Kawan2 yg saya Sayang

Thursday, January 27, 2011

Ai Without Love ::Bab 9::

Tajuk          :  The Prisoner Of Love
Watak        :  Vic / Rin / Yna
Genre         : Friendship & romance
Ringkasan : Pengenalan watak kedua, Vic dan Rin, seorang gadis buta... -Yna kena halau dari rumah sewanya kerana gagal melangsaikan sewa rumah selamaberbulan-bulan.




Bab9

ANDAI bulan bisa bersuara pasti dia menjadi teman bicara di saat ini. Si pemenjara cinta ini tidak rela menjadi kejam. Namun takdir yang menyebabkannya pergi jauh dari cintanya.
Berita yang dipaparkan di dada akhbar itu dibaca lagi untuk sekian kali. Sejak kebelakangan ini kisah diantara Ryo dan Yna menjadi bahan kesukaan wartawan untuk melariskan artikel-artikel mereka. Pengakuan mengejut yang dinyatakan oleh Ryo tentang kekasihnya begitu mendapat perhatian umum. Vic turut terkena tempias kejutan itu. Antara lakonan dan realiti, dia tidak pasti. Terasa janggal untuk menerima berita tersebut apatah lagi Ryo adalah sahabat baiknya.
“Sho…”
Vic mendongak apabila nama itu dipanggil. Seorang gadis muncul di sisinya sambil mengusap lembut bahunya.
“Rin…” segera Vic bangkit dari duduknya lalu memapah gadis tersebut untuk mengambil tempat duduk. “Kenapa keluar? Kan saya suruh awak berehat di dalam. Cuaca dekat luar ni sejuk. Nanti Rin jatuh sakit.”
Gadis buta itu cuma tersenyum menyerlahkan keayuan aslinya sekaligus menutup kecacatan pada dirinya.
“Rin bosan. Rin nak berbual dengan Sho.”
“Jadi Rin nak bed time story dulu sebelum tidur?” kata-kata Vic itu disambut tawa oleh Rin. Vic tersenyum melihat keceriaan di wajah Rin.
“Dengar sini… esok kita nak berangkat ke Lisberg. Kalau Rin tak rehat cukup-cukup nanti Rin penat. Nanti nak buat rawatan…”
“Selagi ada Sho di sisi, Rin tak akan apa-apa.” Rin mematahkan bebelan Vic yang dipanggil Sho itu. “Jangan Sho hilang lagi dari sisi Rin macam dulu sudahlah…”
Jantung Vic bagai tersentak mendengar perkataan yang keluar dari mulut Rin. Perlahan-lahan jari-jemari Rin digenggam erat. Bicaranya tadi dibiarkan putus begitu sahaja. Hatinya dipenuhi duri tajam yang sedang menikam.
“…biarlah separuh nikmat hidup Rin ditarik oleh tuhan asalkan Rin tak kehilangan Sho. Rin tak boleh hidup tanpa Sho.”
Wajah lembut Rin ditatap Vic diam-diam. Alangkah bertuahnya lelaki yang memiliki cinta gadis ini. Malangnya akulah pembunuh cinta Rin. Maafkan aku, Rin. Biarpun kata maaf ini amat rendah nilainya untuk menebus dosaku terhadap kau tapi aku harap kau akan maafkan aku suatu hari nanti.
“Mari Sho temankan Rin berehat di dalam rumah.”
Dia tahu tiada satu cara pun boleh dia lakukan untuk mengembalikan masa. Untuk mengembalikan hidup Rin seperti dulu… untuk mengembalikan Sho yang sebenar dalam hidup Rin… untuk mengelakkan kemalangan tersebut daripada berlaku… Vic tiada cara.

"Saya akan jaga awak, Rin. Saya akan jadi 'Sho' demi awak."


*************

Sebaik tiba di hadapan pintu rumahnya Yna mengeluarkan kunci yang disimpan di dalam tas tangannya. Pintu cuba dibuka menggunakan kunci tersebut namun gagal. Berkali-kali dia mencuba tetapi tetap gagal.
Seorang lelaki muncul dengan senyuman sinis lantas mendekati Yna yang sedang berusaha membuka pintu rumah menggunakan kuncinya. Lelaki separuh abad itu menyeluk poket seluar meraba sesuatu.
“Hai, Yna. Lewat pulang hari ini.”
Yna menoleh apabila disapa seseorang. Tanpa sebarang kata tiba-tiba air wajahnya berubah apabila melihat lelaki tuan punya rumah yang disewanya itu.
“Hmm… ya. Lewat sikit hari ini. Apa En. Zuma buat di sini?” Yna cuba berbasa basi. Sementara tangannya sibuk menguruskan pintu yang masih berkunci itu.
“Saya nak bagi awak ini.” En. Zuma mengeluarkan sebatang kunci dari poket seluarnya.
Melihat kunci di tangan lelaki itu menyebabkan Yna menghentikan usahanya membuka pintu rumah. Dia berasa tidak enak melihat wajah sinis En. Zuma.
“Saya bagi tempoh selama sejam untuk awak kemaskan semua barang-barang awak sebelum berambus dari rumah saya sekarang juga.”
“Ha?” …gila ke apa orang tua ni nak aku keluar malam ini juga. Ergh!!!
“Saya dah cukup bersabar dengan kerenah awak, Yna. Sudah lima bulan awak tak langsaikan sewa rumah dan saya dah ada penyewa baru yang berminat untuk menyewa rumah ini. Maka sekarang... dipersilakan keluar dari rumah ini.”
Haish… kenapa pada waktu ini? Tak guna betul.

0 comments: