Kawan2 yg saya Sayang

Saturday, October 24, 2009

Melepaskan batuk di tangga



Kita seringkali mendengar tentang peribahasa ini... "melepaskan batuk di tangga"... dan kita tahu maksud peribahasa tersebut ialah seseorang yang buat kerja tidak bersungguh-sungguh.

Tapi apa kaitannya lepaskan batuk di tangga dengan tak buat kerja dengan sungguh2?

Cik Kaseh percaya dan yakin ramai yang tak tahu maksud sebenar disebalik perkataan 'batuk' tu. okey... ini adalah ilmu yang Cik Kaseh dapat masa Cik Kaseh satu family lepak2 berbual kosong waktu hari raya lalu.

Perkataan 'batuk' di sini sebenarnya adalah 'batok'. Bila ejaan pun dah tak sama maka maksudnya pun memang tak sama.

Mengikut Kamus Dewan Bahasa yang telah Cik Kaseh geledah tempohari, batok ialah tempurung kelapa yang biasa digunakan sebagai gayung untuk membasuh kaki ketika zaman dolu-dolu (kiranya masa zaman tok nenek kita dululah). Kalau sesiapa yang ada tengok filem2 melayu zaman P.Ramlee dulu mesti perasan mereka letakkan batok dan tempayan di bawah tangga.

Perkataan 'batok' berasal daripada bahasa jawa <--- eh, apasal aku boleh tak perasan selama ini walaupun aku orang jawa juga??...

jadi peribahasa 'melepaskan batok di tangga' tu al-kisahnya bila dah malas nak letak balik batok@gayung tu kat tempayan semula lepas guna, maka diletakkan saja batok tu di tangga lalu menyusahkanlah orang nak naik turun rumah. Sudahlah menyusahkan orang nak lalu lalang, boleh mengundang bahaya lagi tu. Kalau tergelincir tak ke naya. ish ish ish~



Tulus dari hati…

Friday, October 23, 2009

Bengkel Penulisan AVA - 12 Desember 2009





Salam semua ahli AVA dan pelayar alam maya. Mohon diletakkan pada blog untuk war-warkan bengkel ini ya. Terima kasih. Tolong copy dan paste di blog masing-masing.

Saya baru sahaja berbincang dengan Puan Nisah Hj Haron, alhamdulillah... nampaknya beliau sekali lagi bersetuju untuk menjadi pemudahcara bagi bengkel penulisan novel yang bakal diadakan oleh AVA. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti bengkel penulisan ini, ada beberapa perkara yang diperlukan :

1) Hanya terbuka kepada 15 orang sahaja (terbuka kepada semua dan yang menempah awal). Sila daftar dengan menghantar emel pada ejenmanuskrip@yahoo.com dengan memberikan nama, nama pena (sekiranya ada), alamat, nombor telefon.


2) Sila hantar/emel sinopsis lengkap novel (tidak kira apa genre) kepada ejenmanuskrip@yahoo.com bagi dinilai di dalam bengkel kelak. Boleh memasukkan sinopsis untuk watak-watak, latar tempat, masa dan sebagainya. Contoh/format akan diberikan kepada perserta melalui emel perserta dalam masa yang terdekat.

3) Menyertakan bab 1 (bukannya salah satu daripada bab yang ada/siap)

4) Tarikh : 12 Disember 2009 (Sabtu)

5) Pemudahcara : Puan Nisah Hj. Haron

6) Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.

7) Yuran pendaftaran : RM 100.00 (Dibayar sewaktu pendaftaran bengkel)

8) Selain itu, pemudahcara memohon agar perserta membaca semua sinopsis - agar dapat memahami apa yang bakal diterangkan serta dapat memberi buah fikiran dan pendapat.

9) Makan dan minum disediakan, surau ada di tempat bengkel.

p/s : Sekiranya ada sambutan atau sesiapa yang berminat dan tidak dapat mengikuti bengkel ini, tarikh bengkel penulisan novel seterusnya adalah 3 Januari 2010 (Ahad). Sila buat tempahan awal, kerana untuk menjaga kualiti bengkel, hanya 15 orang perserta sahaja yang dapat menyertai. Terima kasih.
KHAR
AGENSI VILLA AKSARA (AVA)
http://ejenmanuskrip.blogspot.com/

Monday, October 19, 2009

MINTA MAAF SEMUA~~

kepada semua pembaca blog terutama yang mengikuti Enovella saya... hari ini Cik Kaseh terpaksa mengumumkan berita yang agak mendukacitakan kalian. <-- yeke kecewa? maybe kot...

