Kawan2 yg saya Sayang

Sunday, May 16, 2010

Ai Without Love ::Bab 8::

Tajuk : Langkah Pertama... Permainan Ryo atau Yna Sebenarnya.

Watak : RyoYna pairing

Genre : Friendship & Romance

Lokasi : Alam maya; luvryotarou.com.mdl ... kediaman Ryo

Ringkasan : Kehadiran Ryo bersama dengan teman wanitanya di sebuah majlis mengundang berita hangat di dunia maya. Yna memulakan langkah pertamanya untuk memikat Ryo. Ryo memberikan reaksi yang tidak terduga.


Bab 8

Bolehkah kita memahami kehendak diri sendiri sekiranya hati kita sentiasa memikirkan orang lain? Jawapannya… adalah hak masing-masing untuk menentukannya.

Bertanya seorang si tukang karut di pentas hiburan… “Apakah beza sebelum dengan selepas anda menjadi seorang artis?”

Seperti selalu Ryo akan melemparkan senyuman menawannya sebelum menjawab pertanyaan si penanya-penanya yang tidak pernah bosan menemuramahnya.

“Sebelum menjadi artis, saya adalah saya yang berhak ke atas diri sendiri… tapi selepas menjadi artis, saya perlu menjadi seperti apa yang diharapkan oleh peminat.”

Lensa kamera yang begitu rancak menjalankan tugas masih giat menangkap wajah pemuda yang menjadi kegilaan ramai gadis remaja itu. Ryo terus memaniskan wajah biarpun hakikatnya dia sudah penat untuk bersenyum sepanjang hari. Sesungguhnya untuk mendapat apa yang dimilikinya kini dia telah mengorbankan banyak perkara dalam hidupnya termasuklah cinta.

 

LuvRyoutaro.com.mdl

Miss Heartness : I’m sick… just sick when thinking about Ryotarou~~

Momo : @Miss Heartness… I follow~~ nak gila sama-sama ngan you!!!

Ryolando : Ahahaha~~ putus fius… kalau korang baca gosip terbaru Ryo kali ini mesti korang pengsan.

Miss Heartness : @Ryolanda Gosip apa? Tell me now!!!

Ryolando : Ryo with his girl… tunggu @Sushi_neko. Dia ada gossip baeekk punya nak khabar pada you all…

Sushi_neko : Hai hai hai~~ I’m back!

Momo : @Sushi_neko si wartawan sensasi, ada cerita baru nak kongsi ke hari ni?

Sushi_neko : Yup! Terbaik dari ladang. Masih fresh lagi ni… bukan lagi gossip tapi bakal jadi berita sensasi seantero negara.

Miso_t@ro : Baru lepas usha blog @Sushi_neko… *speechless* … going to cry now…

Miss Heartness : @Sushi_neko; @Miso_t@ro what happen? It’s that about Ryo’s secret lover again?

Sushi_neko : This pic can tell you everything… Sushi tak mahu cakap banyak…




**Sorry… tak pasal2 aku belasah pic ni smpi jadi rupe gini**

“Kyaaaa~~~!!!!!”  apa lagi reaksi yang boleh digambarkan tentang peminat-peminat artis seperti Ryo selain dari jeritan yang berkumandang apabila melihat artis kesayangan mereka berdampingan penuh bahagia dengan gadis lain.

 

******

 

“Ryo, it’s over, right?” Yna separuh berbisik di telinga Ryo.

Ryo memerhati sekeliling. Bersikap berjaga-jaga sebelum bersuara.

“Untuk malam ini… nampaknya kita dah boleh tamatkannya.”

Yna senyum lega. Dia segera masuk ke dalam perut kereta. Ryo di bahagian memandu sedang menghidupkan enjin keretanya.

“Kita balik rumah aku kejap. Ada sesuatu aku nak buat sebelum hantar kau pulang.”

“Hurm…” Yna memikir-mikir sebentar akan cadangan Ryo.

“Anggap je pergi melawat rumah kawan lama.” Ryo bersuara tanpa menoleh kepada Yna. Tangannya mengawal stereng kereta yang mula bergerak meninggalkan Hotel Priston Valley. Malam ini mereka berdua menghadiri parti ulang tahun perkahwinan seorang penerbit filem. Jemputan tersebut dijadikan sebagai medan pertama Ryo memperkenalkan Yna sebagai kekasihnya kepada umum.

