Kawan2 yg saya Sayang

Monday, April 27, 2009

Kau Aku - Aizat (OST Merah Puteh)

Che-Kodok : Eh, beb! Kau tengok cerita apa tu?
Cik Donut : MERAH PUTEH.
Che-Kodok : Huish! Gila kau cik Donut. Aku ingatkan cuma cite Jepun ngan Korea je makanan jiwa kau... melayu lagi rupanya kau ni. (nada sarkastik. perli habis~)
Cik Donut : (Cis, cekodok basi bin kacang hantu sungguh budak ni. berani dia kutuk aku camtu.) bukan kau pun alergi juga ke dgn drama melayu. yg sibuk2 nak join sekaki ngan aku ni apa cer? (Nah kau... aku smash balik)
Che-Kodok :Hmph... sekurang-kurangnya nama aku ada bunyi melayu lagi... Che-kodok(cekodok)... kau tu, Donut? donut tu asal dari AS tau. (betul ke? ah~ taram jelah!)
Cik Donut : eh, orang melayu pun makan donut juga wut... eh, cite ni lainlah. tak sama ngan versi asal. lagipun ini Bawang Merah Bawang Putih versi lelaki. belum pernah dibuat mana2 penerbit tau.
Che-Kodok : Oh, kire boleh layan la ni... Apa yg best nye?
Cik Donut : Erm... nama watak agak unik. jalan cerita agak menarik... hurm, tapi actually aku cuma layan theme song die je.
Che-kodok : Ceh, dah agak dah. muka Donut cam ko ni mana nak masuk ngan drama melayu. memang luar tabi'i lah kalau kau layan habisan ngan drama melayu.
Cik Donut : Urusui~



Liriqu
Kau dan aku adalah satu
Tak kira apa
Kala rintihan aku
Engkau selalu ada

Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa....

Mengejar mimpi yang pasti
Akan aku sentiasa merasa kehilangan
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti walau di aman kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku
Walau warnanya menyala
Ingin merasa
Namun aku takkan cuba

Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa....

Mengejar mimpi yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilangan mu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau di mana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Akhirnya nanti...
Biar sampai akhirnya nanti

wooooo

Mengejar mimpi yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilangan mu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau di mana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti...

Monday, April 20, 2009

Hari Ahad yg Gila

Gila? kenapa Kaseh kata gila... sebabnya perempuan suci seperti Kaseh Esmiralda (sucilah sangat. poyo habis tak ingat!) telah melaburkan banyak wang semata-mata demi Novel dan DVD sempena Pesta buku di PWTC.




biarlah membazir sikit demi kepuasan nafsu seorang kipas susah mati Hlovate,Ramli Awang Murshid dan artis Jepun. tapi actually inilah penjimatan berganda tau. percaya atau tak semua yg Kaseh beli di atas tak sampai pun mencecah RM 150.00. kalau hari biasa comfirm kena standby RM200 tau.



Actually Kaseh bukannya penggila novel2 malaya ni walaupun diri sendiri seorang penulis. tp kalau sebut panulis yg paling Kaseh layan... dua ni lah. Ramlee Awang Murshid n yg terbaru Hlovate. RAM punya novel mmg diluar imaginasi Kaseh. mmg susah nak buat novel genre mcm dia punya novel. susah tahap karma! Hlovate pula, Kaseh layan dia sebab novel dia memang masuk dengan jiwa Kaseh yg dh dewasa tapi macam tak berapa nak dewasa lagi ni.



N da last thing yg dah jadi koleksi Kaseh skarang... inilah dia. dua DVD konsert ter latest KAT-TUN & Arashi.Yg belah kiri tu Arashi Tour08. dekat Tokyo Dome. n another 1 tu Konsert Queen Of Pirate drp KAT-TUN. yg ni pun dekat Tokyo Dome gak... Queen Of Pirate? cam penah dengar kan. ok, yg ni memang Kaseh ngaku, nama gelaran watak Leah dalam AITDS tu mmg Kaseh ambil dr sini. n Nama Leah tu sempena nama Leah Dizon, artis wanita yg Kaseh agak anti...