selepas ini Cik Kaseh tidak lagi akan mengentrikan enovella2 saya. Angel In The Devil Suit adalah yang terakhir. Untuk Aku,Perempuan & sesuatu, Bunga Cinta Dang Wangi dan Velvet Esprada pula... maaf banyak2 sebab mungkin Cik Kaseh dah kasi spoil mood pembaca sebab tak habiskan entry cerita2 ni...

ada sebab2 tertentu Cik Kaseh tak terbitkan cerita2 ni di blog. pertama; saya sedang berbincang dgn yg pakar untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penerbit yang telah menipu saya dulu. kedua; novel yang mungkin berpotensi untuk diterbitkan terpaksa disunting semula. ketiga; hurm~ ala blog saya bukan popular. cerita2 saya pun biasa2 saja. jadi korang jangan marah ya.

blog ini akan terus aktif tapi bukan sebagai blog enovella sebaliknya saya hanya akan mengentrikan perkara yang berkaitan dengan buku dan penulisan saja. komen dan kritikan terhadap buku juga barangkali.

saya akan masukkan apa2 saja yang berkaitan dengan dunia penulisan dan buku... and about my life also. hehehe~~

Saya tetap akan antrykan cereka tapi mungkin yang ringan2 saja (maksudnya bukan untuk cadangan penerbitan buku)

akhir kata... sekali lagi saya minta maaf. harap mendapat sokongan kalian kerana tanpa kalian Cik Kaseh akan kekurangan dorongan untuk terus aktif menulis.





Tulus dari hati…

Wednesday, October 7, 2009

Saya suka coklat sebenarnya...

My Life story today...

Cik Kaseh bawa kek coklat yang Cik Kaseh buat malam tadi untuk all my work mate...gembira rasa hatiku pabila mereka semua sukakan kek saya... =)

semua dah rasa kecuali seorang saja lagi. Dia budak baru. Hari ni hari kedua dia bekerja di Hitech Comp. Forms...

Cik Kaseh pun macam ala2 malu lah pulak nak pelawa dia rasa kek yang Cik Kaseh bawa... yelah, dia budak baru. kami tak kenal lagi dan pekerja baru tu sebenarnya anak kepada senior Cik Kaseh dalam ofis... lelaki pulak tu.

aduyai~~ dah lah saya ni ada masalah komunikasi dengan orang yang kurang dikenali (pendek kata saya ni nampak agak menyombong pada permulaan perkenalan dengan sesiapa. ~my bad attitude~)

Dia masuk ofis tengahari tadi. Nak tak nak akhirnya at the first time Cik Kaseh tegur dia. Depan mak dia pulak tu. Ches~ maluuu~~

"Err, Brian... you makan cok..."

"Tak!" Tiba2 je mamat tu cakap 'tak' tanpa sempat Cik kaseh habiskan ayat Cik Kaseh. hampehnya.

"Erm~ actually saya buat kek coklat. Ingat nak bagi awak rasa sebab semua orang dah rasa. cuma awak je belom, tapi..."

Brian nampak kalut je pandang Cik kaseh time tu. Pegang2 telinga. Cepat2 je capai tombol pintu ofis tapi kaki tak berganjak pun dari meja Cik Kaseh. Pas tu sempat lagi dia jeling kat mak dia yang dok seberang Cik Kaseh. hak hak hak... awatnya dia ni kalut semacam pulak. Macam aku ni hantu pulak. chess~~

"Awak pun sama macam mak awak juga? Tak suka coklat ya?" (fakta : mak Brian iaitu Ms Soo tak suka apa saja makanan yang berkaitan dengan coklat)

"Err..." Brian diam. Macam tak tahu nak cakap apa2. Tapi lepas tu dia bersuara. "Nanti bagi mak saya bawa balik."

"Haa?" Cik Kaseh pulak yang blur... pekejadahnya pulak? Bukan tadi dia kata tak suka coklat ke? so, buat apa suruh Ms Soo bawa balik???

"Nanti bagi mak saya bawa balik rumah," dia ulang sekali lagi sebelum bergegas cabut keluar dari ofis.

Cik Kaseh kerling pada Ms Soo... jelingan tanda musykil.

"Dia malu... sebenarnya dia memang sangat suka makan coklat... tapi dia malu dengan awak." Jawab Ms Soo selaku mak Brian.

... dan Cik kaseh selepas itu...
"Huarghahaah~~!!!" ... dalam hati... kelakarnya mamat ni. Apa ke halnya nak malu sangat dengan aku. Bukannya aku nak ngorat dia pun... ke style aku yang ala2 muslimah sejati masa kat ofis tadi yang buat dia rasa segan semacam dengan aku kot... huhuhu~ dia tak tahu sebenarnya itu semua personaliti luaran saja... hakikatnya Cik Kaseh Esmiralda ni seorang minah yang sempoi dan ala2 brutal je. kadang kala otak senget juga... ada masanya boleh bertukar jadi resakse macam dalam cerita Ultraman... dan bila rasa nak jadi the devil pun boleh bertukar pada bila2 masa... kwa kwa kwa...



PS : Kali pertama Cik Kaseh jumpa Brian, dalam satu party. masa tu Brian hulur tangan pada Cik Kaseh nak salam tapi Cik Kaseh dengan sengalnya buat don't know je. senyum seulas pada dia sebelum meluru berjabat tangan dengan Ms Soo... bukan tak nak salamlah. kan bukan muhrim. jadi mcm dah terbiasa buat gitu sampai terlupa yang mamat cina tu manalah tahu hukum hakam agama islam...agak2 dia ambil hati tak dengan tindakan Cik Kaseh masa tu?


Ps : Anak teruna Ms Soo tu boleh tahan handsome juga. "Ms Soo, boleh tak saya masuk line? ngeh ngeh ngeh"http://emo.huhiho.com




Tulus dari hati…

Saturday, October 3, 2009

Riang Ria Raya (last entry-Cerita Raya)

Entry terakhir... Sorrylah sebab Cik Kaseh skip je ni. tak sempat nak cerita step by step.

Untuk entry kali ini Cik kaseh kasi tengok gambar banyak2. cerita sikit2 je. korang pun mesti penat asyik baca karangan berjela-jela kan. lagi2 mengadap pc or laptop... berpinar je mata tu. so, apa kata usha cerita dalam gambar yang Cik Kaseh upload kali ini k...



Selepas acara tazkirah dan sedikit tahlil untuk arwah ayah dan saudara terdekat yang telah pergi, kami memulakan acara kemuncak iaitu sesi bermaaf maafan. tahun ni agak kelam kabut sikit. langsung tak ikut susunan dari yang tua bawa ke muda. main aci redah je semua orang. hehe~







duit raya, duit raya~!! bestnya jadi budak kecik. time nilah diorang semua kaya sebab dapat kumpul duit raya. mak bapak pula yang pokai... huhuhu~~


Habis acara bermaaf-maafan... sesi paling best... ambil gambar. Acara wajib kami setiap tahun. adakalanya sebab seronok sangat ambil gambar sampai tak sedar matahari dah tegak di atas kepala. tahun ni pun sama... akhirnya kami tak kemana-mana pun pada hari raya pertama. sebab baru nak keluar, tiba-tiba semua saudara mara dah bertandang dulu ke rumah kami. haha~



CERIA2 DI PAGI LEBARAN




Dari kiri : My adik, my emak, Cik Kaseh (julung2 kalinya saya memcapapkan muka dalam blog. hehe)





gambar family paling cute... "apasal kak long n bang long tak buat gaya tu juga~"




Along adalah ahli paling tinggi dalam keluarga besar kami. Gud luck for your SPM Along.





Konon cunlah ni... empat dara pingitan yang dopoyokan oleh Aki. Aduyai~ apsallah aku bleh ikut cakap pakcik tu soh buat gaya gini...





sebahagian cucu2 emak... (tapi apsal yang bukan cucu pun sibuk nak menyelit sekali?)





Bro~ nak posing ikut turn dululah... hai~





Tinggal 3 dara sebab yang sorang lagi dah balik.





Amboi~ romantiknya pasangan ni. maklumlah, dah nak berpisah jauh.
kepada Abang Ann... semoga selamat diperantauan.
My abang bertolak ke Algeria seminggu selepas raya... Sobs~





Petang raya sempat lagi singgah pantai... err, laut sebenarnya. siapa pelajar Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam... tahulah port ni...



Itu saja entry Cik Kaseh untuk kali ini. sehingga bertemu lagi di lain waktu, pada hari yang tak sama, tapi di saluran yang sama... di blog ini...

Ewah... berangan ala2 pengacara tv pula.

daa~ i will back with da Enovella entry after diz... Chiow~~



(Ehem2... jangan jual gambar cun ni ek... kikiki~ <--- Poyo kau Cik Kaseh)



Tulus dari hati…