Kemunculan Yna sememangnya telah menjadi perhatian ramai terutama para wartawan. Mewujudkan Yna sebagai kekasihnya adalah suatu pertaruhan. Hanya ada dua kemungkinan, samada menang ataupun kalah. Jika peminat menyokong maka dia selamat. Namun jika kehadiran Yna ditolak, kedudukannya di persada seni bakal goyah.

 

*********

 

Yna menuruti langkah Ryo menuju ke kediaman pemuda tersebut.

“Kau duduk sini kejap.” Ryo memegang bahu Yna dan mendudukkannya di sebuah kerusi di ruang santai di bahagian beranda di luar rumah.

Yna terduduk secara paksa. Ekor matanya melirik menjejaki kelibat Ryo yang pantas melangkah masuk ke dalam rumah. Dia dibiarkan termangu-mangu sendirian di situ.

“Ergh! Dia nak aku ikut saja semua arahan dia sepanjang hari ini. Betul-betul menyakitkan hati.” Yna memanjangkan leher, mengintai ke dalam rumah menjejaki kelibat Ryo. “Kau siap nanti Ryo. Aku mesti dapat makan kau balik,” tekadnya dalam hati.

Tidak lama kemudian kedengaran hempasan pintu dari ruang dalam rumah diikuti tempikan Ryo memanggil Yna.

“Ynaa~~!!!” pemuda itu muncul mendapatkan Yna semula.

“Kau gila ke menjerit tengah-tengah malam macam ni, Ryo.” Hampir saja tapak tangan Yna melekap di mulut Ryo namun sempat dielak oleh lelaki itu. “Apa hal?”

Ryo tersengih. Sengihannya itu hanya menambahkan lagi rasa jengkel Yna terhadapnya.

“Duduk dulu. Aku nak tunjuk sesuatu pada kau.” Ryo tidak peduli dengan reaksi bengang Yna. Dia menarik lengan Yna untuk kembali duduk di kerusi. Sebuah komputer riba yang dijinjingnya bersama dibuka dihadapan Yna.

“Kau nak tunjuk apa?”

Ryo tidak menjawab soalan Yna sebaliknya jari jemarinya ligat menekan dada keyboard. Giginya yang mengetap bibir bawah mencacatkan sedikit senyuman di wajahnya. Matanya tertumpu pada skrin komputer, begitu tekun dengan apa yang dilakukannya.

“Ryo~” Yna mula bosan dengan sikap Ryo yang masih belum menjelaskan tindakannya.

“Sabarlah… kau ni lorat mengalahkan mak neneklah.”

Yna mengerutkan dahi memandang Ryo yang bercakap dengannya tetapi mata tertumpu pada skrin laptop. Sisi wajah Ryo disantap matanya tanpa sengaja. Wajah itu tidak banyak berubah. Diri sebenar Ryo juga tidak banyak berubah sebenarnya. Walaupun penampilan Ryo telah berubah setelah bergelar artis namun pada satu sudut tertentu, Ryo tetap sama seperti Ryo yang dikenalinya dulu.

Dia seorang yang menumpukan perhatian hanya pada satu perkara. Hal ini menyebabkan Yna makan hati kerana Ryo tidak peka terhadap perkara lain yang berlaku di sekelilingnya kerana hanya tertumpu pada suatu perkara sahaja. Dia perlu bertindak segera agar matlamat utamanya tercapai.

“Aku tak salah. Kau memang pilihan yang tepat. Best tahap world, Yna.” Sesaat ekor mata Ryo menangkap Yna di sebelah. “Kau tengok sendiri dalam laman web ni. Baru beberapa jam, berita tentang kita dah tersiar. Aku rasa…” belum sempat bicara Ryo tamat, Yna menutup laptop yang ternganga.

“Kau buat apa ni?”

“Aku tak peduli semua tu, Ryo.” Laptop tadi ditolak menjauhi mereka berdua. “Lupakan sebentar cerita dunia glamour kau yang bagaikan karutan ayam jantan di pagi hari tu.”

“Apa maksud kau?” Ryo mengerutkan dahi tidak berpuas hati.

“Jangan mudah teruja. Biarkan ia berlaku secara semulajadi. Semuanya akan terus dalam kawalan kita jika kau percayakan aku.” Yna merapatkan wajah Ryo. Renungannya bagai mahu menikam hati sang teruna di hadapannya.

Ryo masih tenang. Tidak mudah gugup dengan sikap teman lamanya itu.

“Antara kau dan aku… kita tetap seorang lelaki dan perempuan…” Jari jemari Yna mula menjalar ke pangkal leher Ryo. “Jadi, apakata kalau…”

“Stop!” Ryo mula menyedari sikap Yna yang berubah. Tangan Yna yang menjalar di lehernya tidak ditepis sebaliknya tangannya memaut wajah gadis itu. Seraut wajah ayu itu dalam genggaman tangannya kini. Ryo merenung tajam wajah Yna yang beransur-ansur berubah membalas renungannya.

“Aku rasa kau cuba nak bermain api malam ini, Yna,” ujar Ryo sinis. Dia melepaskan wajah Yna, serentak menepis tangan Yna di lehernya.

“Jom, aku hantar kau balik.” Ryo mencari jalan keluar sebelum Yna cuba bertindak lebih jauh. Laptop di atas meja diambil sebelum bangkit untuk beredar.

“Aku bermain dengan api atau kau yang cuba mengelak untuk terjebak dalam cinta, Ryo.” Yna tidak dapat menerima sikap dingin yang dipamerkan Ryo terhadapnya tadi.

Ryo yang baru hendak mengatur langkah itu kembali menoleh kepada Yna. Senyuman yang telah mati sejak tadi kini berubah menjadi kerutan yang tidak keruan.

“Aku sukakan kau…”

“Tidak… ayat tu langsung tak sesuai, Yna.” Ryo menafikan secara lurus biarpun jauh di sudut hati dia tidak merelakannya.

“Aku suka…”

“Tidak…” Ryo memintas Yna yang cuba untuk terus membuat pengakuan.

“Tapi aku suka kau!” Yna tetap tidak berputus asa.

“TIDAK! Aku cakap ‘tidak’ dan kau tak boleh sangkal kata-kata aku.”

Yna tergamam. Ryo sungguh-sungguh menafikan pengakuannya.

“Aku yang suka pada kau sebenarnya.” Nada suara lelaki itu kendur dan separuh perlahan.

“Hah?” Yna terkesima. Keliru dengan apa yang didengarinya dari mulut Ryo.

“Sudahlah… mari aku hantar kau pulang.” Ryo membiarkan Yna terus tertanya-tanya. Langkahnya diatur semula meninggalkan ruang beranda.

“Ryo…” pantas tangan Yna memaut lengan Ryo. “Kau katakan apa tadi?”

Riak persoalan di wajah Yna diteroka Ryo.

“Aku hantar kau pulang.” … dan tanpa menjawab soalan Yna, Ryo berlalu pergi.

Yna tak terkata apa. Belakang Ryo yang sedang berjalan ke pintu rumah diperhatikannya penuh persoalan.

Ryo… aku pasti yang aku tidak salah dengar tadi. Kau sukakan aku… walaupun aku tak pasti sejauh mana pengakuan kau tadi. Mungkin kau sukakan aku hanya sekadar kawan… tapi itu lebih baik daripada kita bermusuhan seperti dulu…

“Aku akan buat kau suka pada aku lebih daripada seorang kawan.” Ada senyuman penuh makna di bibir gadis tersebut. Niat jahat yang tersembunyi di lubuk hatinya tiada siapa yang mengerti.

 


P/s : Hahaha~~ aku telah mencipta skandal Ryo bersama Kristine di blog ini... layan jelah... selamat membaca ya... 


Sunday, May 9, 2010

Talian ibu yang sibuk dengan 'urusan negara'... T_T



tut tut... tut tut... tut tut...
"Nombor yang anda hubungi sedang sibuk. harap maaf"

...
...
...

setiap kali call je beliau tiada
it's ok... apa kata try telefon rumah pulak

tut tut... tut tut... tut tut...

...
...
...
 
sama juga~~ ㅠ_ㅠ

Omma~~ kenapa diary hidup mak ni selalu je bz

Mak... janganlah pergi mana2... tak payahlah buat semua kerja2 tu
mak rehat je lah kat rumah... 

"Mak dah biasa... lagipun mak bosan kalau asyik dok rumah saja" <-- jawapan standard mak dari dulu sampai sekarang.

"Mak tinggal sama ngan kitorang ya..." <-- sejak ayahanda meninggal dunia, mak tinggal sendirian di kampung.

"Alah, tak payah risaulah. Mak boleh jaga diri. Kalau mak tinggalkan rumah ni, siapa nak tengok2kan kebun... rumah ni karang merajuk kalau tak didiami. Jangan risau... orang kampung kan ada. diorang semua sayangkan mak. Lek Ri ngan Lek Sah pun ada(pakcik & makcik, adik mak)"

...
...
...

tut tut... tut tut...

"Hello, assalamualaikum."

"Hello... boleh bercakap dengan Pn. hjh. Suraya?" <-- sambil pura2 buat suara halus. nak menyamarlah kununnya ni...

"Ya, Hjh Suraya bercakap ni." <-- menjawab penuh protokol. skema!

"Puan, sihat ya? dah makan? susahnya nak hubungi puan ya. bznya sejak kebelakangan ni. apa masalah negara yang sibuk sangat sedang diuruskan tu, puan?"

"Tengah sibuk buat rundingan damai dengan negara jiran... melawat mangsa bencana di hospital dan memenuhi undangan majlis2 perkahwinan diseluruh negara." <-- erk~ sekali mak aku pun turut masuk air seperti anaknya juga daa~~

"Puan tengah buat apa tu?"

"Memasak... hari ini ada tetamu terhormat dari luar negara nak datang."

"kihkihkih~~ masak apa?" <-- mana tukang masak?

"Kangkung Masak Tumis... Ayam Goreng Berempah... & sambal kicap meletup"

"Peh~~ air liur meleleh tak dapat ketagih... mak, nak makan mak masak~~ㅠ_ㅠ" <-- ayat skema dah hilang lepas dengar mak masak ape.

...
...
...

(sebab dah banyak sangat merapu, cik kaseh skip je k)

"Mak, selamat hari ibu."

"terima kasih"

"Mak..."

"Ya..."

"Terima kasih..."

"Terima kasih?"

"Ya, untuk segala-galanya... I love U... muah muah."

My emak tak jawab pape... cuma dengar suara dia ketawa bahagia je dalam talian




KEPADA EMAK, MUMMY, MAMA, IBU, UMMI, OKASAN, OMMA, AMMA, MOTHER
SELAMAT HARI IBU SEDUNIA UNTUK ANDA

Iklas daripada KASEH ESMIRALDA.

(✿◠‿◠)


Thursday, May 6, 2010

Ai Without Love ::Bab 7::

Tajuk : The Make Over

Watak : Yna, Ryo... Miss Ferez(pemilik butik)

Genre : Friendship & romance

Lokasi : Lobi Hotel pearl Intrusa, Butik NAF Miracle

Ringkasan : Ryo nak make over Yna jadi gadis impian yang diharapkan oleh peminatnya. Say no pada Yna yang seksi... say yes pada Yna yang bersopan santun; say no pda Yna yang penggoda... say yes pada Yna yang berbudi pekerti; Say no pada Yna yang garang... say yes pada Yna yang comel. ;P




Bab 7

Sudah hampir setengah jam Yna menunggu di ruang lobi hotel. Batang hidung Ryo masih tidak kelihatan. Dia mula berasa bosan lantas segera menghubungi lelaki itu.

“Kat mana? Cepatlah! Kenapa lambat sangat?” Tanpa sebarang pembuka kata, Yna terus menyerang Ryo.

“Pergi ke Butik NAF Miracle sekarang. Kita jumpa di sana.” Yang di sana juga terus memberi arahan tanpa pembuka bicara yang sepatutnya terhadap Yna.

“Kau ni kan…” … Sesedap oren pula dia nak bagi aku arahan macam tu. “Motif?”

“Motif… motif apa pula?”

“Motif kenapa aku perlu ikut arahan kau?”

“Kat sana nanti aku beritahu. Cepat pergi. Sekarang!”

Plup! Talian segera dimatikan Ryo.

Yna mengetap bibir. Geram. Sakitnya hati dengan mamat ni!!!

 

************

 

BUTIK NAF MIRACLE…

Yna tercari-cari kelibat Ryo di sekitar butik tersebut. Seperti yang dijanjikan dia ke situ biarpun marahkan tindakan Ryo yang sesuka hati memberi arahan kepadanya tadi. Pekerja di butik tersebut datang menyambutnya dengan senyuman mesra namun dia tidak menghiraukannya. Apa yang dicarinya kini bukan pakaian baru tetapi Ryo.

Tiba-tiba lengannya ditarik dari belakang oleh seseorang. Yna yang terkejut segera melawan dengan mengilas semula tangan yang disangkanya berniat jahat itu.

“Ahh~!!” Ryo menjerit kesakitan apabila tangannya dikilas secara tiba-tiba oleh Yna.

“Kau?” Yna segera melepaskan Ryo. “Padan muka! Siapa suruh muncul macam penyangak.” Yna sengih sinis sambil merenung jejaka di hadapannya itu.

“Penyangak kau panggil aku… teruk betul.” Tangan Ryo sudah gatal hendak mencekik seseorang. Wajah sarkastik Yna dipandang sekilas sahaja sebelum mengurut tangan kanan yang masih terasa sakit akibat dikilas Yna tadi.

“Nasib baik penyangak, kalau perogol bersiri…” Yna tidak meneruskan kata-katanya. Riak bengang pada wajah Ryo dikesannya. Renungannya lekat pada seraut wajah yang sudah hilang ketampanannya akibat muncung di wajah itu. Langsung tidak sesuai dengan imej idol yang menjadi kegilaan ramai. Yna terasa ingin ketawa. Namun tawanya itu hanya dikulum di dalam mulut. Hasilnya senyuman yang tidak sekata dan pincang yang terhasil.

“Yna…” Ryo mencurigai situasi Yna.

“Kita nak buat apa di sini?” Yna segera bertanya. Cuba menutup segala tindakannya tadi.

Ryo merenungnya tajam. Seolah-olah sedang meneka hati Yna. Dia terasa seperti ditertawakan dalam diam.

Make over.” Ryo melupakan saja perasaan sangsinya itu. Dia berjalan pergi mendapatkan khidmat pemilik butik NAF Miracle.

Make over?” Yna menututinya. “Nak make over apa?”

Ryo tidak menghiraukan soalan Yna. Dia bercakap-cakap dengan seorang wanita berpenampilan unik yang merupakan pemilik butik tersebut. Yna yang tidak tahu apa-apa terpaksa menjauhi perbincangan tersebut. Hanya selepas seketika barulah Ryo kembali kepadanya semula.

Sorry, buat kau tertunggu-tunggu.”

Yna mengangkat wajah memandang Ryo.

“Miss Ferez, saya tak suka gadis ini. Tolong bawa dia pergi jauh dari sini sekarang juga,” kata Ryo kepada wanita pemilik butik berkenaan dengan nada serius.

Dahi Yna berkerut geram. Kedua belah tangan sedang dikepal. Bersedia hendak membelasah mulut cabul Ryo.

“Saya nak yang comel-comel. Lepas tu yang bersopan. Tak mahu yang over seksi macam ni. Tolong ubah dia jadi apa yang saya nak.”

Wajah marah Yna bertukar menjadi tanda tanya. Motif apakah yang cuba dsampaikan oleh Ryo? Mahu dia menjadi gadis idamannyakah?


P/S : selamat membaca~~

Berani kau membuat onar!!!

sepanjang usiaku
tidak pernah sekali pun aku menyakiti...
apatah lagi membuat onar terhadap Fiona Lime, kereta ku...

tapi kenapalah aku sering menjahanamkan 
kereta orang lain?

dah lebih 3 tahun aku jaga Fiona Lime
tak pernah sekali pun aku mencalarkannya
walaupun cara pemanduanku selalunya mengalah Michael Schumacher

kesian kereta awek yang duduk sebilik dengan aku
baru beli kereta tu tak sampai 3 bulan
aku dah jahanamkan...