Monday, April 6, 2009

Kamu budak kurang ajar!!

ZASS~!!
terasa macam badan aku terbelah dua dicantas dengan pedang samurai. at the 1st tym... inilah kali pertama orang panggil aku budak kurang ajar.

oh gosh... rasa betul-betul teruk tym ni.

kurang ajar sangat ke aku? apa benda yang aku buat sampai si Gila(boss) tu panggil aku kurang ajar? melampau betul!

waktu di marah sebab kesalahan yang bukan aku puncanya... (senang cite orang lain punya salah, aku pun tempias kena marah juga)... dia kata aku ni kurang ajar dan tak reti menghormati orang tua... err, dialah orang tua tu...

aku betul2 hot bila dia nilai aku macam tu. kurang ajar ke kalau aku ulang balik arahannya supaya aku tak tersilap buat kerja yang dia suruh? kurang ajar ke namanya kalau aku tak menyahut panggilannya sebab tengah layan customer... customer siapa? customer dia juga... dan kurang ajar sangat ke aku kalau betulkan kesilapan dalam arahannya?... dia nak aku hormat macam mana lagi sebenarnya ek?... susah betullah nak puaskan hati seorang boss yang cerewet tahap gaban macam tu...

takkanlah dia nak aku tundukkan kepala kepadanya setiap kali bertemu... nak buat macam adat orang jepun pula ke? atau nak aku layan dia macam seorang dayang istana yang melayan rajanya. oit, melampaulah tu...

bila dia panggil aku budak kurang ajar serta merta aku terfikirkan mak ayah aku... mesti diorang kecil hati bila boss aku panggil anak diorang ni macam tu. macamlah aku tak cukup didikan sampai dilabel budak kurang ajar yang tak tahu menghormati orang tua dan majikan.

Fuhh~ wuteverlah... lantak dia nak anggap aku ni apa lepas ni. yang penting aku tunaikan tanggungjawab aku sebagai pekerja... cukup bulan masuk gaji. tahan tak tahan belakang kira. agak-agak dah tak tahan, resign cari kerja lain... hahaha~ senangnya seorang Kaseh Esmiralda ni bercakap kan.

kepada korang semua yang belum menghadapi alam pekerjaan, baik korang semua stanby dari segi psikologi ek. bekerja dan belajar tak sama. tekanan bekerja lebih dasyat berbanding belajar. i'm serious!

Wednesday, April 1, 2009

Kerja...KERJA...kerje...kerr... Arghh~~!!

kerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerjakerja...

Argh~~!! Tensionnye akuu~~!!
Kerja bosan... tak kerja pun bosan... habis nak buat apa ni...??
Aduss... bengangnyee...

Bila menganggur rasa tertekan gila n hope cecepat dapat kerja...
bila dah kerja... pun tertekan jugak... tertekan dengan bebanan kerja pula...

hurm... rasenya apa yang lagi best? blajar? Erk~ tak payah piki lah... sama saja. belajar ke kerja ke tanam anggur ke... akan ada tym seronok dan bosannya.

BETUL!
tapi kalau kita optimis dan berfikiran positif, percayalah semuanya akan berjalan dengan lancar biarpun hari ini kita rasa macam dah putus asa dengan apa yang kita buat... rasa diri ni bodoh dan tak berguna... rasa macam nak terjun bangunan atau sekurang-kurangnya tanam kepala dalam tanah untuk tutup muka malu kita... Tapi bila kita bertenang dan optimis menghadapi suatu masalah, kita akan nampak hikmah disebalik masalah yang menimpa kita. Dan setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya...

Kata-kata ini bukan ditujukan kepada sesiapa tapi sekadar luahan perasaan Kaseh sendiri yang tengah tension lepas balik kerja. huu~~

P/S : Satu benda yang aku tak pernah tension... tulis novel... dan satu perkara yang akan aku buat bila tension ialah baca balik cerita2 fantasi yg aku karang... so, now i want to back home and layan some novella yg agak2 cute n sweet... Chiow~