Hahaha~~” kedengaran hilaian tawa lelaki itu di hujung talian. Macam seronok je kacau orang pagi-pagi buta begitu.
“Kau masih bekerja pada waktu begini?” nada suara Yna mendatar. Melihat kehidupan Ryo sebagai seorang artis bukanlah segah namanya di dada akhbar. Populariti yang dikecapinya memang setanding dengan kerja kerasnya yang bagai tidak cukup rehat setiap hari.
“Aku dah biasalah.” Tawa Ryo sudah terhenti apabila Yna tampak serius menyuarakan soalan tadi. “Oh ya, kenapa kau cari aku malam tadi?” Ryo bertanya terus soalan utama yang harus ditanya kepada Yna tadi.
“Oh, pasal itu… sebenarnya aku nak minta tolong sikit dengan kau.” Yna mengetap bibir. Otaknya ligat memikirkan ayat yang sesuai untuk meminta pertolongan daripada Ryo.
“Boleh. Untuk kau, apapun aku sanggup tolong.” Tanpa perlu berfikir panjang Ryo tidak keberatan mahu membantu Yna. Demi sahabat seistimewa Yna, Ryo sanggup lakukan apa saja.
“Boleh? Kau biar betul, Ryo.” Yna terkejut dan hampir tidak percaya yang Ryo sanggup membantunya dengan begitu mudah tanpa sebarang syarat.
“Seriously… aku takkan berkata tidak demi kau… dan Vic.”
Mendengar nama Vic dari mulut Ryo serta merta terasa darah hangat naik ke atas kepala Yna. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu dipanggil oleh sesiapa baik dirinya sendiri. Kewujudan Vic selama ini memang meninggalkan kesan dalam kehidupan Ryo biarpun mereka berjauhan selepas tamat kolej.
“Ryo, selain kau siapa lagi yang tinggal di rumah kau yang besar tu?”
“Aku tinggal sendiri… pembetulan, aku cuma menyewa. Rumah tu bukan rumah aku.”
“Whatever…” ada senyuman penuh makna di bibir gadis itu. “Untuk menjayakan rancangan kita, aku ada cadangan terbaik untuk kau.”
“Maksud kau kita sebagai pasangan kekasih? Rancangan apa lagi yang bermain di fikiran kau ni, Yna?”
“Apa kata kalau aku tinggal di rumah kau untuk sementara waktu.”
“WHAT??” Ryo hampir tersedak mendengarkan cadangan Yna.
Sementara Yna pula tersenyum penuh yakin. Akal geliganya sedang mempengaruhi Ryo untuk menerima cadangannya itu yang sebenarnya hanya helah Yna untuk tinggal sementara di rumah Ryo sebelum mendapat rumah sewa baru.
0 comments:
Post a Comment