Kepada awek yang duduk sebilik dengan aku...
Cik kaseh minta maaf ya...
huhuhu~~~

<(TT..TT)>

Sunday, May 2, 2010

Ai Without Love ::Bab 6::

Tajuk : The Deal!

Watak : Ryo Nishikido, Yna Baktiar

Genre : Friendship & Romance

Lokasi : Hotel Pearl Intrusa

Ringkasan : We are the couple... the trouble couple... Ryo- "Betul ke pilihan aku ni? Yna, tolonglah jadi kekasih terbaik aku... walaupun cuma olok-olok."





Bab 6

Suasana sepi menyelimuti ruang bilik tersebut. Masing-masing tertumpu pada helaian kertas perjanjian di tangan masing-masing. Tekun meneliti setiap syarat perjanjian kontrak percintaan mereka.

Anak mata Ryo yang bergerak-gerak tidak hanya tertumpu pada kontrak di tangannya. Sesekali dia mencuri pandang pada Yna di hadapan. Gadis tersebut khusyuk meneliti kontrak tersebut dan langsung tidak menghiraukan kewujudan Ryo.

“Deal!” Tiba-tiba suara Yna memecahkan suasana hening di bilik yang ditempah khas oleh Ryo pada petang itu.

“Hah?” Ryo terpinga-pinga apabila Yna bersuara dengan tiba-tiba.

“Aku setuju dengan kontrak ni.”

Wajah Ryo tersenyum lebar. Kertas di tangannya di letak di atas meja.

“Bagus. So kita boleh sign kontrak ni sekarang.” Ryo sangat gembira kerana Yna tidak banyak kerenah seperti sangkaan awalnya sebelum ini.

“Kau dah baca habis syarat-syarat yang aku kenakan ke?” tanya Yna sambil menjeling kertas-kertas yang tertulis segala syarat kontrak percintaan Yna terhadap Ryo Yang bersepah di sekeliling Ryo. Ada yang diletakkan di atas kerusi, bersepah di meja malah yang tercicir di lantai di bawah meja juga ada.

Ryo memandang sekelilingnya. Dicapai satu persatu kertas-kertas yang berselerakan di sekelilingnya. Dikumpul menjadi satu dan disusun di atas meja semula.

“Dah. Aku dah baca semuanya,” katanya dengan penuh yakin. Padahal hakikatnya dia tidak membaca keseluruhan isi perjanjian yang disediakan oleh Yna itu. Terlalu banyak.

Maka dengan rasminya setelah masing-masing bersetuju, kontrak pun ditandatangani.

“Kontrak percintaan kita akan bermula sebaik kita melangkah keluar dari bilik ini.” Ryo menghulurkan tangan kanannya kepada pasangan kekasih kontraknya, Yna.

Yna mengangkat wajah merenung jejaka di hadapannya. Perlahan-lahan dia berganjak mendekati Ryo. Roman wajahnya manis mendapatkan pasangan kekasih kontraknya. Ryo berasa janggal lantas perlahan-lahan menjauhkan diri. Namun Yna semakin mendekatinya sehingga jarak diantara mereka hanya tinggal beberapa inchi.

“Okey… deal.” Yna bersuara separuh berbisik. Matanya terus menjejaki wajah lelaki itu tanpa menghiraukan huluran tangan Ryo terhadapnya tadi. Ryo kaku direnung sebegitu dekat oleh Yna.

“Kita jumpa di ruang lobi sekejap lagi, ya sayang.” Sempat Yna mengusik sambil menampar lembut pipi Ryo sebelum bangkit untuk beredar keluar dari bilik hotel berkenaan.

Gulp! Ryo hanya mampu menelan liur sebaik kelibat Yna lesap. Dia masih lagi duduk kaku di kerusi.

“Adakah aku telah buat keputusan yang tepat kali ini?” Dia bertanya sendiri kepada dirinya. “Perhaps…” Otaknya tidak mampu mencerna apa-apa kemungkinan dikala ini.


P/s : Seberapa pantas!!! aku sedang menaip dan cuba bergerak seberapa pantas untuk menyiapkan Ai Without Love... HWAITING!! <-- kata2 semangat untuk diri sendiri.